Monday, September 13, 2010
Teman..Ramadhan dan Syawal ini kita berkongsi kegembiraan dan kesedihan....
Hari ini...10Sept.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H...kami merayakannya dengan penuh kegembiraan...kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara , jiran tetangga dan kenalan. Namun kegembiraan ini hanya seketika...ketika dalam perjalanan pulang dari rumah kakak di Sungai Panjang, kami telah dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan.Abang kepada suamiku telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.Berita sedih ini telah dimaklumkan oleh anak saudara kami.
Sebenarnya Syawal tahun ini kami tidak bercadang untuk balik ke kampung di Perak, memandangkan anak bongsuku akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 Sept. ini. Namun...kita hanya mampu merancang...segalanya DIA yang menentukan.
Menurut anak saudaraku ayahnya terlibat dengan kemalangan ketika hendak pulang ke rumah neneknya di Alor Pongsu selepas menziarahi abang-abangnya sempena ketibaan Syawal.Itu memang menjadi kebiasaannya. Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 6.00 petang.
Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Perak kira-kira jam 1.00 pagi. Kami terus menuju ke Hospital Taiping kerana abang ipar ku ditempatkan di situ. Kami tiba lebih kurang jam 3.30 pagi. Keadaan abang ipar ku kritikal. Menurut doktor harapan untuk sembuh amat tipis. Pendarahan tidak berhenti-henti . Abang ipar ku koma .Doktor meminta semua waris berkumpul. Kami redha dengan kejadian yang menimpa abang ipar.
Pagi itu kira-kira pukul 7.30 pagi kami pulang ke Parit Buntar untuk menghantar anak-anak. Selepas bersiap serba sedikit, kami kembali semula ke hospital kerana di saat-saat seperti ini kami harus sentiasa berada di sisinya. Sampai di hospital, doktor telah memaklumkan kepada suamiku bahawa keadaan abangnya bertambah tenat. Bahagian otak sebelah kanannya tidak lagi berfungsi. Tekanan darahnya juga semakin rendah. Menurut doktor lagi, abang ipar ku tidak dapat diselamatkan lagi. Kami pasrah dengan ketentuan Illahi jika ini memang takdirNya.
Tepat pukul 4.21 petang bersamaan 11 September 2010 , doktor memaklumkan bahawa abang ipar ku telah meninggal dunia..Pergi untuk selama-lamanya..Kami redha...Allah lebih menyayanginya..Al-Fatihah untuk arwah abang ipar ku...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Jenazah abang ipar ku dibawa ke Parit Buntar untuk disemadikan di tempat kelahirannya. Ya Allah,,,semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya...amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment