Monday, November 29, 2010

Akhirnya Saat Itu Tiba Jua


Rasanya dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di sini...

Hari ini rasa nak kongsi berita baik dengan semua..27hb.Nov.2010 yang lepas ada dua peristiwa yang menggembirakan. Berita pertama aku terima ialah panggilan telefon daripada birasku di Perak.Panggilan telefon diterima ketika aku dan hubby sedang sibuk menyiang ikan dan menyimpan barang-barang basah yang baru kami beli di market...menjadi kebiasaan kami membeli barangan basah "stok seminggu". Aku jawab panggilan telefon pada pagi itu. Sebenarnya ketika di dalam perjalanan ke market pagi tu birasku telah menelefon hubby memaklumkan bahawa pada pukul 9.00 pagi dia akan ke Bukit Merah sebab pagi tu nak "buka mulut"...ni istilah nak bagi tau dah tiba masa nak buka mulut ikan arowana..

Sebenarnya, kami tak le mengharap sangat untuk mendapat hasilnya, sebab dah banyak kali "buka mulut"...tapi masih belum ada rezeki kami. Selama lebih kurang tiga tahun, kami baru sekali mendapat hasilnya...jadi seperti selalu...kita berserah sahaja.Kalau memang ada rezeki untuk kami..Alhamdulillah syukur kepadaNya.

Nak dijadikan cerita, pagi tu bila aku menerima panggilan telefon tu, biras pun buat le suara sedih...ala-ala macam frust le....bila aku dengar nada suara gitu..terus le aku cakap..".tak pe...mungkin belum ada rezeki lagi untuk kita...sabarlah...mungkin lain kali ada la tu...." Lepas habis je cakap macam tu, birasku ketawa besar...Alhamdulillah Kak Na.....akhirnya ada juga rezeki untuk kita..." Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan...Ada dua pasang arowana yang mempunyai telor matang sebanyak 56 biji. Sukanya hati tidak terkira...tapi kami bahagi dua dengan tuan yang punya kolam...Syukur sekali lagi di atas nikmat kurniaanNya.

Haa...berita baik yang kedua pula pada tarikh yang sama aku dapat berjumpa balik dengan sahabat lama semasa kami menuntut di IPSI dulu.Dia ni budak Terengganu.Kami rapat dahulu sebab dalam kelas tu kami hanya 18 orang pelatih sahaja.Jadi, hubungan kami macam satu keluarga.Seronok dapat jumpa balik selepas 20 tahun terpisah.Kebetulan dia datang ke sini untuk berkursus dan tempat tu tak jauh dengan tempat tinggal kami...sempat la kami berbual-bual dan pekena ikan bakar kat Tg. Lumpur....Sempat keluargaku beramah mesra dengan sahabatku ini...Insyaallah...jika ada rezeki ke Kuala Terengganu, boleh lah kami mengunjunginya di sana..

Itulah dua berita baik yang aku nak kongsi bersama......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...