Wednesday, June 29, 2011

@ Cameron Highlands Siri 2.....













Sorry erk...!



Dalam blog ni aku cuma letak gambar-gambar je....saje jer...nak buat kenang-kenangan
sepanjang percutian 2 hari 1 malam kat Cameron Highlands...hehehehe...

U all nak tengok, tengok le....

Sukantara / Acara Awal Sukan Tahunan ke-22, 2011






29hb. Jun 2011 (Rabu)

Pagi ni ada acara sukantara sempena Kejohanan Olahraga sekolah kali ke-22, yang akan berlangsung pada 3hb. Julai 2011 nanti. Sebenarnya, hari ni masuk hari ke-2. Semalam dah pun bermula, tapi aku tak dapat joint sebab ada urusan di Seremban. Rugi sebenarnya...tapi nak buat camner erk..! urusan di sana pun penting gak...

Hari ni tinggal acara lompat tinggi untuk semua rumah. Seronok gak tengok aksi lompatan budak-budak dari Tahun 1 hingga Tahun 6...macam-macam gaya...ada kuak lentang, kuak telungkup, kuak selusup, aksi pengguin pun ada....hahahaha....tapi tak dan nak snap gambar...buzzy weh...!

Tengokle apa yang aku sempat rakam....tapi yang ni aksi sopan le....

30hb. Jun 2011 (Khamis)

Acara Awal sebelum hari sukan diadakan. Semua acara padang (lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh). Aku kena bertugas di bahagia acara lompat jauh. Nasib baik tak kena bahagian lompat tinggi. Itu acara paling aku tak suka....bukan apa....lambat nak habis....bosan weh!

Aku suka acara lompat jauh ni...macam-macam gaya. Ada tu yang lompat macam kijang..siap hentak sebelah kaki dulu baru lompat...hahaha...batal pula tu....Yang bestnya bila tiba giliran kategori C. Acaranya "lompat tegak". Aku pun tak pernah tahu ada acara ni...ni idea cikgu Rahman le...klakar dibuatn
ya....lutut kena bengkok, lepastu... tangan kena menghayun, baru boleh lompat...aku tengok macam gaya kanggaru melompat pun ada gak...korang bayangkan le sendiri...pecah perut aku asyik gelak memanjang....kahkahkah....

Tu le antara budak-budak yang menyertai acara 'lompat tegak'....hehehe...

Tuesday, June 28, 2011

Perjalanan Sehari....

*


28hb.Jun 2011 (Selasa)

Hari ini aku ambil cuti sehari. Urusan family.Terpaksa ke Seremban. Pukul 4.30 pagi dah bangun untuk masak sarapan pagi. Masak mehoon goreng je....untuk sarapan keluarga dan yang tinggal di rumah. Ada dua orang lagi yang tinggal sebab kena pi sekolah.
Jaga diri elok-elok noo....

Hari ni hantar Si Bongsu ke sekolah OTW nak ke Seremban. Pukul 6.30 pagi dah sampai depan sekolah.Dah cerah tapi tak de orang lagi, cuma Pak Guard je yang ada.Teruskan perjalanan ke Seremban dari Kuantan. Ikut Lebuh raya. Pusing KL le...nak cepat sampai.Alamak...!jem pula kat Lebuhraya KL- Seremban...lama gak jalan macam semut.Agaknya kalau bawa roti 'Gardenia'mahu habis satu bungkus besar sapu dengan 'jem'.Pukul 10.00 pagi berhenti kat RnR Seremban.Pekena teh tarik dengan kuih sat. Pukul 10.30 sampai le ke destinasi...Kolej Kejururawatan Seremban....Tak nak buang masa, terus punggah barang masuk dalam kereta. Ini kes nak pindah asrama le...tiap kali nak mula semester baru macam ni...susah tu.....!

Selesai punggah barang, pi le ke asrama yang baru nun kat blok belakang, bawah bukit. Asrama Bakawali...apa lagi....turun barang le kite......selesai memindah barang kira-kira pukul 11.00 pagi..emmm...capai target.Salam dengan anak dara, lepas tu terus balik semula ke Kuantan. Kali ni ikut jalan K.Pilah-Muadzam-Kuantan. Nampak pokok sawit je....Aduhhh....bosaaannn..!

Pukul 2.30 petang dah pun sampai ke rumah semula...Fuhhh...penat tu..!

Pssstt...! ni kes nak hantar anak dara ni le.....

OTW nak balik nampak le objek-objek ni.....
*** Replika Za'ba

Wednesday, June 22, 2011

Al-Fatihah...buat Pak Long



21 Jun 2011...[Selasa]

Pukul 2.15 pagi tatkala sedang lena dibuai mimpi...tersentak dek deringan telefon tanpa henti. Dug dig dug..jantungku.Deringan ini pasti membawa berita yang menyedihkan. Tepat telahanku.Kami menerima berita pemergian Pak Long iaitu abang kepada suamiku. Kembalinya Pak Long ke Rahmatullah tepat jam 2.03 pagi. Kami redha dan pasrah dengan pemergian mu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. Di keheningan malam ini aku mendoakan semoga rohmu ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...Amin..... Al-Fatihah buat Pak Long...

Sunday, June 19, 2011

Aduhhhhh....pening...!








19hb. Jun 2011

Hari ni nak balik ke Kuantan. Dah 3 hari 2 malam ada di kampung kat Perak...bese le...ada urusan.Banyak beno urusannya..Hari ini pun time nak balik kena pergi dua tempat lagi...satu urusan nak pilih baju pengantin...satu lagi nak singgah Ipoh sebab nak ziarah keluarga yang sakit tenat. Rupa-rupanya pening juga nak pilih baju pengantin ni....ni kes meneman anak sedara le...yang sebeno-benonye....dia dah pun pilih...warna biru..cantik...tapi nak buat cam ner...tetiba pihak perempuan nak juga tempah warna biru...terpaksa pihak lelaki mengalah....hmmmmm tak kisah le.....orang baru blaja nak berumah tangga...ikut le......
Pening pula bila dah tiba kat butik pengantin tu....mak ai...,lawa-lawa tu....! Rambang mata dibuatnya...macam-macam warna dan rekaan...berpinar mata nak pilih yang man satu....


Haaa....tengok le...ada tu yang meneman posing mengalahkan pengantin yang sebeno....

Psssstt...akhirnya pihak lelaki pilih warna maroon....ok gak...saya memang berkenan warna tu....tak sabar tunggu hari persandingan nanti......Insyaallah pada 17 Disember 2011.....

Saturday, June 18, 2011

Alhamdulillah di atas rezeki kurniaan Mu....


18hb. Jun 2011 (Sabtu)

Petang semalam hari Jumaat dari Kuantan terus menuju ke Perak....ada urusan sikit. Balik kampung satu family. Senja baru sampai ke destinasi yang dituju..letih usah cakap le...nak buat macam mana...




Pagi Sabtu, selepas sarapan pagi terus ke Bukit Merah. Nak tengok kolam ikan. Hari ini temujanji untuk buka mulut ikan. teringin nak tengok. Sebelum ni dah pernah tengok, tapi belum ada hasil.



Alhamdulillah hari ini dikurniakan rezeki buat kami. Kira anugerah sempena "Hari Lahir" dan "Hari Bapa" yang jatuh pada 19hb. Jun 2011....

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Bapa...19hb. Jun 2011


Ahad 19hb. Jun 2011

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari lahir Che Mat. Yang nak jadi best lagi tahun ni hari lahir Che Mat serentak dengan tarikh "Hari Bapa". Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya Che Mat beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat...Insyaallah, amin..!

Ce nengok kek Hari Lahir & Hari Bapa yang family beli untuk Che Mat.....

@ Cameron Highlands....















6hb.Jun 2011 dan 7hbjun 2011

Hari ni dah 'plan' nak gi Cameron Highlands dengan family. Dah lama benar tidak menjejakkan kaki ke sini. Kali terakhir pergi zaman anak dara dulu....hmmm...masa tu study kat IPSI...lama dah...kira-kira 22 tahun yang lalu...kan ke lama tu....?

Pukul 6-30 pagi dah start kereta memulakan perjalanan kami dari Kuantan.....Berhenti kat RnR Temerloh untuk sarapan pagi....hmmm...makan ala kadar je...cam tak berapa selera tengok menu pagi ni....

Pukul 12.30 Tengah hari sampai le kami ke Cameron Higlands...kami ikut Tapah....mak ai...jalan macam ular kena palu.....bergelodak isi perut dibuatnya....

Sampai sana kami tidur di Hotel Rainbow kat Brinchang...ok le....untuk rehat dan melepaskan lelah....Kami dok sini sehari je.....

Banyak juga tempat yang kami lawati...hmmm...seronok gak...penat pun ada...tapi...happy...hehehe...

Ce tengok tempat yang kami kunjungi....

antaranya.....Bharat Tea Plantation, Big Red Strawberry, Arked peladang, KL Strawberry Farm, EQ Starwberry Farm, Ros Valley, tak lupa Night Market...wow...best..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...