Tuesday, December 7, 2010
Seni Manik.....Bonsai Manik
6 Dis. 2010
Hari ini kami ke Lepar Utara...sebenarnya saya tak pernah menjejakkan kaki ke sini sebelum ini...
Pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke sana sebab tempat tu boleh tahan jauhnya dari Kuantan. Kami ikut jalan lama.Tak ikut lebuh raya..saja nak merasai perjalanan sebenar ke Lepar Utara.
Kami berhenti di warung AnC untuk sarapan pagi...pekena roti canai dan teh tarik secawan..alhamdulillah..kenyang.Perjalan diteruskan...
Dari Gambang ke Maran anak daraku drive..jalan boleh tahan...tapi mak aii..bila nak sampai ni...depan treler.... belakang bas ekspres..jalan pula garis berkembar memanjang...bila nak memotong ni??? Penyudahnya sampai di Maran driver lain ambil alih...kalau tak...pukul 2.00 petang tak sampai lagi.
Aduh...jalan macam ular kena palu...sakit badan dibuatnya...bilalah nak nampak papan tanda Lepar Utara ni...Hari ni pertama kali lalu jalan Sg Jerek...aduh....kalah litar lumba Formula 1...masuk angin dibuatnya...
Akhirnya selepas lebih kurang 3 jam perjalanan...baru nampak papan tanda Lepar Utara...fuhhh...lega.....sampai gak tempat tujuan...Kami terus ke Lepar Utara 1..rumah kawan hubby...dah lama tak jumpa mereka..Dia ni orang Perak.Apa lagi...berbual panjang le....sementara menunggu depa berbual tu...anak teman ni dengan rela hati menawarkan diri untuk mengajar seni membuat bonsai manik....pucuk dicita...ulam mendatang...kita yang tengah boring semacam ni..apa lagi...terus je setuju....
Kelas pun bermula...seronok gak buat benda ni...mudah sahaja rupanya...tp sakit gak ibu jari dok pintal dawai...maklum le...pertama kali buat...tapi best...benda yang kita minat memang seronok nak buat..apa lagi bila dah nampak hasilnya...terima kasih Za..kerana sudi mengajar saya...tak sangka hari ni dapat satu ilmu yang menyeronokkan...
p/s: Inilah hasilnya.....
Monday, November 29, 2010
SMAP...Tunggulah Kehadiran Aini dan Farhah....
Alhamdulillah....hari ini terima satu lagi berita baik.
Lebih kurang pukul 12.00 tgh. tadi, posmen hantar satu surat yang ditunggu-tungu Aini. Ya, surat jawapan temuduga kemasukan ke Tingkatan 1 SMAP 2011. Semalam mak Farhah telefon memaklumkan bahawa Farhah sudah diterima masuk ke SMAP. Tapi masa tu Aini belum dapat apa-apa jawapan lagi.Mungkin sebab kedudukan tempat tinggal kami yang jauh menyebabkan lambat menerima jawapan. Tak mengapa..tunggu sahaja...kalau ada rezeki...dapatlah tu.
Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana hari ini Aini dapat surat tawaran itu. Dia melonjak kegembiraan bila dapat tahu berjaya ditawarkan ke sekolah itu. Berita baik ini terus dimaklumkan kepada ayahnya dan ayah Aini menurut sahaja keinginannya jika itu memang sudah kemahuan Aini. Kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Aini dan Farhah kerana berjaya di dalam temuduga itu. selamat datang ke SMAP dan semoga kalian berdua menjadi sahabat sejati dan cemerlang di dalam pelajaran juga cemerlang dunia dan akhirat...Insyaallah...Amin.
Akhirnya Saat Itu Tiba Jua
Rasanya dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di sini...
Hari ini rasa nak kongsi berita baik dengan semua..27hb.Nov.2010 yang lepas ada dua peristiwa yang menggembirakan. Berita pertama aku terima ialah panggilan telefon daripada birasku di Perak.Panggilan telefon diterima ketika aku dan hubby sedang sibuk menyiang ikan dan menyimpan barang-barang basah yang baru kami beli di market...menjadi kebiasaan kami membeli barangan basah "stok seminggu". Aku jawab panggilan telefon pada pagi itu. Sebenarnya ketika di dalam perjalanan ke market pagi tu birasku telah menelefon hubby memaklumkan bahawa pada pukul 9.00 pagi dia akan ke Bukit Merah sebab pagi tu nak "buka mulut"...ni istilah nak bagi tau dah tiba masa nak buka mulut ikan arowana..
Sebenarnya, kami tak le mengharap sangat untuk mendapat hasilnya, sebab dah banyak kali "buka mulut"...tapi masih belum ada rezeki kami. Selama lebih kurang tiga tahun, kami baru sekali mendapat hasilnya...jadi seperti selalu...kita berserah sahaja.Kalau memang ada rezeki untuk kami..Alhamdulillah syukur kepadaNya.
Nak dijadikan cerita, pagi tu bila aku menerima panggilan telefon tu, biras pun buat le suara sedih...ala-ala macam frust le....bila aku dengar nada suara gitu..terus le aku cakap..".tak pe...mungkin belum ada rezeki lagi untuk kita...sabarlah...mungkin lain kali ada la tu...." Lepas habis je cakap macam tu, birasku ketawa besar...Alhamdulillah Kak Na.....akhirnya ada juga rezeki untuk kita..." Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan...Ada dua pasang arowana yang mempunyai telor matang sebanyak 56 biji. Sukanya hati tidak terkira...tapi kami bahagi dua dengan tuan yang punya kolam...Syukur sekali lagi di atas nikmat kurniaanNya.
Haa...berita baik yang kedua pula pada tarikh yang sama aku dapat berjumpa balik dengan sahabat lama semasa kami menuntut di IPSI dulu.Dia ni budak Terengganu.Kami rapat dahulu sebab dalam kelas tu kami hanya 18 orang pelatih sahaja.Jadi, hubungan kami macam satu keluarga.Seronok dapat jumpa balik selepas 20 tahun terpisah.Kebetulan dia datang ke sini untuk berkursus dan tempat tu tak jauh dengan tempat tinggal kami...sempat la kami berbual-bual dan pekena ikan bakar kat Tg. Lumpur....Sempat keluargaku beramah mesra dengan sahabatku ini...Insyaallah...jika ada rezeki ke Kuala Terengganu, boleh lah kami mengunjunginya di sana..
Itulah dua berita baik yang aku nak kongsi bersama......
Saturday, November 13, 2010
Perginya Takkan Kembali Lagi...
Tanggal 14 November 2010..
Seperti biasa pada hari minggu begini aku dan keluarga akan bersarapan di luar...Hmmmm...hari ini kami bersarapan di sebuah kedai makan tidak jauh dengan tempat tinggal kami..pekena 'roti telur kosong' dan teh tarik...alhamdulillah...
Selesai bersarapan, kami bergegas ke Gambang untuk menghantar anak bujang ke "Driving School".Temujanjinya pukul 8.30 pagi. Hari ni dia ada teori dan praktikal sebelum test motor.Pukul 4.00 petang baru selesai urusannya....
Selepas menghantar anak bujang ke Gambang, kami ada satu lagi temujanji..hai sibuk betul...mengalahkan YB...nak buat macam mana...demi masa depan...nak tak nak...kena uruskan juga...Hmmm..nampaknya urusan yang ini tertangguh lagi kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan..orang yang kami nak jumpa tu masuk hospital dua hari lepas...sesak nafas.
Kami bertolak ke Kuantan untuk ke Pasar Tani.Pada setiap hujung minggu memang menjadi kebiasaan kami untuk membeli stok barang basah di sini..badget untuk seminggu..selesai beli apa yang patut, kami pun pulang ke rumah.
Sampai di depan pintu pagar...anak perempuanku akan membuka pintu pagar. Apa lagi...berlari-lari :anak-anak angkatku " yang tiga ekor tu mengejar kereta kami. Dulu, "anak angkatku" ada empat ekor...tetapi yang seekor telah mati kerana sakit..mugkin dipatuk ular.Kasihan...anak perempuanku memberitahu ayahnya supaya berhati-hati ketika memandu kereta kerana ada anak kucing di depan kereta kami..Anak kucing tu memang manja. Suamiku memandu seperti biasa ke garaj kereta...tiba-tiba dari arah belakang ku lihat anak perempuanku menjerit dan menangis dengan kuat...ya Allah...rupa-rupanya suamiku telah terlanggar Si Gebu, iaitu anak kucing yang paling comel dan gebu bulunya. Kasihan..ajalnya tiba..dia terbaring dan kelihatan tidak bermaya.Keluar air dari mulut mungilnya dan juga dari duburnya..Sayu hati ini bila melihat Si Gebu terbujur kaku tidak bernyawa lagi..Anak perempuanku menangis hiba...namun apa daya kami...semuanya berlaku dengan pantas. Sampai di sini sahaja dia dapat bermanja dengan kami setelah pemergian ibunya dahulu.Pemergiannya sama seperti ibunya..dan aku yang telah menyebabkan kematian ibunya dengan tidak sengaja seperti juga kejadian yang berlaku pada hari ini....
Sekujur tubuh kaku itu disemadikan di sebelah ibunya...Bersemadilah dikau dengan aman..Maafkanlah kami...
Friday, November 12, 2010
Tahniah Aini & Farhah....
Tanggal 11 November 2010...
Hari penuh debaran...keputusan UPSR diumumkan.
Walaupun kalian gagal menggapai kejayaan cemerlang...namun masih tidak menghampakan...
Kekecewaan hari ini bukanlah kekecewaan hari esok...
Kekalahan hari ini, bukan bererti kalian tidak akan menang pada hari esok...
Kegagalan hari ini menjadi pembakar semangat dan kekuatan untuk hari esok...
Teruskan perjuangan kalian...
Jangan terhenti di sini...
Di sana...di hadapanmu..
Pasti kejayaan yang lebih besar bakal menanti kalian...
Insyaallah.....
Hari penuh debaran...keputusan UPSR diumumkan.
Walaupun kalian gagal menggapai kejayaan cemerlang...namun masih tidak menghampakan...
Kekecewaan hari ini bukanlah kekecewaan hari esok...
Kekalahan hari ini, bukan bererti kalian tidak akan menang pada hari esok...
Kegagalan hari ini menjadi pembakar semangat dan kekuatan untuk hari esok...
Teruskan perjuangan kalian...
Jangan terhenti di sini...
Di sana...di hadapanmu..
Pasti kejayaan yang lebih besar bakal menanti kalian...
Insyaallah.....
Sunday, October 31, 2010
Perjalananku ke Bera.....SMAP
29 Oktober 2010 aku dan keluarga bertolak ke Bera, Pahang.Kami bertolak kira-kira jam 2.45 petang.Pada mulanya nak bertolak lebih awal tapi tertinggal barang penting kat office hubby...terpaksa ke pejabat semula.Kalau tak ambil barang tu..tak boleh nak teruskan perjalanan...
Aku ke Bera ada tujuan..Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ku ke daerah ini.
30 oktober 2010 Aini ada temu janji di SMAP Bentong. Urusan kemasukan ke tingkatan 1 2011 di SMAP. Bertolak ke Bera dan menginap di Pentagon Inn Taman Kerayung.Kelakar juga..dah sampai Kerayung, 3 kali tawaf baru jumpa tempat penginapan tu. Puas gak bertanya member yang dok Taman Kerayung tu..Akhirnya jumpa juga. Terima kasih, Zaini. Sebelum tu cuba call member sorang lagi yang tolong booking tempat penginapan tu...alamak ...dia off kan telefon. Ni mesti kes nak tidur petang, tak mahu diganggu le...apa lagi..Anyway Cik Ha..thanks coz tolong Cik Na.
Petangtu, kami check in pukul 5.15 petang. Emmm...tengok tempat penginapan...bolehle... untuk tidur, bukan nak tidur lama pun.Tak kisah, asalkan boleh lelapkan mata. Esok nak sambung perjalanan ke SMAP pada awal pagi..semoga semuanya berjalan lancar.
Selepas menunaikan solat Asar di masjid Kerayung, kawan lama sewaktu belajar di IPSI call ajak minum petang...mulanya dia nak ajak makan malam...tapi dah janji dengan kawan yang sorang lagi tu...tak kan nak batalkan...so, cukuplah minum petang saja di Anjung Seri Bera...janji dapat jumpa dengan Zaini.Dah 20 tahun tak jumpa dia dengan hubbynya Nasa.Seronok dapat jumpa mereka.lama juga kami berbual...emmm...apa lagi...cerita zaman belajar di Tanjung Malim dulu la...Hampir waktu Maghrib baru kami berpisah.
Aku ke masjid semula untuk solat Maghrib.Tak lama kemudian, Cik Ha call.Dia dah sampai kat tempat penginapan kami.Janji nak makan malam sama dengan family. Kami makan di gerai berhampiran tempat penginapan. Seronok dapat berkumpul semula sambil sembang-sembang dengan family Cik Ha. Jumpa pula dengan kawan Cik Ha. Berborak lama la..
Dah dekat pukul 10 malam.Anak-anak pun dah merah mata menahan ngantuk. Yang kecil pun merengek nak balik..Ayah pula tengah rancak berbual sambil melayan sisha..nak tak nak terpaksa layan rengekan anak juga.
Malam tu tak lena tidur. Tak tau kenapa...macam-macam yang bersarang di kepala otak ni. Esok terpaksa bertolak awal ke SMAP. Bimbang terlewat sampai. Maklumlah..tak pernah sampai ke sana. Selepas solat Subuh, kami terus menuju ke Simpang Pelangai. Hari ini, barulah aku sampai ke daerah ini. Triang, Sg Kemahal, Bukit Mendi, Bukit Puchong dan akhirnya aku tiba di destinasiku iaitu SMAP. Alhamdulillah, sampai juga aku ke daerah ini.
Aku bersarapan pagi di gerai berhapiran SMAP. Pekena roti canai dengan teh tarik. Alhamdulillah..kenyang. Semasa tiba di SMAP, Cik Ha dah ada di sana. Bermulalah perjuangan Aini dan Farhah. Best Wishes and Good Luck untuk Aini dan Farhah. Farhah ni anak Cik Ha. Sebelum tu aku berpeluang berjumpa dengan anak Cik Ha yang sorang lagi iaitu Adilah..Emmm pandai budak ni. Semoga menjadi anak yang solehah dan dapat menggapai bintang di langit.Insyaallah.
Alhamdulillah...semua urusan selesai kira-kira pukul 11.30 pagi. Sampai di sini sahaja pertemuan kami. Insyaallah, lain kali berjumpa lagi. Tak tahu bila lagi akan menjejakkan kaki ke daerah ini lagi. Terima kasih teman...di atas semua pertolongan yang telah diberikan.
Monday, October 25, 2010
10 Perkara Penghapus Dosa....
Manusia dan dosa tidak mungkin dipisahkan.Manusia sentiasa berasa muda untuk melakukan dosa tetapi sebenarnya mereka tak terlalu tua untuk bertaubat.Pintu taubat sentiasa terbuka asal maut belum bertemu.
Menurut Ibn Taimiyah, terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada al-Quran dan sunah.
1. Istighfar (memohon ampun)
2. Taubat
3. Mengerjakan amalan kebaikan yang menghapus dosa sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud " Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Surah Hud 11: 114)
4. Berbagai-bagai musibah yang menimpa diri manusia yang lemah.
5. Doa orang soleh yang diperuntukkan bagi yang bersangkutan.
6. Penderitaan sakit yang tidak terperi saat sakaratulmaut menjemput ke alam barzakh.
7. Azab kubur.
8. Ketakutan yang sangat pada hari menghadap Allah s.w.t. pada hari kiamat kelak.
9. Syafaat Rasulullah s.a.w. , para wali Allah dan syafaat orang soleh.
10. Rahmat daripada Allah.
Solusi Isu No. 24
Friday, October 22, 2010
Sejauh manakah Cinta kita kepadaNya?
Apabila kita MENCINTAI ALLAH, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya.Inilah CINTA yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian.
Sejauh mana CINTA kita kepadaNya???
CINTA kepada-Mu!
Berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. jangan biarkan hati itu dipenuhi cinta yang jahat, buruk, dan "cacat". Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, maka begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan.
Apabila memperkatakan tentang CINTA, kita tdak dapat lari daripada berbicara soal hati dan rasa. Cinta itu letaknya di hati yang diumpamakan sebagai raja dalam kerajaan diri manusia.
Hati itu dikuasai oleh cintanya.Ini bermakna, cinta yang harus bersemi di hati mestilah cinta yang "baik". Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika cinta itu "jahat' maka jahatlah hati dan jahat pulalah seluruh anggota badan.
CINTA ALLAH kepada Manusia...
Mengapa kita perlu cintakan ALLAH? Mudah sahaja...kerana ALLAH yang paling mencintai kita. Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita..
Wednesday, October 20, 2010
KAWAN
KAWAN....macam-macam jenis kawan..tapi... kawan yang macam mana kita ada? Jika kita ramai kawan....bagus tu...tapi kena tengokle juga..jangan terlalu ghairah nak kumpul ramai kawan...kita lupa lak nak pilih kawan....sebab, kawan ni ada macam-macam kategori.....hmmmmmm.
Kalau kita ada kawan yang kaki sosial....jangan pula kita pun terikut-ikut dengan perangainya..hmmm
Kalau kita ada kawan kaki klentong...jangan pula kita jadi kuat mengelentong...hmmmm
Kalau kita ada kawan kaki bisnes....bagus juga...boleh belajar ilmu berniaga...boleh juga menambah pendapatan keluarga..hmmm..
Kalau kita ada kawan kaki jalan....yang ni kena tengok situasi le...sekali-sekala boleh gak ikut jalan-jalan...kerap sangat...pokai lak nanti....maklum le...poket bukan selalu berisi...hmmmm..
Kalau kita ada kawan suka merapu.....jangan dok ikut merapu....selalu sangat merapu...orang tak suka juga...hmmmm..
Kalau ada kawan yang kuat agamanya.....Alhamdulillah....kita akan terkena tempias kebaikannya...Insyaallah...dia akan mengingatkan kita ke arah jalan kebaikan jika kita mula tergelincir dari landasan...hmmmmm...
Kawan-kawan,......berkawan biar seribu....
Memilh kawan itu perlu.....
Tuesday, October 19, 2010
Perjalanan ini....
Salam....dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini....
Catatanku....
Semalam....18 Oktober 2010...aku mencari sesuatu..."hala tuju". Satu permulaan di dalam perjalananku dalam usaha mengenalMu..Ya Allah...permudahkanlah perjalananku ini. Kuatkanlah semangatku dalam usahaku untuk mendekatkan diriku denganMu...
Wahai teman, wahai sahabat..bersamalah kita mengatur langkah ke arah itu...walau jalan penuh berliku, penuh ranjau berduri, walau dalam kegelapan malam...namun dengan penuh keikhlasan...segalanya akan dipermudahkan...Insyaallah...
Monday, September 27, 2010
Tangisan Rindu Semalam
Hadirnya semalam bersama kesayuan di hati....hati begitu mudah tersentuh. Perasaan begitu sensitif dan air mata terus mengalir tanpa dapat dibendung lagi...Air mata ini begitu mudah mengalir tatkala selesai menghadapNya..dan air mata yang gugur itu adalah air mata kerinduan..rindu yang tertahan...rindu pada segalanya...
Tika dan saat ini...titisan air mata masih terus membasahi bumi...mengalirlah..andai itu dapat memberi ketenangan...kerna jika ia ditahan pasti kesannya akan menjadi lebih parah...
Terima kasih.... kerana masih ada insan yang sudi memberi tunjuk jalan...membimbing mereka yang masih tercari-cari.... menyambut mereka yang hampir tersungkur menyembah bumi...memimpin tangan ini yang longlai untuk meneruskan perjalanan...
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah....kerana masih ada insan yang sebegini, insan yang sanggup mengorbankan diri demi kebahagiaan insan lain.
Sunday, September 26, 2010
Jamuan Hari Raya 2010
Semalam....25hb. September 2010 ada buat majlis jamuan hari raya untuk kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan hubby di rumah...Majlis bermula pada pukul 2.00 p.m hingga 6.00 p.m. Walaupun begitu ada juga tetamu yang datang pukul 8.00 malam...hari raya...datanglah tidak kira waktu...kami tetap mengalu-alukan kedatangan tetamu....
Menu semalam antaranya ialah nasi impit, rendang daging, ayam masak lemak cili padi, lemang tradisi Perak, laksa Penang, tapai pulut dan apa lagi....biskut raya la...semua menu tu masak sendiri. Tak tau sama ada sedap atau tidak...hahaha...maklumle...bukan pakar masak...tapi....alhamdulillah bila tengok tetamu yang datang, balik dengan perut yang kenyang...takut gak..penat-penat datang...bila balik dengan perut yang kosong...
Apa pun, terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi datang ke rumah kami...InsyaAllah jika ada rezeki, akan ada lagi majlis seperti ini pada hari raya akan datang...
Walau pun agak penat kerana semua persiapan buat sendiri, tetapi syukur alhamdulillah...kerana semuanya berjalan lancar. Terasa puas apabila melihat teman-teman menikmati juadah dengan selera....
Akhir kata, Terima Kasih, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...sehingga berjumpa lagi....
Wednesday, September 22, 2010
Berakhirnya Satu Bebanan.....
Hari ini berakhir sudah satu bebanan berat yang ditanggung oleh murid-murid Tahun6 2010...Selesai sudah peperiksaan UPSR.Sekarang ni...mereka sedang memerah otak untuk menjawab Soalan Aptitud...hinggalah pukul 3.45 petang....Selamat Menjawab...mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNya..
Giliran cikgu-cikgu yang terlibat dengan Tahun 6 le... menanggung beban....risau...adakah anak-anak didik mereka dapat menggapai kejayaan seperti yang diharapkan oleh semua....pihak sekolah...keluarga....dan masyarakat...mampukah mereka memenuhi kehendak mereka....???? Apapun... segalanya boleh berlaku. Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka...InsyaAllah...
Monday, September 20, 2010
Selamat Menduduki UPSR 2010
Esok 21hb. hingga 23hb. September....semua anak-anak Tahun 6 akan menduduki UPSR...Selamat berjuang untuk kalian...semoga semuanya sihat dan beroleh kejayaan yang membanggakan semua pihak...
Untuk anakku....Aini...semoga berjaya menggenggam kecemerlangan....ada sesuatu menunggumu di sana nanti.....
Untuk anak temanku yang jauh tapi dekat....Selamat Berjuang demi masa depanmu...doa ayah bonda sentiasa bersamamu.....moga berjaya menggapai impian....
Untuk anak-anak temanku di sini mahupun di sana...Selamat Maju Jaya buat semua....
Untuk anak-anak didik di SKPT....Semoga Cemerlang dan berjaya melakar sejarah kegemilangan.....
InsyaAllah......
Monday, September 13, 2010
Teman..Ramadhan dan Syawal ini kita berkongsi kegembiraan dan kesedihan....
Hari ini...10Sept.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H...kami merayakannya dengan penuh kegembiraan...kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara , jiran tetangga dan kenalan. Namun kegembiraan ini hanya seketika...ketika dalam perjalanan pulang dari rumah kakak di Sungai Panjang, kami telah dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan.Abang kepada suamiku telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.Berita sedih ini telah dimaklumkan oleh anak saudara kami.
Sebenarnya Syawal tahun ini kami tidak bercadang untuk balik ke kampung di Perak, memandangkan anak bongsuku akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 Sept. ini. Namun...kita hanya mampu merancang...segalanya DIA yang menentukan.
Menurut anak saudaraku ayahnya terlibat dengan kemalangan ketika hendak pulang ke rumah neneknya di Alor Pongsu selepas menziarahi abang-abangnya sempena ketibaan Syawal.Itu memang menjadi kebiasaannya. Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 6.00 petang.
Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Perak kira-kira jam 1.00 pagi. Kami terus menuju ke Hospital Taiping kerana abang ipar ku ditempatkan di situ. Kami tiba lebih kurang jam 3.30 pagi. Keadaan abang ipar ku kritikal. Menurut doktor harapan untuk sembuh amat tipis. Pendarahan tidak berhenti-henti . Abang ipar ku koma .Doktor meminta semua waris berkumpul. Kami redha dengan kejadian yang menimpa abang ipar.
Pagi itu kira-kira pukul 7.30 pagi kami pulang ke Parit Buntar untuk menghantar anak-anak. Selepas bersiap serba sedikit, kami kembali semula ke hospital kerana di saat-saat seperti ini kami harus sentiasa berada di sisinya. Sampai di hospital, doktor telah memaklumkan kepada suamiku bahawa keadaan abangnya bertambah tenat. Bahagian otak sebelah kanannya tidak lagi berfungsi. Tekanan darahnya juga semakin rendah. Menurut doktor lagi, abang ipar ku tidak dapat diselamatkan lagi. Kami pasrah dengan ketentuan Illahi jika ini memang takdirNya.
Tepat pukul 4.21 petang bersamaan 11 September 2010 , doktor memaklumkan bahawa abang ipar ku telah meninggal dunia..Pergi untuk selama-lamanya..Kami redha...Allah lebih menyayanginya..Al-Fatihah untuk arwah abang ipar ku...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Jenazah abang ipar ku dibawa ke Parit Buntar untuk disemadikan di tempat kelahirannya. Ya Allah,,,semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya...amin.
Tuesday, September 7, 2010
Di saat pemergian insan tersayang...
Hari ini 7hb. September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431H..aku telah dimaklumkan oleh sahabat yang ku kasihi bahawa ayahandanya yang tersayang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6:00petang. Kembalinya ia di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakhah ini....
Aku menerima berita sedih ini ketika di dalam perjalanan ke kampung menemui keluarga tersayang di Selangor...Tika ini, aku baru sahaja melepasi tol Damansara. Aku terkedu buat seketika...teman...maafkan aku kerana tidak dapat bersama ketika kamu menghadapi detik yang menyayat hati ini...
Ketika umat Islam sedang menghitung detik kegembiraan menyambut ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi...dirimu melalui detik pilu ini...tabahkan hatimu...sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..
Aku berdoa semoga roh Allahyarham ayahandamu yang tercinta ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...Aku tidak akan lupa pesanmu itu membacakan surah Al-Fatihah dan SurahYaasin untuk disedekahkan buat Allahyarham ayahandamu...
Salam takziah buatmu teman....Insyaallah, jika ada kelapangan waktu...aku akan mengunjungi mu....maafkan aku sekali lagi kerana tidak dapat bersama-sama denganmu di saat ini....walau jauh aku akan sentiasa mendoakanmu......
Al-Fatihah buat Allahyarham ayahandamu.......semoga ronya bersemadi dengan tenang di sana.....
Dari Allah kita datang..kepadaNya jua kita kembali....
Friday, September 3, 2010
Bicara Buat Teman....
TEMAN.....
Aku bersyukur kepadaMu Ilahi.....kerana memberi kesempatan ini....untuk aku bertemu dengan temanku semula setelah sekian lama tanpa perkhabaran....
Dulu....aku jauh denganmu, tapi kini dengan kehendak-Nya jua, aku semakin dekat. Dekat denganmu. Aku bersyukur kerana aku punya teman yang sejati...teman yang sudi membimbing aku tatkala aku tercari-cari arah cahaya-Mu Ilahi...Teman yang sudi menarik taliku ketika aku hampir melayang tanpa haluan...Teman yang sudi menyelamatkan aku dari terus tenggelam dibawa arus tanpa belas kasihan.
Teman,
Aku masih perlukan bimbingan. Bimbinglah aku ke jalan-Nya...Aku sedar...aku banyak kekurangan, banyak kelemahan...kadangkala aku alpa dengan mainan duniawi...terlena dek mimpi-mimpi yang mengasyikkan...
Terima Kasih Teman...tatkala aku dalam kekeliruan...kau hadir menghulurkan bantuan.Bantuan yang memang aku perlukan untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa dengan ilmu-ilmu-Nya..Percayalah teman...sesungguhnya kehadiranmu kali ini memberi seribu kerahmatan buatku yang masih tercari-cari ke mana arah tujuku selepas ini. Bimbinglah aku untuk mengenal diri, bimbinglah aku untuk mengenali segala ilmu yang menjadi milikNya...bimbinglah aku bersamamu mendapat keredhaan-Nya. Aku ingin merasai nikmat anugerahNya....
Teman...
Kehadiranmu kali ini amat bererti bagiku...kau bukan lagi seperti yang aku kenali dulu..Syukur Ya Allah...kerana memberi kesempatan yang terindah buatku....
Teman....
Aku mahu kebahagiaan itu menjadi milik kita di sini dan di sana nanti....Ya Allah...sesungguhnya segala yang berlaku itu dengan izin-Mu jua...
Tahajjuj Cinta...
Meskipun ku rapuh dalam langkah dan tak setia kepada-Mu, namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu...maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu...Dalam dada ku harap hanyalah diri-Mu yang bertakhta......
Apa yang milikku adalah milik-Mu semua. Apapun milik kami...adalah milik-Mu juga....biarkan waktu yang akan membawa semuanya....neraka tersaji ataupun air syurga-Nya...
Kau datang ketika duka.....dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga.....
Anugerah terindah adalah cinta yang bersemayam kerana Allah....bukan kerana nafsu semata.....
Hargai cinta, syukuri semua anugerah, jangan mengeluh atas pemberian-Nya......
Sepi Seorang Aku...
Hari ini aku digamit sepi dan rindu..rindu pada kenangan lalu. Rindu yang tak terucap dek kata-kata. Mengapa ini yang harus aku lalui.Bukan ini kehendakku. Puas untuk aku menolaknya ke tepi, namun semakin kuat cuba ku buang semakin erat melingkari diriku. Mana bisa ku humban jauh dari lipatan memori ini..kerna ia kenangan terindah dalam hidup seorang aku...walau sepi...walau rindu...ada DIA yang setia menemani malam dan siang ku...
Ya Allah. aku mohon keredhaanMu, restui perjalanan hidupku, hanya padaMu aku berserah...
Ya Allah. aku mohon keredhaanMu, restui perjalanan hidupku, hanya padaMu aku berserah...
Wednesday, August 11, 2010
Menjalani Ramadan Ini...
Menjalani Ramadan ini
jangan biarkan nafsu menguasai diri
mempengaruhi fikiran
ke arah kejahatan
merosakkan ibadah
membatalkan amalan
hendaklah ditentang dan dilawan
dengan kekuatan
taqwa dan iman.
Menjalani Ramadan ini
berbuat maksiat usah sekali
jauhi ujub
riak dan bangga diri
serta sikap permusuhan
benci-membenci
dan kata mengata
umpat mencaci
segala yang keji
kita hindari.
Menjalani Ramadan ini
Seberapa yang boleh
perbanyakkan amal soleh
dengan hati yang putih
niat yang bersih
kelak ibadah yang kita jalani
mendapat barakah dan diredhai....
jangan biarkan nafsu menguasai diri
mempengaruhi fikiran
ke arah kejahatan
merosakkan ibadah
membatalkan amalan
hendaklah ditentang dan dilawan
dengan kekuatan
taqwa dan iman.
Menjalani Ramadan ini
berbuat maksiat usah sekali
jauhi ujub
riak dan bangga diri
serta sikap permusuhan
benci-membenci
dan kata mengata
umpat mencaci
segala yang keji
kita hindari.
Menjalani Ramadan ini
Seberapa yang boleh
perbanyakkan amal soleh
dengan hati yang putih
niat yang bersih
kelak ibadah yang kita jalani
mendapat barakah dan diredhai....
Monday, August 9, 2010
Jangan Kedekut Mendoakan Ibu Bapa.....
Ibu melahirkan kita ke dunia, menyusukan dan membesarkan. ayah pula memastikan
kelangsungan hidup seorang anak dan keperluan kita dipenuhi tanpa ada kekurangan walau
sedikit.
Ibu bapa tidak pernah inginkan apa-apa pun sebagai balasan. Apatah lagi mereka tidak meminta apa-apa melainkan untuk melihat anak-anak hidup bahagia. Hakikatnya tiada harta dunia ini yang mencukupi untuk membalas kembali jasa mereka.
Malang sungguh, berapa kerat anak-anak kini yang konsisten mendoakan kedua-dua orang tua mereka?
p/s : Amalkan selepas solat fardhu lima waktu doa memohon kesejahteraan mereka.
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra' 17:24)
kelangsungan hidup seorang anak dan keperluan kita dipenuhi tanpa ada kekurangan walau
sedikit.
Ibu bapa tidak pernah inginkan apa-apa pun sebagai balasan. Apatah lagi mereka tidak meminta apa-apa melainkan untuk melihat anak-anak hidup bahagia. Hakikatnya tiada harta dunia ini yang mencukupi untuk membalas kembali jasa mereka.
Malang sungguh, berapa kerat anak-anak kini yang konsisten mendoakan kedua-dua orang tua mereka?
p/s : Amalkan selepas solat fardhu lima waktu doa memohon kesejahteraan mereka.
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra' 17:24)
Renungan Buat Diri dan Insan Tersayang....
Kadangkala................
Allah patahkan hati kita...
Supaya kita lebih bersemangat.
Allah berikan kita sakit....
Supaya kita jadi lebih kuat.
Allah beri kita gagal...Supaya kita merendah diri.
Allah menghantar penyakit.....
Supaya kita belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh Nya..............
Dunia ini hanya 3 saat sahaja. Saat yang telah berlalu, saat yang kamu berada padanya dan saat yang kamu tidak mengetahui sama ada kamu sempat dengannya atau tidak. Maka sebenarnya kamu tidak memiliki melainkan 1 saat sahaja.....kerana maut itu datang dari saat ke saat........
Allah patahkan hati kita...
Supaya kita lebih bersemangat.
Allah berikan kita sakit....
Supaya kita jadi lebih kuat.
Allah beri kita gagal...Supaya kita merendah diri.
Allah menghantar penyakit.....
Supaya kita belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh Nya..............
Dunia ini hanya 3 saat sahaja. Saat yang telah berlalu, saat yang kamu berada padanya dan saat yang kamu tidak mengetahui sama ada kamu sempat dengannya atau tidak. Maka sebenarnya kamu tidak memiliki melainkan 1 saat sahaja.....kerana maut itu datang dari saat ke saat........
Friday, August 6, 2010
Mengharap Keredhaan Mu......
"Hatimu adalah wadah itu....
Perasaanmu adalah tempat itu...
Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya...
Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian.
Karena......
Hidup adalah sebuah pilihan,
Mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sampai ajal kita menjelang?
Belajar bersabar menerima kenyataan..........adalah yang terbaik......."
Tepiannya doa selembut sutra, lirih, dan berpasrah........Hati......
Perasaanmu adalah tempat itu...
Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya...
Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian.
Karena......
Hidup adalah sebuah pilihan,
Mampukah kita jalani kehidupan dengan baik sampai ajal kita menjelang?
Belajar bersabar menerima kenyataan..........adalah yang terbaik......."
Tepiannya doa selembut sutra, lirih, dan berpasrah........Hati......
Bila kaca jatuh berderai...
Hari minggu yang sangat membangkitkan kemarahan.Geram + Meradang + Bengang + Tension = Membara..Semua bercampur menjadi satu....
Sepatutnya tika dan waktu ini aku sudah berada di bumi Johor. Memenuhi janji untuk menziarahi permata hati yang dikasihi...namun halangan datang tanpa diundang.Memusnahkan segala impian dan perancangan. Bumi Johor tidak jadi menerima kehadiran kami. Bumi Seremban jua jauh dari pandangan..apakan daya. kita manusia hanya mampu merancang..tetapi takdir menentukan.
Kekesalan datang bertandang. Memungkiri janji kerana keterpaksaan..mengundang kekecewaan..memusnahkan bunga-bunga kerinduan..meleburkan harapan.....
Sabarlah hati...sabarlah jiwa...redakan kemarahanmu..ada satu hikmah di sebalik kejadian...akurlah pada kehendakNya......Ini semua suratan takdir...
Aduhai permataku......walau jauh kalian berada...namun...dekat di hati ini...Aku sayang dan rindu kamu.....
Tuesday, August 3, 2010
Tak Semanis Impian...
Setiamu dapat kurasa dari pancaran matamu...
Kadang-kadang kita bukannya takut untuk jatuh cinta. Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui baik buruknya, hinggalah segala rahsia terbentang di depan mata. Memang benarlah cinta itu perjudian, perjudian yang bukan sahaja kesudahannya kalah atau menang malah lebih trajis daripada itu.
Saturday, July 31, 2010
Selamat Berbahagia Teman...
Hari ini aku ke satu daerah bersama dengan keluargaku..aku, suami dan anak bongsu ku. Hari ini aku datang bersama meraikan detik bersejarah seorang teman...Hari ini temanku akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka yang berjaya bertakhta di hatinya.
Aku singgah di rumah keluarga angkat sebelah pihak lelaki. Kedatangan kami disambut dengan ramah mesra.Terukir senyuman gembira di wajah mereka..Akan termetrai satu lagi ikatan suci antara dua insan yang dinamakan Adam dan Hawa.....
Setelah bacaan doa selamat di pihak lelaki selesai..kami bergerak menuju ke destinasi sebenar bersama hajat untuk menyatukan dua insan yang sedang asyik masyuk dilambung ombak cinta.Ya Allah...makbulkan doa kami...restuilah perjalanan kami, hadirnya kami bersama hajat nan suci....
Kami disambut dengan penuh mesra.Tergambar keceriaan pada wajah-wajah mereka..yang menanti tanpa rasa jemu.Alhamdulillah....termetrai sudah satu ikatan yang suci lagi bermakna.
Satu ikatan yang didambakan oleh setiap insan bergelar Adam dan Hawa.Cincin disarung sebagai tanda ikatan pertunangan.Senyum simpul terukir di wajah Adam dan Hawa....Senyum kegembiraan..Permulaan untuk sehidup semati hingga ke hujung nyawa....
"Selamaat Bertunang" temanku,,,,aku doakan kau berbahagia selamanya.
1 Ogos 2010 detik bersejarah.Kini kau menjadi tunangan orang tersayang...Selamat Berbahagia daripada kami sekeluarga,,,
Aku singgah di rumah keluarga angkat sebelah pihak lelaki. Kedatangan kami disambut dengan ramah mesra.Terukir senyuman gembira di wajah mereka..Akan termetrai satu lagi ikatan suci antara dua insan yang dinamakan Adam dan Hawa.....
Setelah bacaan doa selamat di pihak lelaki selesai..kami bergerak menuju ke destinasi sebenar bersama hajat untuk menyatukan dua insan yang sedang asyik masyuk dilambung ombak cinta.Ya Allah...makbulkan doa kami...restuilah perjalanan kami, hadirnya kami bersama hajat nan suci....
Kami disambut dengan penuh mesra.Tergambar keceriaan pada wajah-wajah mereka..yang menanti tanpa rasa jemu.Alhamdulillah....termetrai sudah satu ikatan yang suci lagi bermakna.
Satu ikatan yang didambakan oleh setiap insan bergelar Adam dan Hawa.Cincin disarung sebagai tanda ikatan pertunangan.Senyum simpul terukir di wajah Adam dan Hawa....Senyum kegembiraan..Permulaan untuk sehidup semati hingga ke hujung nyawa....
"Selamaat Bertunang" temanku,,,,aku doakan kau berbahagia selamanya.
1 Ogos 2010 detik bersejarah.Kini kau menjadi tunangan orang tersayang...Selamat Berbahagia daripada kami sekeluarga,,,
Thursday, July 29, 2010
Bicara rindu buat teman....yang jauh, namun dekat di hati...hingga ke hujung nyawa..
Berarak mendung kelabu dan titisan-titisan hujan rindu....muncul Sang Pelangi mewarnai
keceriaan....dinanti adalah kemunculan Sang Mentari yang bersinar dan Sang Rembulan yang setia menemani malam.....
Semalam yang pergi membawa cerita duka, ditemani air mata....hari ini yang datang membawa seribu cerita bahagia..penuh gelak tawa...Adakah hari esok yang menjelma...hadirnya bersama cerita seperti semalam atau hari ini...????
Kata-kata yang terucap dari lidah yang tidak bertulang ada kalanya lebih bisa dari ketajaman mata pedang...Bisa dan kesan lukanya lebih dalam dari kedalaman dasar lautan...Kekadang yang lahir bukan menggambarkan realiti sebenar, mungkin mainan kata dari fantasi dan ilusi yang tidak bertepi......
Semua manusia yang hidup di dunia ini inginkan kebahagiaan.Setiap orang dengan imaginasinya yang tersendiri. selalunya disimpan sebagai rahsia peribadi. Kadangkala sesuatu yang disangka boleh membahagiakan itu dapat diusahakan, tetapi sayang,tetap juga jauh dari jangkauan....Walau apa pun...sesuatu yang pasti akan berlaku, ialah kehendak dan ketetapan Allah jua.....
Payahnya menerima hakikat, perpisahan begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.......
Untuk sekian kalinya....... air mata ini gugur kembali...
Telah sekian lama tertahan..tidak mungkin dapat dibendung lagi....gugurlah untuk terus membasahi bumi......
keceriaan....dinanti adalah kemunculan Sang Mentari yang bersinar dan Sang Rembulan yang setia menemani malam.....
Semalam yang pergi membawa cerita duka, ditemani air mata....hari ini yang datang membawa seribu cerita bahagia..penuh gelak tawa...Adakah hari esok yang menjelma...hadirnya bersama cerita seperti semalam atau hari ini...????
Kata-kata yang terucap dari lidah yang tidak bertulang ada kalanya lebih bisa dari ketajaman mata pedang...Bisa dan kesan lukanya lebih dalam dari kedalaman dasar lautan...Kekadang yang lahir bukan menggambarkan realiti sebenar, mungkin mainan kata dari fantasi dan ilusi yang tidak bertepi......
Semua manusia yang hidup di dunia ini inginkan kebahagiaan.Setiap orang dengan imaginasinya yang tersendiri. selalunya disimpan sebagai rahsia peribadi. Kadangkala sesuatu yang disangka boleh membahagiakan itu dapat diusahakan, tetapi sayang,tetap juga jauh dari jangkauan....Walau apa pun...sesuatu yang pasti akan berlaku, ialah kehendak dan ketetapan Allah jua.....
Payahnya menerima hakikat, perpisahan begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.......
Untuk sekian kalinya....... air mata ini gugur kembali...
Telah sekian lama tertahan..tidak mungkin dapat dibendung lagi....gugurlah untuk terus membasahi bumi......
Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah mula bersuara...
Zahar Azree dan Ana Azra. Pandangan pertama mereka memutikkan cinta. Badai asmara mereka sentiasa membakar dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Perpisahan dalam keterpaksaan. Zahar Azree terpaksa melangkah pergi tanpa alasan pasti. Sejak itu, dia tidak pernah kembali. Tiada jua khabar berita. Sedangkan Ana setia menanti dengan air mata kesengsaraan.
Tanpa diduga, Zahar muncul kembali. Kembali dengan seribu kekesalan dan keresahan. Tiada lagi tangisan dan kebencian di hati Ana. Sudah lama dibenam ke dasar lautan. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaan.
Benarkah dia pernah membenci lelaki itu? Hipokritkah Zahar bila menyatakan Ana masih tetap di hatinya...
Wednesday, July 28, 2010
Kebahagiaan Itu Milikku
Perginya semalam turut membawa cerita duka. Pergi nya semalam membawa bersama kepahitan masa lalu. Sepertinya berarak mendung kelabu. Menyerlah kebiruan warna langit. Bersama simbahan sang suria.Ceria kembali warna-warni alam semesta.Kicauan burung turut melagukan melodi bahagia. Mekar kelopak bunga menyebarkan haruman mewangi. Segalanya berlagu riang.
Aku telah menemui kebahagiaan yang ku dambakan selama ini. Aku tidak akan menoleh ke belakang untuk mencari sesuatu yang tidak pasti.Sesuatu yang mana mungkin menjadi realiti. Aku tidak mahu menganyam mimpi. Tidak boleh melakar fantasi dari ilusi yang tiada tepinya.
Kebahagian di hadapan terbentang nan meluas. Permaidani merah sedia terhampar untuk mengorak langkah dengan penuh keselesaan. Mengalir sungai yang sejuk dan mendamaikan. Bersyukur atas segala nikmatNya.
Apa lagi yang perlu dicari? Apa lagi yang diharapkan? Apa lagi yang kurang?
Teruskan langkahmu. Usah lagi kau toleh ke belakang. Kisah lalu hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal kenangan. Kenangan abadi. Tetap terpahat di lubuk hati.
Aku bahagia kini. Di kelilingi orang- orang yang aku kasihi. Bersama -sama tiga Si Jantung hati.Merekalah penemanku hingga ke hujung nyawa.
Aku telah menemui kebahagiaan yang ku dambakan selama ini. Aku tidak akan menoleh ke belakang untuk mencari sesuatu yang tidak pasti.Sesuatu yang mana mungkin menjadi realiti. Aku tidak mahu menganyam mimpi. Tidak boleh melakar fantasi dari ilusi yang tiada tepinya.
Kebahagian di hadapan terbentang nan meluas. Permaidani merah sedia terhampar untuk mengorak langkah dengan penuh keselesaan. Mengalir sungai yang sejuk dan mendamaikan. Bersyukur atas segala nikmatNya.
Apa lagi yang perlu dicari? Apa lagi yang diharapkan? Apa lagi yang kurang?
Teruskan langkahmu. Usah lagi kau toleh ke belakang. Kisah lalu hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal kenangan. Kenangan abadi. Tetap terpahat di lubuk hati.
Aku bahagia kini. Di kelilingi orang- orang yang aku kasihi. Bersama -sama tiga Si Jantung hati.Merekalah penemanku hingga ke hujung nyawa.
Menggapai Impian Bersama Luka
Seorang aku melangkah ke alam baru. Menuju ke satu destinasi. Nun.....jauh di sana. Alam penuh pancaroba.Penuh warna-warni dunia.Adakalanya membawa kebahagiaan, ada ketikanya membawa kesengsaaraan. Di sini, di daerah ini seorang aku belajar mengenal dunia. Namun tidak pernah lupa menggapai impian nan satu.
Di sini, di daerah ini,,,,serang aku belajar menjadi dewasa..seiring dengan perjalanan usia. Di daerah ini banyak yang dilalui oleh seorang aku. Ada cerita bahagia penuh tawa dan ceria. Di sini juga terciptanya cerita luka. Segalanya tetap utuh tepahat di lubuk hati ini. Sebagai satu memori.
Seorang aku tahu,
Di daerah ini....
Salah langkah, musnah
Salah langkah, derita
Salah langkah, merana
Salah langkah,kecewaSalah langkah, entah ke mana hala tuju seorang aku.....
Serang aku nasibnya begitu baik.Tidak hanyut dengan arus dunia. Tidak terpesona dengan keindahan warna-warni dunia yang melekakan. Walau di daerah ini bermulanya segala. Seorang aku tetap menjadi seorang aku.
Seorang aku, melangkah menggapai cita-cita nan satu.Cita-cita sedari kecil dahulu.Untuk berbakti menabur ilmu...Cita-cita murni seorang aku.
Di daerah ini, dalam mengejar impian, seorang aku telah ditemukan dengan dia secara tidak sengaja. Dia yang dirasakan dapat menemani malam dan siangku. Seperti Sang Suria yang bersinar dan Sang Rembulan yang menyinari kegelapan malam. Seorang aku dibuai mimpi-mimpi indah, seindah warna-warna pelangi. Seorang aku diulit bahagia.Dikelilingi haruman bebunga yang mekar mewangi. Di sini ada kasih, di sini ada cinta, di sini ada segala-galanya. Harapan tinggi menggunung.Menyulam benang-benang cinta. menganyam bahagia hingga ke akhirnya. Hingga ke hujung nyawa.
Tapi, kita hanya mampu merancang.Dialah penentu segala. Sudah lumrahnya dunia.Ada permulaan, ada akhirnya. Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada kebahagiaan, ada penderitaan. Walau itu bukan seperti yang diharapkan.
Namun seorang aku tetap seorang aku....masih seperti dahulu......
Teringat Kisah Nan Lalu
Tiba-tiba teringat peristiwa lalu...tika usia remaja.Tika mula mengenal warna-warni dunia.Saat itu, seperti jua insan yang lain...
Mahu merasa dan menikmati
Mahu mengasihi dan dikasihi
Aaaaah...mahu jua dicintai...
Teringat kisah lalu,
Saat mengenal erti persahabatan
Saat mengenal erti kasih sayang
Saat mengenal seseorang...dag dig dug jantungku...bergetar
Tapi...itu cerita dulu,hadirnya cuma seketika
sekadar untuk menjenguk rasa
tidak meninggalkan kesan di jiwa...
ada sendu, ada pilu, ada tawa, ada ceria
Aaaargh...itu hanya tinggal kenangan...
Tika usia remaja....cinta monyet, cinta gila...
Tuesday, July 27, 2010
Inilah Kisahku
Dulu, aku hingusan lagi,Tidak mengerti mainan dunia.Kini, aku menginjak ke usia dewasa.Melalui pelbagai kisah suka duka.Matang bersama perjalanan usia.....
Dulu, saat mula menginjak ke alam persekolahan, aku tidak menyangka....aku akan berada di sini hingga ke akhirnya......
Dulu, aku tidak suka untuk ke situ...tapi kini, di sinilah tempatku...tempat aku mencurah ilmu.Berbakti tanpa mengenal jemu.Bangga melihat kejayaan anak didikku...dengan usaha gigih seorang aku...
Usia mudaku,
Penuh liku....penuh onak duri sembilu,
penuh suka,duka tangisan dan tawa ria....
Tapi,
itu kisah dulu
kisah seorang aku....
Kini, aku terus melangkah
Dengan satu tekad
Satu hala tuju
Meneruskan perjuanganku.....demi mu...anak bangsaku......
Subscribe to:
Posts (Atom)