Monday, November 29, 2010

SMAP...Tunggulah Kehadiran Aini dan Farhah....


Alhamdulillah....hari ini terima satu lagi berita baik.

Lebih kurang pukul 12.00 tgh. tadi, posmen hantar satu surat yang ditunggu-tungu Aini. Ya, surat jawapan temuduga kemasukan ke Tingkatan 1 SMAP 2011. Semalam mak Farhah telefon memaklumkan bahawa Farhah sudah diterima masuk ke SMAP. Tapi masa tu Aini belum dapat apa-apa jawapan lagi.Mungkin sebab kedudukan tempat tinggal kami yang jauh menyebabkan lambat menerima jawapan. Tak mengapa..tunggu sahaja...kalau ada rezeki...dapatlah tu.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana hari ini Aini dapat surat tawaran itu. Dia melonjak kegembiraan bila dapat tahu berjaya ditawarkan ke sekolah itu. Berita baik ini terus dimaklumkan kepada ayahnya dan ayah Aini menurut sahaja keinginannya jika itu memang sudah kemahuan Aini. Kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Aini dan Farhah kerana berjaya di dalam temuduga itu. selamat datang ke SMAP dan semoga kalian berdua menjadi sahabat sejati dan cemerlang di dalam pelajaran juga cemerlang dunia dan akhirat...Insyaallah...Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...