Monday, September 27, 2010

Tangisan Rindu Semalam


Hadirnya semalam bersama kesayuan di hati....hati begitu mudah tersentuh. Perasaan begitu sensitif dan air mata terus mengalir tanpa dapat dibendung lagi...Air mata ini begitu mudah mengalir tatkala selesai menghadapNya..dan air mata yang gugur itu adalah air mata kerinduan..rindu yang tertahan...rindu pada segalanya...

Tika dan saat ini...titisan air mata masih terus membasahi bumi...mengalirlah..andai itu dapat memberi ketenangan...kerna jika ia ditahan pasti kesannya akan menjadi lebih parah...

Terima kasih.... kerana masih ada insan yang sudi memberi tunjuk jalan...membimbing mereka yang masih tercari-cari.... menyambut mereka yang hampir tersungkur menyembah bumi...memimpin tangan ini yang longlai untuk meneruskan perjalanan...

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah....kerana masih ada insan yang sebegini, insan yang sanggup mengorbankan diri demi kebahagiaan insan lain.

2 comments:

  1. teringat suasana syahdu di mesjid pagi tadi...

    ReplyDelete
  2. kadangkala kita alpa dengan mainan duniawi...lupa bahawa ada yang perlu kita cari sebagai bekalan di SANA nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...