Monday, November 29, 2010

SMAP...Tunggulah Kehadiran Aini dan Farhah....


Alhamdulillah....hari ini terima satu lagi berita baik.

Lebih kurang pukul 12.00 tgh. tadi, posmen hantar satu surat yang ditunggu-tungu Aini. Ya, surat jawapan temuduga kemasukan ke Tingkatan 1 SMAP 2011. Semalam mak Farhah telefon memaklumkan bahawa Farhah sudah diterima masuk ke SMAP. Tapi masa tu Aini belum dapat apa-apa jawapan lagi.Mungkin sebab kedudukan tempat tinggal kami yang jauh menyebabkan lambat menerima jawapan. Tak mengapa..tunggu sahaja...kalau ada rezeki...dapatlah tu.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana hari ini Aini dapat surat tawaran itu. Dia melonjak kegembiraan bila dapat tahu berjaya ditawarkan ke sekolah itu. Berita baik ini terus dimaklumkan kepada ayahnya dan ayah Aini menurut sahaja keinginannya jika itu memang sudah kemahuan Aini. Kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Aini dan Farhah kerana berjaya di dalam temuduga itu. selamat datang ke SMAP dan semoga kalian berdua menjadi sahabat sejati dan cemerlang di dalam pelajaran juga cemerlang dunia dan akhirat...Insyaallah...Amin.

Akhirnya Saat Itu Tiba Jua


Rasanya dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di sini...

Hari ini rasa nak kongsi berita baik dengan semua..27hb.Nov.2010 yang lepas ada dua peristiwa yang menggembirakan. Berita pertama aku terima ialah panggilan telefon daripada birasku di Perak.Panggilan telefon diterima ketika aku dan hubby sedang sibuk menyiang ikan dan menyimpan barang-barang basah yang baru kami beli di market...menjadi kebiasaan kami membeli barangan basah "stok seminggu". Aku jawab panggilan telefon pada pagi itu. Sebenarnya ketika di dalam perjalanan ke market pagi tu birasku telah menelefon hubby memaklumkan bahawa pada pukul 9.00 pagi dia akan ke Bukit Merah sebab pagi tu nak "buka mulut"...ni istilah nak bagi tau dah tiba masa nak buka mulut ikan arowana..

Sebenarnya, kami tak le mengharap sangat untuk mendapat hasilnya, sebab dah banyak kali "buka mulut"...tapi masih belum ada rezeki kami. Selama lebih kurang tiga tahun, kami baru sekali mendapat hasilnya...jadi seperti selalu...kita berserah sahaja.Kalau memang ada rezeki untuk kami..Alhamdulillah syukur kepadaNya.

Nak dijadikan cerita, pagi tu bila aku menerima panggilan telefon tu, biras pun buat le suara sedih...ala-ala macam frust le....bila aku dengar nada suara gitu..terus le aku cakap..".tak pe...mungkin belum ada rezeki lagi untuk kita...sabarlah...mungkin lain kali ada la tu...." Lepas habis je cakap macam tu, birasku ketawa besar...Alhamdulillah Kak Na.....akhirnya ada juga rezeki untuk kita..." Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan...Ada dua pasang arowana yang mempunyai telor matang sebanyak 56 biji. Sukanya hati tidak terkira...tapi kami bahagi dua dengan tuan yang punya kolam...Syukur sekali lagi di atas nikmat kurniaanNya.

Haa...berita baik yang kedua pula pada tarikh yang sama aku dapat berjumpa balik dengan sahabat lama semasa kami menuntut di IPSI dulu.Dia ni budak Terengganu.Kami rapat dahulu sebab dalam kelas tu kami hanya 18 orang pelatih sahaja.Jadi, hubungan kami macam satu keluarga.Seronok dapat jumpa balik selepas 20 tahun terpisah.Kebetulan dia datang ke sini untuk berkursus dan tempat tu tak jauh dengan tempat tinggal kami...sempat la kami berbual-bual dan pekena ikan bakar kat Tg. Lumpur....Sempat keluargaku beramah mesra dengan sahabatku ini...Insyaallah...jika ada rezeki ke Kuala Terengganu, boleh lah kami mengunjunginya di sana..

Itulah dua berita baik yang aku nak kongsi bersama......

Saturday, November 13, 2010

Perginya Takkan Kembali Lagi...


Tanggal 14 November 2010..

Seperti biasa pada hari minggu begini aku dan keluarga akan bersarapan di luar...Hmmmm...hari ini kami bersarapan di sebuah kedai makan tidak jauh dengan tempat tinggal kami..pekena 'roti telur kosong' dan teh tarik...alhamdulillah...

Selesai bersarapan, kami bergegas ke Gambang untuk menghantar anak bujang ke "Driving School".Temujanjinya pukul 8.30 pagi. Hari ni dia ada teori dan praktikal sebelum test motor.Pukul 4.00 petang baru selesai urusannya....

Selepas menghantar anak bujang ke Gambang, kami ada satu lagi temujanji..hai sibuk betul...mengalahkan YB...nak buat macam mana...demi masa depan...nak tak nak...kena uruskan juga...Hmmm..nampaknya urusan yang ini tertangguh lagi kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan..orang yang kami nak jumpa tu masuk hospital dua hari lepas...sesak nafas.

Kami bertolak ke Kuantan untuk ke Pasar Tani.Pada setiap hujung minggu memang menjadi kebiasaan kami untuk membeli stok barang basah di sini..badget untuk seminggu..selesai beli apa yang patut, kami pun pulang ke rumah.

Sampai di depan pintu pagar...anak perempuanku akan membuka pintu pagar. Apa lagi...berlari-lari :anak-anak angkatku " yang tiga ekor tu mengejar kereta kami. Dulu, "anak angkatku" ada empat ekor...tetapi yang seekor telah mati kerana sakit..mugkin dipatuk ular.Kasihan...anak perempuanku memberitahu ayahnya supaya berhati-hati ketika memandu kereta kerana ada anak kucing di depan kereta kami..Anak kucing tu memang manja. Suamiku memandu seperti biasa ke garaj kereta...tiba-tiba dari arah belakang ku lihat anak perempuanku menjerit dan menangis dengan kuat...ya Allah...rupa-rupanya suamiku telah terlanggar Si Gebu, iaitu anak kucing yang paling comel dan gebu bulunya. Kasihan..ajalnya tiba..dia terbaring dan kelihatan tidak bermaya.Keluar air dari mulut mungilnya dan juga dari duburnya..Sayu hati ini bila melihat Si Gebu terbujur kaku tidak bernyawa lagi..Anak perempuanku menangis hiba...namun apa daya kami...semuanya berlaku dengan pantas. Sampai di sini sahaja dia dapat bermanja dengan kami setelah pemergian ibunya dahulu.Pemergiannya sama seperti ibunya..dan aku yang telah menyebabkan kematian ibunya dengan tidak sengaja seperti juga kejadian yang berlaku pada hari ini....

Sekujur tubuh kaku itu disemadikan di sebelah ibunya...Bersemadilah dikau dengan aman..Maafkanlah kami...

Friday, November 12, 2010

Tahniah Aini & Farhah....

Tanggal 11 November 2010...

Hari penuh debaran...keputusan UPSR diumumkan.

Walaupun kalian gagal menggapai kejayaan cemerlang...namun masih tidak menghampakan...
Kekecewaan hari ini bukanlah kekecewaan hari esok...
Kekalahan hari ini, bukan bererti kalian tidak akan menang pada hari esok...
Kegagalan hari ini menjadi pembakar semangat dan kekuatan untuk hari esok...
Teruskan perjuangan kalian...
Jangan terhenti di sini...

Di sana...di hadapanmu..
Pasti kejayaan yang lebih besar bakal menanti kalian...


Insyaallah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...