Friday, November 11, 2011

Saat Itu.....




27hb.Okt-1hb. Nov.2011.....

Sedetik Waktu Itu......

Sejak dari pagi Rabu 26hb.Oktober.2011, aku sudah mula berasa tidak sihat. Tekakku sakit semula.Pagi itu aku dalam perjalanan balik ke Kuantan setelah 3 hari berada di Pulau Langkawi.

Malam itu aku dah mula sakit kepala semula. Sebelum bertolak ke Langkawi, aku
memang dah lama demam dan batuk. Sekejap ok...sekejap tak ok...Aku dah makan ubat demam dan sakit kepala..tapi kesakitan tetap ku rasai sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam... ditambah dengan udara yang begitu dingin.Sungguh menyakitkan.



Aku sampai ke Kuantan kira-kira jam 5.30 pagi hari Khamis. Ketika itu hujan lebat.Aku terpaksa meredah hujan untuk ke kereta. Sampai di rumah, aku membersihkan diri, sembahyang Subuh dan akhirnya aku tidur semula. Jarum jam menunjukkan ke angka 11.00 pg. Badanku terasa amat panas dan batuk ku semakin teruk. Aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kali ke-3 aku mendapatkan rawatan yang serupa....demam dan batuk sejak 20hb. September 2011. Doktor yang merawatku meminta aku merujuk perkara ini ke hospital. Aku perlu ditahan di dalam wad hospital. Aku memilih untuk ke KMC.


Petang itu aku ke KMC.Aku terpaksa menjalani X-Ray sebanyak 3 kali. Aduh...rasa lenguh-lenguh badan dibuatnya.Doktor memaklumkan aku perlu berada di wad hospital sehingga hari Ahad jika tiada apa-apa masalah.Hmmm...lama tu...! Pukul 5.30ptg. jururawat memasukkan air ke dalam badanku. Ku kira sebotol sahaja...rupa-rupanya 4 botol...alahai....!Petang itu aku bersandar di atas sofa di hadapan bilik kecemasan.Terpaksa...kerana semua bilik penuh. Aku menunggu untuk dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira pukul 7.00 mlm sementara menanti bilik yang dikhaskan untukku kosong. Pukul 11.00 mlm. Jururawat mengejutkan aku dari tidur dan menghantarku ke bilik 310[B]. Di sinilah aku bertapa selama 6H 5M.

Tak sangka aku akan berada di sini tika dan saat ini.Inilah yang dinamakan ketentuan untukku hadapi ujianMu yang sedikit cuma.
Pagi Ahad itu doktor yang merawatku tidak membenarkan aku keluar kerana keadaan kesihatan ku yang tidak menizinkan. Malam itu aku terpaksa menyedut oksigen bagi melegakan batukku...tapi aku rasa keadaanku semakin teruk. Malam itu, ira-kira jam 10.30 mlm. aku diserang sakit kepala yang sukar untuk aku nyatakan bagaimana rasanya..begitu menyakitkan seolah-olah mahu terpisah kepala ini dari tubuhku...seperti lahar gunung berapi yang akan meledak bila-bila masa sahaja...seperti belon yang mahu meletup pun ada. Aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicingpun...duduk dan baringku serba tak kena. Seluruh bahagian kepalaku terasa amat sakit.Jururawat memasukkan ubat penahan sakit ke tubuhku dan meminta aku menelan 2 biji pil...tetapi nampaknya tiada
kesan.Aku tetap merasai kesakitan itu. Awal pagi itu aku menitiskan air mata kerana tidak tertanggung lagi akan kesakitan ini. Ya Allah, sesungguhnya ini baru sedikit ujianMu terhadapku.

Pagi Isnin, Doktor datang melawat aku di wad. Dia memaklumkan aku terpaksa menjalani CT Scan pula untuk mengetahui apa sakitku yang sebenar. Ketika aku menjalani CT Scan, kepalaku masih lagi berdenyut. Sakit tak terkira. Keputusan CT Scan..aku didapati memang ada migrain. Sebenarnya dah lama aku ada migrain tapi tak le seteruk kali ini. Doktor memberi aku ubat migrain yang dia sendiri ambil kerana beliau juga mengidap migrain seperti ku.
Tengah hari itu jururawat memasukkan sebotol air lagi ke tubuhku. Hmm..dari 4 botol menjadi lima botol. Aku juga terpaksa menerima tambahan 2 paket darah kerana hb darah ku menjadi rendah.

Malam itu aku terpaksa menelan ubat tidur agar aku boleh tidur lena....

Keesokan hari doktor memaklumkan aku boleh keluar wad petang ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku pulang ke rumah yang telah lama aku tinggalkan. Aku bercuti sehingga 7hb. Nov. 2011. Hari Selasa aku bertugas semula walaupun aku sebenarnya masih tidak berapa sihat....



Monday, November 7, 2011

Sedetik Waktu Itu.......

27hb. Oktober. 2011 - 1hb. November 2011...

Sedetik waktu itu...........
aku begitu kerdil
lidah kelu tanpa lontaran kata
sepi tanpa suara

Sedetik waktu itu....
aku sendirian
tanpa keriuhan
aku benar-benar keseorangan

Sedetik waktu itu.....
aku kerinduan
rindu pada alam
rindu pada siang
rindu pada malam
rindu pada bulan dan bintang

Sedetik waktu itu....
aku merasi nikmatMu
nikmat dalam kesakitan
nikmat dalam penghapusan dosa-dosa silam
nikmat yang sebenar-benarnya nikmat

Sedetik waktu itu....
aku diuji
ujian yang sedikit cuma
mampukah aku bertahan
dengan hukum karma

Sedetik waktu itu.....
aku tahu
Kau menyayangi aku
Kau sentiasa ada untukku
tidak sekalipun meninggalkan aku
walau ada ketikanya
sedetik waktu itu...... aku alpa


Saturday, October 22, 2011

Tak puas hati....nak cuba lagi.....!



20hb.Oktober.2011 [Khamis]

Tidur pun tak lena asyik teringat nak perbaiki kelemahan. Ni kes buat kek lapis asam manis ari tu tak cukup lembab dan tak cukup asam manisnya. Maklum le...percubaan yang pertama...lagi pun aku tak pernah buat kek-kek lapis ni. Tapi bila tengok resipi kawan ni...cam boleh try je....Kali pertama buat dulu macam-macam kelemahan...agak kering sebab kukus terlalu lama, asam manisnya tak cukup banyak..so, kali ni harap-harap ok..

Petang Khamis kira-kira pukul 5.30 petang start buat operasi....jeng-jeng...kali ni anak dara yang bongsu tolong sama...betul-betul buat ikut yg kawan bagi tau...

*api sederhana

*jgn kukus lama-lama tiap lapisan tu...3-5 minit je...aku ambil tgh2...hehehe..

Fuhh...,akhirnya siap juga kek lapis asaam manis ku...tak sabar nak bagi Tok Guru rasa...ok ke tak ok kali ni....harap-harap ok le...!!

Esok pagi-pagi terus hulur kat Tok Guru...minta dia rasa....nyam-nyam...hmmmm..."
kali ni ok rasanya lembab dan asam manisnya terasa.." komen Tok Guru. Alhamdulillah...lega...jadi juga seperti apa yang sepatutnya...hehehe...puasssss!!!


Lapis Asam Manis Versi Che Na..

Bahan-bahan:


1bungkus biskut cream creacker [cap Ping pong]
3 paket besar asam manis [6 biji 1 paket]
1 cwn planta
5 biji telor gred A
1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat maanis
2 sudu teh baking pawder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

1.Planta + gula -pukul
2.masukkan baking pawder - pukul
3. masukkan esen vanila, susu
4. masukkan telor sebiji- sebiji-pukul sebati
5. masukkan biskut cream creacker[yg tlh dikisar halus] sedikit-sedikit- pukul
6. Bahagikan aduna kepada 2 bahagian [ 1 hijau, 1 kuning]
7.leserkan loyang dengaan plantaa [lapik kertas]
8.masukkakan selapis demi selapis [selang-seli adunan dengan asam manis]
9.kukus 3-5 minit setiap lapisan
10.lapisan terakhir kukus selama 30 minit.




22hb, Oktober 2011....[Sabtu]

Bosan...tak ke mana-mana.Hari hujan...apa aku nak buat petang ni..??Hmmm...tetiba terasa nak buat kek lapis buah le pulak....lagi pun esok anak dara nak balik bercuti....so, ada lah benda nak dimakan.



Kek Lapis Buah Versi Che Na....
Bahan-bahan:
20 biji kuning telor
10 biji putih telor
500gm margerin
300gm gula csutor
250gm tepung gandum
2 sudu besar ovelete
2 sudu besar susu tepung
esen vanila
2 sudu besar rempah kek
2 bungkus buah-buahan campur
2 jenis pewarna [ ikut suka]




Cara-cara:

1. Margerin + susu tepung dipukul hingga kembang
2. Dalam bekas lain, telor+ gula dipukul hingga kembang, masukkan ovelete dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila, tepung gandum sedikit demi sedikit, margerin yg telah dipukul dan rempah kek.Pukul hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, dan letak pewarna yang berbeza.
5.Lapikkan loyang dengan kertas yang digris dengan planta
6. Bakar selapis-selapis diselang seli adunan dengan buah-buahan campur didalam oven dengan suhu kepanasan 250 darjah celcius [api atas sahaja].*setiap lapisan dibakar lebih kurang 4-5 minit shj.


Tuesday, October 11, 2011

Sume Nak Cepat...Tapi.......







11hb. Oktober.2011[Selasa]





Hari ni hangin satu badan dibuatnya dengan perangai budak-budak sekarang.
Gara-gara terlampau berani tak bertempat. Hari ni aku jalani aktiviti harian macam biasa...
Ikut jadual le...tapi tu la kan...ingat semua
berjalan lancar...tapi ada pula kerja lain menyusul...semua nak cepat, tapi terima arahan lambat. Macam mana tu..??? Tempat dekat je...tapi perjalanan hampir sebulan...
gilerrr...! Ikut hati malas aku nak layan kerja macam ni. Mula-mula aku buat bodoh je...tapi akak sorang
ni takut bebenor....dimintanya aku uruskan juga...nak tak nak terpaksa juga cari budak untuk selesaikan masalah ni....

Tak kisah le...aku dah lali dengan benda-benda
macam ni. Tapi yang buat aku hangin satu badan
bila ada budak yang tak reti bahasa.

Dia ingat macam bagusss ...sangat. Tapi aku dah basuh cukup-cukup budak-budak yang tak cukup ajar ni...

Lepas ni kalau dia orang tak
reti-reti bahasa juga...memang le bebudak ni tak makan dek ajar....yang ni bukan salah aku tak cukup ajar....hmmmmm...ni sebab depa tak reti-reti nak belajar....!!

Kita buang angin satu badan ni....kasi sejuk pula dengan aktiviti santai.....moh nengok aku buat aktiviti apa dengan budak-budak ni...
Fuhhhhh..., akhirnya selesai gak satu masalah....!

p/s: yang ni...bukan bebudak dalam cerita kat atas tu....yang ni TERBAEKKK...punya budak...hahaha....!

Sunday, October 9, 2011

Cinta Tiada Akhirnya [iii]...

Andainya dapat ku ulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu....

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu
Ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa nan lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang
Sucinya percintaan....

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa yang silam
Ku sedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa....


Berulang kali bait-bait lagu itu mengganggu di ruang legar kotak fikiran Zahar. Entah mengapa, pagi ini jiwa dan perasaan Zahar begitu terganggu. Zahar resah bila kenangan tika bersama Ana menerjah kembali kotak ingatannya. Kenangan waktu dia menyulam kasih dan menyimpul rindu bersama Ana kekasih hatinya. Zahar mengusap rambut ikalnya dan meraup wajahnya. Seribu perasaan bertandang mengganggu jiwa. Hati Zahar terusik apabila mengingat kembali segala kenangan saat-saat bahagianya bersama Ana kekasih hatinya.Bait-bait lagu itu begitu menggetarkan perasaan Zahar pagi ini. Aaahghh..! Mana mungkin dapat ku ulang semula saat itu...Segala-galanya sudah berlalu.

Simpulan kasih antara Zahar dan Ana terlerai sudah. Dia yang minta semua itu terjadi walau hakikatnya tanpa kerelaan Zahar. Terbayang di matanya tatkala Ana berlagu sendu di bahu Zahar apabila Zahar membisikkan ungkapan perpisahan. Mana bisa untuknya mengusir kenangan yang membawa seribu kelukaan kepada dua hati yang gagal disatukan. Ana, maafkan Zahar. Bukan itu sebenarnya kemahuanku. Aku sebenarnya di dalam persimpangan ketika itu. Lantaran mengambil keputusan terburu-buru. Aku benar-benar mencintaimu. Maafkan aku Ana. Hati Zahar merintih pedih bagai ditusuk sembilu bila memikirkan semula saat perpisahannya dengan Ana. Terbayang di matanya kesayuan di wajah Ana....insan yang begitu dicintai.

Ana, maafkan aku...rintih Zahar. Seribu kekesalan menyelubungi hati kecilnya. Ana, sesungguhnya sampai saat ini aku tidak pernah melupakanmu. Kau tetap mekar di hati ini. Kasih dan sayangmu tetap mewarnai kehidupanku untuk selamanya. Maafkan aku Ana.......dan lagu itu semakin kuat berkumandang di kotak fikiran Zahar. Sesungguhnya cinta Zahar untuk Ana tiada akhirnya......tetap mekar mewangi bak haruman mawar merah yang sentiasa subur di jambangan hatinya.....

Tiada lagi....yang istimewa...dapatku persembahkan....menjadi satu lambang sucinya percintaan....
Andainya dapat...ku ulang semula......

10 Oktober 2011...

Thursday, October 6, 2011

Kek Lapis Buah dan Kek Lapis Asam Manis....versi Che Na...



6hb.Oktober.2011..[Khamis]

Hari ini sibuk sikit kat sekolah. Ada latihan untuk Hari Ko-Korukulum. Aku kena latih budak-budak persatuan nyanyi lagu rakyat. Belasah je...
Aku pun bukannya pandai.....Nak buat macam mana...yang mahir bahagian ni tengah berkursus....nak tak nak terpaksa ke depan gak....jadi kalau ada yang sumbang mambang tu...pekakkan telinga dah lah ye......

Kita lupakan cerita kat sekolah......bosan le....buzzy memanjang....
macam-macam aktiviti nak buat...sume...nak cepat...!

Balik sekolah...tetiba je teringin nak buat kek lapis buah dan kek lapis asam manis. Baru-baru ni ada minta resipi kek lapis daripada kawan. Sebenarnya seumur hidup aku tak
pernah pun buat kek lapis...tapi ari ni semangat menggila nak cuba buat....bahan-bahan nak buat kek
dah beli dua hari lepas.....nak buat kek punya pasal...ari ni langsung tak sentuh nasi....tak rasa lapar pun...hehehe...


Start 'Ops Lapis' ni lebih
kurang pukul 2.00 petang....akhirnya operasi selesai pukul 7.00malam..
mak aii...penat gilerrr...! Tapi akhirnya rasa seronok bila 'Ops Lapis' berjaya dengan cemerlang.....ye ke cemerlang???? ye kot.....kira ok le...memandangkan ini percubaan yang pertama.......hahaha....nak rasa ke...???

Tuesday, September 13, 2011

CINTA TIADA AKHIRNYA [II].....

Ana melangkah dengan penuh kelesuan.Pagi itu Ana ke tempat kerja dengan fikiran kosong. Semangatnya seolah-olah terbang bersama berlabuhnya tirai malam..Dalam keterpaksaan dia menyusuri hari itu tanpa perasaan. Puas diusir rasa kebosanan di dalam diri. Namun, sia-sia. Semakin cuba diusir jauh, semakin dekat rasa kekosongan itu membelenggu dirinya. Lantaran itu, Ana membiarkan sahaja rasa kekosongan itu mengekori langkahnya pagi itu.

Semalam, puas Ana menelefon Zahar. Tetapi hampa. Tiada tanda-tanda Zahar akan menyambut panggilan daripadanya. Sudah bulatkah tekad Zahar dengan keputusannya mahu melepaskan Ana pergi jauh dari sisinya? Sudah terleraikah simpulan kasih yang selama ini tersimpul kukuh? Sudah suramkah sinaran mentari yang menyinari hubungan kasih antara Zahar dan Ana? Sudah tidak adakah rasa cinta di hati Zahar terhadap Ana? Pelbagai persoalan menerjah minda Ana dan semua persoalan berlalu tanpa jawapan yang boleh mendamaikan resah di hati Ana.

Bukan sekejap waktu Ana dan Zahar menyulam kasih, menyimpul rindu dan menganyam mimpi untuk sehidup semati melayari bahtera kebahagiaan. Tiga tahun bukanlah waktu yang singkat. Banyak yang telah Ana dan Zahar lalui sepanjang tempoh tiga tahun ini. Suka, duka, rindu dan kasih sudah menjadi perisa dan perencah di dalam hubungan mereka. Tiba-tiba, segalanya akan terlerai...mampukah untuk Ana menghadapi detik itu?

Hati Ana tersentap tatkala Zahar memberitahu dia terpaksa menamatkan hubungan ini. Bukan dia tak sayang. Bukan dia tak cinta. Tapi, semuanya atas sesuatu perkara yang tidak mampu untuk dielak. Biarlah rahsia. Biarlah keperitan itu Zahar tanggung sendirian. Dia tidak mahu menyusahkan Ana di kemudian hari. Ana tersendu di bahu Zahar. Lelaki yang begitu dicintai sepenuh hati. Zaharlah cinta pertamanya. Mana mungkin untuk Ana mencintai lelaki lain selain Zahar. Cinta di hatinya hanya milik Zahar. Perpisahan ini untuk kebaikan Ana juga...bisik Zahar begitu sayu di cuping telinga Ana. Dalam sendu, Ana memandang Zahar sayu. Tidak sanggup rasanya untuk Ana melalui detik-detik seterusnya sendirian tanpa Zahar di sisi. Zahar, lelaki yang berjaya menakluki hatinya. Zahar cinta pertamanya. Namun, inikah kesudahannya.......

Monday, September 5, 2011

Exsma 84 / Exskpb 79


31hb. Ogos 2011 [Rabu @ Hari Raya Ke-2]

Dah lama tak jumpa kawan-kawan lama zaman persekolahan dahulu. Apabila sesekali dapat berkumpul...gamat jadinya.

Terima kasih diucapkan kepada Zizah dan S'Rol
kerana sudi menjadikan rumah mereka
sebagai tempat perjumpaan kami pada setiap tahun di dalam bulan Syawal......



Ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai disebabkan kesesakan jalan raya...maklumlah....masing-masing nak beraya....

Saturday, August 13, 2011

Bubur Lambuk Pasar Tani Kuantan






14hb.Ogos 2011[Ahad]

Hari ini nak ke Pasar Tani Kuantan. Nak beli bahan basah untuk stok satu minggu.Biasalah...nak penuhkan peti sejuk. Bulan puasa ni malas nak keluar selalu.

Sampai je tempat tujuan, tetiba mata ni terpandang satu iklan mengatakan para pengunjung pasar tani pagi ni boleh mengambil 'Bubur Lambuk' yang disediakan khusus untuk para pengunjung pada pagi ini. Alhamdulillah, re
zeki. Dapatlah merasa berbuka dengan bubur lambuk petang ni.

Lepas beli barang keperluan, saya pun berbaris untuk mengambi
l bubur lambuk yang telah siap dimasak. Masa tu baru kawah yang pertama. Ada 20 kawah bubur lambuk yang sedang dimasak. Seronok menyaksikan mereka bergotong-royong memasak bubur lambuk di tengah-tengah keriuhan suasana di pasar tani. Tak sangka pula saya akan menyaksikan situasi ini.

Inilah Bubur Lambuk Pasar Tani Kuantan. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang ya...

Berbuka Puasa di Awana Seafood [Medan Ikan Bakar]




13hb. Ogos 2011[Sabtu]

Petang ni plan nak berbuka puasa di luar. Nak ke Tanjung Lumpur berbuka puasa dengan family.
Keluar rumah awal sebab nak kena booking makanan dulu...kalau tak....tak berbuka le kita.....


Seronok juga berbuka di luar sekali-sekala, sambil menjamu selera boleh melihat gelagat pengunjung dan juga menikmati keindahan waktu malam di sekitar Tanjung Lumpur,Kuantan. Di sini memang terkenal dengan Medan Ikan Bakar. Bagi pengunjung dari luar jika ke Kuantan jangan lepaskan peluang untuk merasa ikan bakar di Tanjung Lumpur erk..!

Friday, August 12, 2011

Ini le aktiviti pagi Sabtu ni.....






13hb. Julai 2011[Sabtu]....

Pagi ni ada satu kerja yang nak dibuat bagi memenuhi aktiviti cuti hari ni. Hari ni nak kena tolong sembelih ayam kampung. Dah lama aku tak buat kerja ni. Last tolong buat kerja ni masa zaman sekolah dulu...nak-nak time menjelang 1 Syawal. Biasanya beli ayam yang dah siap proses, tapi pagi ni semua kena buat sendiri...apalagi...kita mulakan "Ops Sembelih"....hahahaha

Ni nak mula proses mencabut bulu ayam selepas di sembelih dan di celup sekejap dalam air panas mendidih supaya bulunya senang dicabut.


Ha...yang ni dah separuh siap...


Akhirnya....siap juga kerja aku....fuhhh....penat...!









Dah siap proses di atas...tiba masa naak masak untuk lauk bersahur. Hmmm...nak masak apa ayam ni erk...? Rasa-rasa nak masak "lemak Cili Padi" le...

Ayam Kampung Masa Lemak Cili Padi...[versi aku le...]

Bahan-bahan:

Daging ayam kampung [direbus lebih dahulu supaya daging empuk]
santan kelapa
cili padi
bawang merah dan bawang putih
serai
daun kunyit
daun cekur
serbuk perasa
garam
udang kering
asam keping
kunyit hidup

cara:

Kisar semua bahan
ketuk serai
hiris daun cekur dan daun kunyit

panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar, bila naik bau, masukkan rebusan ayam, masukkan santan dan bahan-bahan lain.Biarkan hingga mendidih.

senang je kan.......ini le ayam kampung masak lemak cili padi versi aku....

Thursday, August 11, 2011

Moh Pekena Laksa


11hb. Ogos 2011[Khamis]

Alhamdulillah...hari ini sudah 11 hari umat Islam berpuasa. Seperti biasa, setiap petang aku akan sibuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Hmmm...hari ini dah 'plan' nak masak Laksa Penang. Dah lama aku tak masak laksa. Tetiba je teringin nak makan laksa petang ni.

Balik sekolah te
ngah hari, terus berkejar ke dapur untuk memulakan operasi memasak laksa...hahaha...biasa la...'Opss Laksa' le kita erk..! Mula-mula tu sediakan bahan-bahan untuk kuah laksa. nasib baik ada yang tolong rebuskan ikan awal-awal lagi....kalau tak....hmmm....sendiri jawab le...Kali ini 'eksesori' tambahan untuk laksa ni ialah cucur udang. Jangan tak tahu, keluargaku di sebelah Utara gemar makan laksa dengan cucur udang ni...hehehe..Lepas ni kalau korang makan laksa penang jangan lupa tambah cucur udang sekali...mesti sedap....cubalah..!
Akhirnya siap juga juadah berbuka untuk petang ni...boleh le aku rehat sat

sementara menanti waktu berbuka.


Bahan-bahan:
Kuah:
Ikan kembung direbus terlebih dahulu [kisar isinya]
cili kering
cili padi [jika suka pedas]
udang kering@bilisbelacan
bawang merah, bawang putihhalia

serai
asam keping
daun kesum
bunga kantan
garam
sedikit gula
bahan perasa

hiasan:
daun salad
timun

bawang besar
lada merah @ cili padi
limau kasturi

cucur udang

Saturday, August 6, 2011

Musim Rambutan...


7hb.Ogos 2011 [Ahad]....

Pukul 8.30pagi ikut hubby pi kebun. Nak kait buah rambutan.Bulan puasa baru masak ranum...nak petik dan bagi kat kawan-kawan.

Buah ram
butan ni masak ranum bulan puasa ni...makan pun tak habis. Tahun ni pokok buah-buahan yang lain tak menjadi. Buah dukong pun tak der....tak macam tahun lepas. Buah durian pun sikit je....tapi Alhamdulillah ada juga pokok rambutan yang berbuah. Jiran-jiran dan kawan-kawan pun turut merasa sama....Rezeki di bulan Ramadan.

Wednesday, August 3, 2011

Jom Ke Kolam Ikan





30hb. Julai 2011[Sabtu].....

Melawat kolam ikan di Perak...moh kita ke sana......

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi......

1hb. Ogos 2011[Isnin]

Ramadhan yang dinanti kini tiba lagi. Alhamdulillah kerana aku masih berpeluang menikmat barakhah di bulan ini.Syukur Ya Allah..!

"Salam Ramadhan buat semua umat Islam"

Monday, July 25, 2011

Akhirnya....dapat juga merasa....


24 Julai 2011[Ahad]

Manggo Lesse dan Roti Puri

Sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke bumi Kota Tinggi. Hmmm...akhirnya aku ke sini lagi setelah lebih kurang 8 bulan berlalu.Aku sampai dari semalam lagi.Biasa lah....banyak sangat urusan yang nak di selesaikan.

Bila sampai Kota Tinggi ni ada dua tempat mesti aku nak pergi. Nak tahu ke mana?Hahahaha...mana lagi....tempat makan le...! Rasa macam kekurangan je kalau tak merasa menu kat Restoran Hassan Ong dan pekena roti puri kat satu restoran tu...tapi sorry erk...lupa pula nama restoran tu...! Tapi, petang Ahad tu aku cuma makan makanan kegemaran ku kat Kota Tinggi...apa lagi...."Roti Puri dan Manggo Lesse".sedaaaappp....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...