Perginya semalam turut membawa cerita duka. Pergi nya semalam membawa bersama kepahitan masa lalu. Sepertinya berarak mendung kelabu. Menyerlah kebiruan warna langit. Bersama simbahan sang suria.Ceria kembali warna-warni alam semesta.Kicauan burung turut melagukan melodi bahagia. Mekar kelopak bunga menyebarkan haruman mewangi. Segalanya berlagu riang.
Aku telah menemui kebahagiaan yang ku dambakan selama ini. Aku tidak akan menoleh ke belakang untuk mencari sesuatu yang tidak pasti.Sesuatu yang mana mungkin menjadi realiti. Aku tidak mahu menganyam mimpi. Tidak boleh melakar fantasi dari ilusi yang tiada tepinya.
Kebahagian di hadapan terbentang nan meluas. Permaidani merah sedia terhampar untuk mengorak langkah dengan penuh keselesaan. Mengalir sungai yang sejuk dan mendamaikan. Bersyukur atas segala nikmatNya.
Apa lagi yang perlu dicari? Apa lagi yang diharapkan? Apa lagi yang kurang?
Teruskan langkahmu. Usah lagi kau toleh ke belakang. Kisah lalu hanya tinggal sejarah. Hanya tinggal kenangan. Kenangan abadi. Tetap terpahat di lubuk hati.
Aku bahagia kini. Di kelilingi orang- orang yang aku kasihi. Bersama -sama tiga Si Jantung hati.Merekalah penemanku hingga ke hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment