Sunday, September 16, 2012

Tinggal Kenangan....



11 September 2012....(Selasa)

Hari ini dalam sejarah buat diri seorang aku...
Jika ini memang takdirku...aku redha Ya Allah...
Engkau maha mengetahui...
Sesungguhnya ini ujian Mu yang harus aku hadapi...
Syukur Ya Allah ....
Kuatkan semangatku, tabahkan hatiku dan kurniai hambaMu ini dengan kesabaran yang tinggi agar dapat mengatasi segalanya...

Tuesday, July 24, 2012

Itu memang suratan buatku....


14 April 2012 dalam kenangan...

Seawal 6.40 pagi aku sudah berada di Klinik Chong. Tak ku sangka selepas lebih 14 tahun aku akan menjejakkan kaki ke sini lagi. Lebih 14 tahun dahulu aku berada di sini untuk melahirkan tiga orang cahaya mata ku di sini tetapi...kini aku ke sini untuk menjalani pembedahan membuang fibroid di dalam rahim ku. Aku pasrah. Pukul 9.30 malam tadi jururawat menelefon aku untuk mengingatkan supaya aku berpuasa mulai jam 11. 00 malam seperti arahan doktor.

Umpama mimpi, sebentar lagi aku akan dibedah. sebelum ini akan melahirkan anak-anakku secara normal. memandangkan saiz fibroid sudah besar dan boleh memudaratkan, doktor meminta aku menjalaani pembedahan segera. Rahimku terpaksa dibuang. Aku pasrah. Ini sudah ketentuan dariMu untukku hadapi saat ini. Doktor memaklumkan supaya aku dibedah secara menegak kerana saiz fibroid itu yang agak besar. Aku agak risau sebenarnya kerana ramai teman memberitahu agak sukar penjagaan selepas dibedahnanti. Tepat pukul 7.00 pagi aku dibawa ke bilik pembedahan. Ya Allah, betulkah ini?? Aku akan dibedah?? Seakan tidak percaya. Sejurus aku berbaring di atas katil, Pakar Bius pun sampai. "Puan ok ke...?" begitu ramah dia menyapaku. Aku jawab ok je...nak jawab apa lagi. Tidak lama kemudian, Doktor Chong tiba dan menghampiri aku. Beliau lah yang menyambut kelahiran anak-anakku sejak 20 tahun dahulu. kini beliau jugalah yang akan membuang 'tempat tinggal' anak-anak ku. Beliau menyentuh bahu ku lantas memberikan senyuman. "Macam mana pagi ni..?"sapannya. Aku hanya tersenyum. "Doc, boleh tak you buat pembedahan secara melintang? Aku membuat permintaan terakhir. "Why?" kembali Doktor Chong melontarkan pertanyaan kepadaku. "Saya nak doc buat secara melintang supaya penjagaan selepas pembedahan tidak menyukarkan saya."Doktor tidak sampai hati menolak permintaanku. Beliau berbincang dengan pakar bius dan memutuskan untuk membuat pembedahan seperti yang aku mahukan."Ok puan, saya akan buat melintang..tapi saya kena berkongfu sikit le..."guraunya. Sempat lagi dia menghiburkan aku. Aku dibius separuh badan. Sakit tidak terkata. Aku dibedah dalam keadaan sedar. Suamiku di panggil ke bilik bedah untuk menemani aku. Aku boleh berbual dengan suamiku sepanjang menjalani pembedahan. Tiba-tiba pakar bius berbisik..."puan dah dibedah ni...jika terasa sakit, puan cepat beritahu saya" Aku seakan tidak percaya.

2 jam berlalu. Akhirnya pembedahan selesai. Segalanya berjalan lancar. Doktor menunjukkan fibroid yang ada dalam rahimku. Tapi aku keletihan tika itu. Aku hanya melihatnya seketika. Tidak lama kemudian aku dihantar ke wad. 5 hari aku berada di sini. Doktor memberi aku cuti rehat selama 42 hari. Selama itu juga aku menjalani temoh berpantang seperti 14 tahun dahulu. Terima kasih tidak terhingga kepada suami yang sentiasa memberi sokongan dan menjagaku hingga saat ini. Suami terbaik Engkau kurniakan buatku.

Ramadhan ini tiba lagi...

Alhamdulillah, aku bisa melalui lagi detik ini walau tidak seperti dulu. Syukur kepadaMu ya Allah kerana memberi kesempatan untuk aku menjalani ibadah ini dengan memberi kesihatan yang baik kepada ku. Walau aku tidak seperti dulu lagi...namun aku tidak mahu menjadikan ini sebagai alasan...bahkan dugaanMu buatku, mendekatkan lagi aku denganMu. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah yang terbaik buat diriku. Terima kasih Ya Allah.


Thursday, March 15, 2012

Kena cuba lagi ni....!



Cuti sekolah tak de benda nak buat...bosan le...mak aaiii...apa nak buat ni..?

Oppss..! baru teringat ada satu benda yang aku nak try buat masa cuti ni....jeng..jeng..jeng..
Hari tu ada member tolong belikan acuan tart telor. Hehehe...gilerrr nak try buat tart telor la pulakkk...bahan-bahan semua dah beli...apa lagi...jom le kita mula apa yang patut erk...harap-harap berjaya misi aku kali ni...tak sabar rasanya nak tengok hasilnya.....



Tart Telor

Bahan A

250gm buttercup
2 sudu besar gula ising
1biji telor
500gm tepung gandum
esen vanila

Caranya:

Pukul buttercup dan gula hingga sebati
masukkan telor...kacau
masukkan esen vanila
masukkan tepung ...gaul hingga menjadi doh
Terap di dalam acuan
masukkan inti [bahan B]
bakar lebih kurang 20 minit


Bahan B

1 cawan air panas
4 sudu besar gula
[gula dicairkan bersama air panas]
3 biji telor
1 cawan susu cair
esen vanila
pewarna kuning

Caranya:

pukul telor
masukkan susu cair, esen vanila dan pewarna kuning
satukan dengan gula yang telah dicairkan.....kacau sebati
campurkan gula yang telah dicairkan


Wednesday, February 29, 2012

Akan datang menemui anda...!!!



1hb. Mac 2012

Pagi-pagi lagi aku menerima perkhabaran baik daripada seorang sahabat. Insyaallah hasil penulisannya akan diterbitkan tidak lama lagi.

Aku sebagai sahabatnya tumpang gembira dan menyokongnya. Aku yakin sahabatku ini akan berjaya dalam mencapai misi dan visinya.

Sesiapa yang berminat...jangan lupa tunggu kelahirannya...!

GOOD LUCK !

Friday, February 17, 2012

Bertemu dan berpisah itu adat le....








17hb.Feb.2012 [Jumaat]...

Hari ni ada majlis lagi.....majlis terakhir untuk minggu ni sepanjang aku bertugas...banyak beno aktiviti minggu ni....nak buat ca
m ner..dah gitu suratannya...time-time aku bertugas...
time tu le majlis
beso-beso nak jadi...so,
minggu ni gamat sikit le suasananya.....meriah...meriah...dan meriah....



Hari ni ada majlis meraikan perpisahan mantan GB.Dah semingggu beliau bertukar ke tempat baru.Cadangnya nak buat kat hotel macam yang lain-lain, tapi mantan ni tak mau. Beliau nak buat majlis ringkas je. Tak nak grand2...nak biasa-biasa je..ok lah...kami ikut je..
Pagi-pagi lagi dah mula majlis Bacaan Yaasin di tapak perhimpunan seawal jam 8.00pagi.


Usai bacaan Yaasin kami berpindah tempat ke dewan pula untuk majlis seterusnya.Apa lagi...berucap le....lepas satu, satu ucapan yang di dengar...biasale..dah namanya majlis perpisahan masing-masing nak luah perasaan le...Apapun, yang pergi tetap kan pergi, yang tinggal teruskan perjuangan...yang patah kan tumbuh lagi walau yang tumbuh itu tak sama seperti sebelumnya...namun siapa sahaja penggantinya kami tetap menanti kehadirannya....demi anak bangsa...

Tuesday, February 14, 2012

Minggu sibuk dan menyibuk...........



Bebudak sedang mendegar ceramah kesihatan daripada pegawai kesihatan daerah sempena program "Germ Buster"




Majlis Penyampaian Hadiah mewarna dan melukis poster sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah....



13hb - 17hb. Feb. 2012....[Sorotan Seminggu]

Minggu ni minggu aku bertugas. Partner aku asyik mc pulak minggu ni...nak buat cam ne..dia ada hal yang tak dapat nak elak...nampaknya aku kena bertugas sorang-sorang....apa nak buat...nasible...dah le tu, banyak pulak aktiviti yang berlangsung pada minggu ni......elloooo gang...! apasal hang mc minggu ni haaa???kesiaaaaannn kat
akaaakkk ni...buzzzzyyyy...!







Ni antara sorotan aktiviti yang berlangsung dalam minggu ni....korang tengok le...

Saturday, February 11, 2012

Ragam bebudak....

Anak sape le ni...?sorang-sorang dia je...ni mesti kes tak siap warna kalau dok ramai-ramai...hehehe..













11hb. Februari 2012....

Hari ni ada sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Selepas dengar ceramah daripada Ustaz Syamsul, ada aktiviti mewarna di dewan dan di kantin.Tengok le ragam bebudak masa mewarna di dalam dewan dan juga di kantin...ada tu yang dah sakit lutut dok bersila lama sangat....menonggeng, meniarap, macam-macam posing...nak buat camne....nak dok atas kerusi..tak muat tempat....so, pandai-pandai le adjust tempat sendiri...asalkan siap mewarna dan melukis tu...

Omey...!



11hb. Februari 2012..

Lama tak jumpa Omey...Hai..Omey tengah buat apa tu....kacau mama masak mehoon sup untuk Omey erk..!! Omey sihat?
Kakak, mama dan abah sihat ke..? Lama Omey tak datang ke rumah Chik Na dan Che Mat.

Omey dah lupa dengan Chik Na dan Che Mat erk..!...Hari-hari makan mehoon sup tak jemu ke...cuba makan makanan yang lain...sedaaappp...! Tak caya tanya Kak Farah dan Kak Dila..hehehe...bye Omey..!

AL-FATIHAH..[buat Allahyarham Azrul b. Azit]
26 Januari/27 Januari 2012
[khamis malam Jumaat]

Di keheningan malam kau pergi menemuiNya.Menemui Sang Pencipta. Kau pergi di usia yang begitu muda.Tatkala tangan yang mendodoimu belum puas membelai dan mengusap redup wajahmu. Seperti baru semalam melihat kau berlari mengejar pelangi.Bagai terdengar bisikan suara gelak tawamu tika menyapaku. Walau seketika cuma...namun meresap di dalam jiwa kerna aku tahu, kau anak yang baik, penuh kemanjaan, penuh kasih sayang.Bagai ada sesuatu yang menyatu antara kita. Apa yang ku rasa saat ini hanya kesedihan mencengkam di jiwa. Tanpa ku sedar berlinangan semula air mata yang sudah terhenti sekian lama. Naluri seorang ibu...pilu tatkala melihat sekujur tubuh kaku...tidak lagi terpancar sinaran di matanya. Tiada lagi garis senyuman di bibirnya Tiada lagi gurau sendanya...tiada lagi sapaan manja dari Si anak di telinga. Namun aku tahu, itu yang terbaik buatmu kerna DIA lebih menyayangimu
Walau seketika cuma, kau sudah ku anggap sebahagian keluarga. Setulus doa ku titip buatmu semoga roh mu sejahtera di SANA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...