Friday, November 11, 2011

Saat Itu.....




27hb.Okt-1hb. Nov.2011.....

Sedetik Waktu Itu......

Sejak dari pagi Rabu 26hb.Oktober.2011, aku sudah mula berasa tidak sihat. Tekakku sakit semula.Pagi itu aku dalam perjalanan balik ke Kuantan setelah 3 hari berada di Pulau Langkawi.

Malam itu aku dah mula sakit kepala semula. Sebelum bertolak ke Langkawi, aku
memang dah lama demam dan batuk. Sekejap ok...sekejap tak ok...Aku dah makan ubat demam dan sakit kepala..tapi kesakitan tetap ku rasai sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam... ditambah dengan udara yang begitu dingin.Sungguh menyakitkan.



Aku sampai ke Kuantan kira-kira jam 5.30 pagi hari Khamis. Ketika itu hujan lebat.Aku terpaksa meredah hujan untuk ke kereta. Sampai di rumah, aku membersihkan diri, sembahyang Subuh dan akhirnya aku tidur semula. Jarum jam menunjukkan ke angka 11.00 pg. Badanku terasa amat panas dan batuk ku semakin teruk. Aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kali ke-3 aku mendapatkan rawatan yang serupa....demam dan batuk sejak 20hb. September 2011. Doktor yang merawatku meminta aku merujuk perkara ini ke hospital. Aku perlu ditahan di dalam wad hospital. Aku memilih untuk ke KMC.


Petang itu aku ke KMC.Aku terpaksa menjalani X-Ray sebanyak 3 kali. Aduh...rasa lenguh-lenguh badan dibuatnya.Doktor memaklumkan aku perlu berada di wad hospital sehingga hari Ahad jika tiada apa-apa masalah.Hmmm...lama tu...! Pukul 5.30ptg. jururawat memasukkan air ke dalam badanku. Ku kira sebotol sahaja...rupa-rupanya 4 botol...alahai....!Petang itu aku bersandar di atas sofa di hadapan bilik kecemasan.Terpaksa...kerana semua bilik penuh. Aku menunggu untuk dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira pukul 7.00 mlm sementara menanti bilik yang dikhaskan untukku kosong. Pukul 11.00 mlm. Jururawat mengejutkan aku dari tidur dan menghantarku ke bilik 310[B]. Di sinilah aku bertapa selama 6H 5M.

Tak sangka aku akan berada di sini tika dan saat ini.Inilah yang dinamakan ketentuan untukku hadapi ujianMu yang sedikit cuma.
Pagi Ahad itu doktor yang merawatku tidak membenarkan aku keluar kerana keadaan kesihatan ku yang tidak menizinkan. Malam itu aku terpaksa menyedut oksigen bagi melegakan batukku...tapi aku rasa keadaanku semakin teruk. Malam itu, ira-kira jam 10.30 mlm. aku diserang sakit kepala yang sukar untuk aku nyatakan bagaimana rasanya..begitu menyakitkan seolah-olah mahu terpisah kepala ini dari tubuhku...seperti lahar gunung berapi yang akan meledak bila-bila masa sahaja...seperti belon yang mahu meletup pun ada. Aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicingpun...duduk dan baringku serba tak kena. Seluruh bahagian kepalaku terasa amat sakit.Jururawat memasukkan ubat penahan sakit ke tubuhku dan meminta aku menelan 2 biji pil...tetapi nampaknya tiada
kesan.Aku tetap merasai kesakitan itu. Awal pagi itu aku menitiskan air mata kerana tidak tertanggung lagi akan kesakitan ini. Ya Allah, sesungguhnya ini baru sedikit ujianMu terhadapku.

Pagi Isnin, Doktor datang melawat aku di wad. Dia memaklumkan aku terpaksa menjalani CT Scan pula untuk mengetahui apa sakitku yang sebenar. Ketika aku menjalani CT Scan, kepalaku masih lagi berdenyut. Sakit tak terkira. Keputusan CT Scan..aku didapati memang ada migrain. Sebenarnya dah lama aku ada migrain tapi tak le seteruk kali ini. Doktor memberi aku ubat migrain yang dia sendiri ambil kerana beliau juga mengidap migrain seperti ku.
Tengah hari itu jururawat memasukkan sebotol air lagi ke tubuhku. Hmm..dari 4 botol menjadi lima botol. Aku juga terpaksa menerima tambahan 2 paket darah kerana hb darah ku menjadi rendah.

Malam itu aku terpaksa menelan ubat tidur agar aku boleh tidur lena....

Keesokan hari doktor memaklumkan aku boleh keluar wad petang ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku pulang ke rumah yang telah lama aku tinggalkan. Aku bercuti sehingga 7hb. Nov. 2011. Hari Selasa aku bertugas semula walaupun aku sebenarnya masih tidak berapa sihat....



Monday, November 7, 2011

Sedetik Waktu Itu.......

27hb. Oktober. 2011 - 1hb. November 2011...

Sedetik waktu itu...........
aku begitu kerdil
lidah kelu tanpa lontaran kata
sepi tanpa suara

Sedetik waktu itu....
aku sendirian
tanpa keriuhan
aku benar-benar keseorangan

Sedetik waktu itu.....
aku kerinduan
rindu pada alam
rindu pada siang
rindu pada malam
rindu pada bulan dan bintang

Sedetik waktu itu....
aku merasi nikmatMu
nikmat dalam kesakitan
nikmat dalam penghapusan dosa-dosa silam
nikmat yang sebenar-benarnya nikmat

Sedetik waktu itu....
aku diuji
ujian yang sedikit cuma
mampukah aku bertahan
dengan hukum karma

Sedetik waktu itu.....
aku tahu
Kau menyayangi aku
Kau sentiasa ada untukku
tidak sekalipun meninggalkan aku
walau ada ketikanya
sedetik waktu itu...... aku alpa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...