Saturday, May 21, 2011

Segalanya Atas KehendakMu jua....Syukur Ya Allah...

21hb. Mei 2011 [Sabtu]

Aku ke Bera bersama family. Ada jemputan di Felda Sebertak. Selama ni aku belum pernah menjejakkan kaki ku di tempat ni. Alhamdulillah hari ini sampai juga. Sebelum ke F. Sebertak, aku ke rumah sahabat di Bukit Puchong. Dah lama tidak menziarahai mereka. Kebetulan pergi ke daerah yang sama, apa salahnya singgah menjenguk mereka.

Bertolak dari rumah kira-kira pukul 7.30 pagi. Berhenti untuk bersarapan terlebih dahulu di AC Corner..pekena teh tarik dan roti canai. Berhampiran susur keluar ke Chenor..alamak..!! jem giler..! Apasal pula banyak sangat kereta pagi ni? Oooo...baru teringat, hari ni hari pendaftaran pelajar ke UITM Jengka...tu yang jalan jem..

Setelah puas menyapu 'jem' atas jalan raya..baru le sampai ke rumah sahabat. Waktu menunjukkan pukul 11. pagi. Sahabat tak berapa sihat nampaknya...Bese le..demam selsema..penat basuh kain malam-malam...hehehe..maklum le..waktu malam baru ada air..kasihan dia..nak buat cam ner erk? Dah bertahun lamanya masalah ni...sabo je ler...!
Sahabat jamu mee goreng...Alhamdulillah, kenyang. Lebih kurang pukul 12.00 tghr. kami meneruskan perjalanan ke F. Sebertak. Sampai lebih kurang puku; 12.45 tghr. terus menjamu selera. Seronok gak jumpa kawan-kawan lama ni. Lebih kurang pukul 2.00 petang, bertolak balik ke Kuantan.

Dalam perjalan, tetiba terasa kereta bergegar..masa tu pemanduan agak laju juga, cuaca pula agak panas. Berhenti di tepi jalan nak check kenderaan sat. Aduh...! tayar kereta pancit...nasib baik cepat sedar..Alhamdulillah..kami dilindungi oleh Nya. Syukur ya Allah...keluarkan tayar 'spare' dan alatan lain...Alamak,tak leh nak guna...cam ne nih?? Cuaca..mak aii..! panas tak terkira...nak buat cam ner...benda dah berlaku...hmm..nak minta tolong sape ni..? try call talian hotline Prime..kot-kot boleh bantu..tetiba ada sebuah kereta Volvo bunyikan hon, langsung berhenti di tepi jalan. Keluar lah seorang hamba Allah yang tidak ku kenali datang menghampiri lantas bertanya apa yang berlaku. tayar kereta pancit...jawabku ringkas. Ada tayar spare? Tanya dia lagi. Ada. tapi alatan tak boleh nak guna, ada masalah teknikal la pula..itu saja yang mampu ku jawab. Dia berpatah balik ke keretanya dan memunggah barangan di dalam boot keretanya. kembali semula menghampiri kami dan memberi bantuan yang sewajarnya. Alhamdulillah Ya Allah, disaat-saat aku begitu memerlukan pertolonganMu, Kau permudahkan jalan ku ini dengan menghantar pertolongan daripada Mu Ya Allah, walaupun dia tidak ku kenali.

Sambil memberi bantuan sempat dia memaklumkan bahawa dia ada urusan di Kemaman untuk menghantar kitab-kitab yang dipesan dan dia sendiri berasal dari Kelantan. Sebenarnya dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur. Ketika asyik mengganti tayar kereta, tiba-tiba."brubb" terdengar bunyi benda terjatuh.Rupa-rupanya kotak yang berisi buku milik hamba Allah yang baik hati tadi jatuh. Tak apa, biar saya bantu susun semula buku-buku itu, pantas aku menawarkan bantuan. Ya Allah, Maha Berkuasa, ku lihat buku itu seperti aku kenal. Memang tidak salah lagi. Itu buku yang aku sedang baca dan sedang mendalami isi kandungannya. Dia datang menghampiri ku lantas bersuara " kita angkat yang ini dulu cikgu, bimbang yang lain akan jatuh pula.." Hati ku berdetik..macam mana dia boleh tahu aku ni cikgu? Aku tak bagi tahu pun siapa diri ini.."bantu saya angkat kotak-kotak ini sebab pinggang saya tak kuat, terkehel.'Katanya lagi.

Alhamdulillah, akhirnya masalah sudah selesai.Berbanyak-banyak terima kasih yang mampu ku ucapkaan di atas bantuannya. Dia sempat memperkenalkan diri sebagai penyunting pertama buku hasil tulisan ayahnya. Patutlah, ketika dia datang menghampiri untuk menawarkan bantuannya. ku lihat seperti pernah melihat wajah ini. Rupanya memang mirip dengan penulis buku itu, ya...ayahnya. Syukur Ya Allah kerana diberi kesempatan bertemu dengannya. Segala yang berlaku itu atas kehendak Mu jua. Terima kasih Ya Allah....

Aku meneruskan perjalanan. Pemanduan secara perlahan sahaja. Saat ini ku rasakan jadi pemandu yang paling berhemah di jalan raya...80km/j...hahaha..Kira-kira pukul 5.00ptg sampai di Bt 11, terus menuju ke kedai tayar. Tukar tayar baru. Maka, terbang le RM200.00...demi keselamatan. Pukul 5.30 ptg terus ke kedai makan nak minum petang merangkap makan malam. Pukul 6.45 petang, baru dapat menjejakkan kaki ke rumah. Alhamdulillah, sampai juga ke rumah.

Wednesday, May 4, 2011

Rezeki ada di mana-mana....


Arowana


Kecacatannya menjadikan ia unik




anak-anak arowana

Hujan....Mengidam Nak Makan Donat....




Hari Selasa 4hb.Mei 2011...

Hujan...mak ai lebatnya...dah lama tak hujan cam ni...best juga rumput-rumput kat lama pun banyak yang layu...tak cukup air..

Hujan-hujan gini, perut lak lapar
semacam...dok pikir-pikir apa nak buat petang-petang gini eark?

Rasa nak makan donat le pulak....hmm
...Aini dan Aizat pun suka gak makan donat ni..ke dapur le kita...nak uli tepung buat donat..buat 1/2 kg tepung cukup le...minum petang merangkap makan malam...bese le...kalau dah makan kenyang...nasi tak di usik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...