Saturday, August 13, 2011
Bubur Lambuk Pasar Tani Kuantan
14hb.Ogos 2011[Ahad]
Hari ini nak ke Pasar Tani Kuantan. Nak beli bahan basah untuk stok satu minggu.Biasalah...nak penuhkan peti sejuk. Bulan puasa ni malas nak keluar selalu.
Sampai je tempat tujuan, tetiba mata ni terpandang satu iklan mengatakan para pengunjung pasar tani pagi ni boleh mengambil 'Bubur Lambuk' yang disediakan khusus untuk para pengunjung pada pagi ini. Alhamdulillah, rezeki. Dapatlah merasa berbuka dengan bubur lambuk petang ni.
Lepas beli barang keperluan, saya pun berbaris untuk mengambil bubur lambuk yang telah siap dimasak. Masa tu baru kawah yang pertama. Ada 20 kawah bubur lambuk yang sedang dimasak. Seronok menyaksikan mereka bergotong-royong memasak bubur lambuk di tengah-tengah keriuhan suasana di pasar tani. Tak sangka pula saya akan menyaksikan situasi ini.
Inilah Bubur Lambuk Pasar Tani Kuantan. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bestnya...hari tu teringin nak makan bubur lambuk...orang pon dengan gaya pakar memasak buat la bubur...penyudahnya bukan bubur lambuk...dah macam bubur ayam saja....kempunan punya pasal habis jugak bubur ayam tu hehehehehhehe :D
ReplyDeleteBubur lambuk le menu paling senang nak masak.Tak pe...tak jadi hari tu...hari lain boleh cuba lagi...mudah jer....
ReplyDelete