Friday, November 11, 2011

Saat Itu.....




27hb.Okt-1hb. Nov.2011.....

Sedetik Waktu Itu......

Sejak dari pagi Rabu 26hb.Oktober.2011, aku sudah mula berasa tidak sihat. Tekakku sakit semula.Pagi itu aku dalam perjalanan balik ke Kuantan setelah 3 hari berada di Pulau Langkawi.

Malam itu aku dah mula sakit kepala semula. Sebelum bertolak ke Langkawi, aku
memang dah lama demam dan batuk. Sekejap ok...sekejap tak ok...Aku dah makan ubat demam dan sakit kepala..tapi kesakitan tetap ku rasai sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam... ditambah dengan udara yang begitu dingin.Sungguh menyakitkan.



Aku sampai ke Kuantan kira-kira jam 5.30 pagi hari Khamis. Ketika itu hujan lebat.Aku terpaksa meredah hujan untuk ke kereta. Sampai di rumah, aku membersihkan diri, sembahyang Subuh dan akhirnya aku tidur semula. Jarum jam menunjukkan ke angka 11.00 pg. Badanku terasa amat panas dan batuk ku semakin teruk. Aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kali ke-3 aku mendapatkan rawatan yang serupa....demam dan batuk sejak 20hb. September 2011. Doktor yang merawatku meminta aku merujuk perkara ini ke hospital. Aku perlu ditahan di dalam wad hospital. Aku memilih untuk ke KMC.


Petang itu aku ke KMC.Aku terpaksa menjalani X-Ray sebanyak 3 kali. Aduh...rasa lenguh-lenguh badan dibuatnya.Doktor memaklumkan aku perlu berada di wad hospital sehingga hari Ahad jika tiada apa-apa masalah.Hmmm...lama tu...! Pukul 5.30ptg. jururawat memasukkan air ke dalam badanku. Ku kira sebotol sahaja...rupa-rupanya 4 botol...alahai....!Petang itu aku bersandar di atas sofa di hadapan bilik kecemasan.Terpaksa...kerana semua bilik penuh. Aku menunggu untuk dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira pukul 7.00 mlm sementara menanti bilik yang dikhaskan untukku kosong. Pukul 11.00 mlm. Jururawat mengejutkan aku dari tidur dan menghantarku ke bilik 310[B]. Di sinilah aku bertapa selama 6H 5M.

Tak sangka aku akan berada di sini tika dan saat ini.Inilah yang dinamakan ketentuan untukku hadapi ujianMu yang sedikit cuma.
Pagi Ahad itu doktor yang merawatku tidak membenarkan aku keluar kerana keadaan kesihatan ku yang tidak menizinkan. Malam itu aku terpaksa menyedut oksigen bagi melegakan batukku...tapi aku rasa keadaanku semakin teruk. Malam itu, ira-kira jam 10.30 mlm. aku diserang sakit kepala yang sukar untuk aku nyatakan bagaimana rasanya..begitu menyakitkan seolah-olah mahu terpisah kepala ini dari tubuhku...seperti lahar gunung berapi yang akan meledak bila-bila masa sahaja...seperti belon yang mahu meletup pun ada. Aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicingpun...duduk dan baringku serba tak kena. Seluruh bahagian kepalaku terasa amat sakit.Jururawat memasukkan ubat penahan sakit ke tubuhku dan meminta aku menelan 2 biji pil...tetapi nampaknya tiada
kesan.Aku tetap merasai kesakitan itu. Awal pagi itu aku menitiskan air mata kerana tidak tertanggung lagi akan kesakitan ini. Ya Allah, sesungguhnya ini baru sedikit ujianMu terhadapku.

Pagi Isnin, Doktor datang melawat aku di wad. Dia memaklumkan aku terpaksa menjalani CT Scan pula untuk mengetahui apa sakitku yang sebenar. Ketika aku menjalani CT Scan, kepalaku masih lagi berdenyut. Sakit tak terkira. Keputusan CT Scan..aku didapati memang ada migrain. Sebenarnya dah lama aku ada migrain tapi tak le seteruk kali ini. Doktor memberi aku ubat migrain yang dia sendiri ambil kerana beliau juga mengidap migrain seperti ku.
Tengah hari itu jururawat memasukkan sebotol air lagi ke tubuhku. Hmm..dari 4 botol menjadi lima botol. Aku juga terpaksa menerima tambahan 2 paket darah kerana hb darah ku menjadi rendah.

Malam itu aku terpaksa menelan ubat tidur agar aku boleh tidur lena....

Keesokan hari doktor memaklumkan aku boleh keluar wad petang ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku pulang ke rumah yang telah lama aku tinggalkan. Aku bercuti sehingga 7hb. Nov. 2011. Hari Selasa aku bertugas semula walaupun aku sebenarnya masih tidak berapa sihat....



Monday, November 7, 2011

Sedetik Waktu Itu.......

27hb. Oktober. 2011 - 1hb. November 2011...

Sedetik waktu itu...........
aku begitu kerdil
lidah kelu tanpa lontaran kata
sepi tanpa suara

Sedetik waktu itu....
aku sendirian
tanpa keriuhan
aku benar-benar keseorangan

Sedetik waktu itu.....
aku kerinduan
rindu pada alam
rindu pada siang
rindu pada malam
rindu pada bulan dan bintang

Sedetik waktu itu....
aku merasi nikmatMu
nikmat dalam kesakitan
nikmat dalam penghapusan dosa-dosa silam
nikmat yang sebenar-benarnya nikmat

Sedetik waktu itu....
aku diuji
ujian yang sedikit cuma
mampukah aku bertahan
dengan hukum karma

Sedetik waktu itu.....
aku tahu
Kau menyayangi aku
Kau sentiasa ada untukku
tidak sekalipun meninggalkan aku
walau ada ketikanya
sedetik waktu itu...... aku alpa


Saturday, October 22, 2011

Tak puas hati....nak cuba lagi.....!



20hb.Oktober.2011 [Khamis]

Tidur pun tak lena asyik teringat nak perbaiki kelemahan. Ni kes buat kek lapis asam manis ari tu tak cukup lembab dan tak cukup asam manisnya. Maklum le...percubaan yang pertama...lagi pun aku tak pernah buat kek-kek lapis ni. Tapi bila tengok resipi kawan ni...cam boleh try je....Kali pertama buat dulu macam-macam kelemahan...agak kering sebab kukus terlalu lama, asam manisnya tak cukup banyak..so, kali ni harap-harap ok..

Petang Khamis kira-kira pukul 5.30 petang start buat operasi....jeng-jeng...kali ni anak dara yang bongsu tolong sama...betul-betul buat ikut yg kawan bagi tau...

*api sederhana

*jgn kukus lama-lama tiap lapisan tu...3-5 minit je...aku ambil tgh2...hehehe..

Fuhh...,akhirnya siap juga kek lapis asaam manis ku...tak sabar nak bagi Tok Guru rasa...ok ke tak ok kali ni....harap-harap ok le...!!

Esok pagi-pagi terus hulur kat Tok Guru...minta dia rasa....nyam-nyam...hmmmm..."
kali ni ok rasanya lembab dan asam manisnya terasa.." komen Tok Guru. Alhamdulillah...lega...jadi juga seperti apa yang sepatutnya...hehehe...puasssss!!!


Lapis Asam Manis Versi Che Na..

Bahan-bahan:


1bungkus biskut cream creacker [cap Ping pong]
3 paket besar asam manis [6 biji 1 paket]
1 cwn planta
5 biji telor gred A
1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat maanis
2 sudu teh baking pawder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

1.Planta + gula -pukul
2.masukkan baking pawder - pukul
3. masukkan esen vanila, susu
4. masukkan telor sebiji- sebiji-pukul sebati
5. masukkan biskut cream creacker[yg tlh dikisar halus] sedikit-sedikit- pukul
6. Bahagikan aduna kepada 2 bahagian [ 1 hijau, 1 kuning]
7.leserkan loyang dengaan plantaa [lapik kertas]
8.masukkakan selapis demi selapis [selang-seli adunan dengan asam manis]
9.kukus 3-5 minit setiap lapisan
10.lapisan terakhir kukus selama 30 minit.




22hb, Oktober 2011....[Sabtu]

Bosan...tak ke mana-mana.Hari hujan...apa aku nak buat petang ni..??Hmmm...tetiba terasa nak buat kek lapis buah le pulak....lagi pun esok anak dara nak balik bercuti....so, ada lah benda nak dimakan.



Kek Lapis Buah Versi Che Na....
Bahan-bahan:
20 biji kuning telor
10 biji putih telor
500gm margerin
300gm gula csutor
250gm tepung gandum
2 sudu besar ovelete
2 sudu besar susu tepung
esen vanila
2 sudu besar rempah kek
2 bungkus buah-buahan campur
2 jenis pewarna [ ikut suka]




Cara-cara:

1. Margerin + susu tepung dipukul hingga kembang
2. Dalam bekas lain, telor+ gula dipukul hingga kembang, masukkan ovelete dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila, tepung gandum sedikit demi sedikit, margerin yg telah dipukul dan rempah kek.Pukul hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, dan letak pewarna yang berbeza.
5.Lapikkan loyang dengan kertas yang digris dengan planta
6. Bakar selapis-selapis diselang seli adunan dengan buah-buahan campur didalam oven dengan suhu kepanasan 250 darjah celcius [api atas sahaja].*setiap lapisan dibakar lebih kurang 4-5 minit shj.


Tuesday, October 11, 2011

Sume Nak Cepat...Tapi.......







11hb. Oktober.2011[Selasa]





Hari ni hangin satu badan dibuatnya dengan perangai budak-budak sekarang.
Gara-gara terlampau berani tak bertempat. Hari ni aku jalani aktiviti harian macam biasa...
Ikut jadual le...tapi tu la kan...ingat semua
berjalan lancar...tapi ada pula kerja lain menyusul...semua nak cepat, tapi terima arahan lambat. Macam mana tu..??? Tempat dekat je...tapi perjalanan hampir sebulan...
gilerrr...! Ikut hati malas aku nak layan kerja macam ni. Mula-mula aku buat bodoh je...tapi akak sorang
ni takut bebenor....dimintanya aku uruskan juga...nak tak nak terpaksa juga cari budak untuk selesaikan masalah ni....

Tak kisah le...aku dah lali dengan benda-benda
macam ni. Tapi yang buat aku hangin satu badan
bila ada budak yang tak reti bahasa.

Dia ingat macam bagusss ...sangat. Tapi aku dah basuh cukup-cukup budak-budak yang tak cukup ajar ni...

Lepas ni kalau dia orang tak
reti-reti bahasa juga...memang le bebudak ni tak makan dek ajar....yang ni bukan salah aku tak cukup ajar....hmmmmm...ni sebab depa tak reti-reti nak belajar....!!

Kita buang angin satu badan ni....kasi sejuk pula dengan aktiviti santai.....moh nengok aku buat aktiviti apa dengan budak-budak ni...
Fuhhhhh..., akhirnya selesai gak satu masalah....!

p/s: yang ni...bukan bebudak dalam cerita kat atas tu....yang ni TERBAEKKK...punya budak...hahaha....!

Sunday, October 9, 2011

Cinta Tiada Akhirnya [iii]...

Andainya dapat ku ulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu....

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu
Ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa nan lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang
Sucinya percintaan....

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa yang silam
Ku sedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa....


Berulang kali bait-bait lagu itu mengganggu di ruang legar kotak fikiran Zahar. Entah mengapa, pagi ini jiwa dan perasaan Zahar begitu terganggu. Zahar resah bila kenangan tika bersama Ana menerjah kembali kotak ingatannya. Kenangan waktu dia menyulam kasih dan menyimpul rindu bersama Ana kekasih hatinya. Zahar mengusap rambut ikalnya dan meraup wajahnya. Seribu perasaan bertandang mengganggu jiwa. Hati Zahar terusik apabila mengingat kembali segala kenangan saat-saat bahagianya bersama Ana kekasih hatinya.Bait-bait lagu itu begitu menggetarkan perasaan Zahar pagi ini. Aaahghh..! Mana mungkin dapat ku ulang semula saat itu...Segala-galanya sudah berlalu.

Simpulan kasih antara Zahar dan Ana terlerai sudah. Dia yang minta semua itu terjadi walau hakikatnya tanpa kerelaan Zahar. Terbayang di matanya tatkala Ana berlagu sendu di bahu Zahar apabila Zahar membisikkan ungkapan perpisahan. Mana bisa untuknya mengusir kenangan yang membawa seribu kelukaan kepada dua hati yang gagal disatukan. Ana, maafkan Zahar. Bukan itu sebenarnya kemahuanku. Aku sebenarnya di dalam persimpangan ketika itu. Lantaran mengambil keputusan terburu-buru. Aku benar-benar mencintaimu. Maafkan aku Ana. Hati Zahar merintih pedih bagai ditusuk sembilu bila memikirkan semula saat perpisahannya dengan Ana. Terbayang di matanya kesayuan di wajah Ana....insan yang begitu dicintai.

Ana, maafkan aku...rintih Zahar. Seribu kekesalan menyelubungi hati kecilnya. Ana, sesungguhnya sampai saat ini aku tidak pernah melupakanmu. Kau tetap mekar di hati ini. Kasih dan sayangmu tetap mewarnai kehidupanku untuk selamanya. Maafkan aku Ana.......dan lagu itu semakin kuat berkumandang di kotak fikiran Zahar. Sesungguhnya cinta Zahar untuk Ana tiada akhirnya......tetap mekar mewangi bak haruman mawar merah yang sentiasa subur di jambangan hatinya.....

Tiada lagi....yang istimewa...dapatku persembahkan....menjadi satu lambang sucinya percintaan....
Andainya dapat...ku ulang semula......

10 Oktober 2011...

Thursday, October 6, 2011

Kek Lapis Buah dan Kek Lapis Asam Manis....versi Che Na...



6hb.Oktober.2011..[Khamis]

Hari ini sibuk sikit kat sekolah. Ada latihan untuk Hari Ko-Korukulum. Aku kena latih budak-budak persatuan nyanyi lagu rakyat. Belasah je...
Aku pun bukannya pandai.....Nak buat macam mana...yang mahir bahagian ni tengah berkursus....nak tak nak terpaksa ke depan gak....jadi kalau ada yang sumbang mambang tu...pekakkan telinga dah lah ye......

Kita lupakan cerita kat sekolah......bosan le....buzzy memanjang....
macam-macam aktiviti nak buat...sume...nak cepat...!

Balik sekolah...tetiba je teringin nak buat kek lapis buah dan kek lapis asam manis. Baru-baru ni ada minta resipi kek lapis daripada kawan. Sebenarnya seumur hidup aku tak
pernah pun buat kek lapis...tapi ari ni semangat menggila nak cuba buat....bahan-bahan nak buat kek
dah beli dua hari lepas.....nak buat kek punya pasal...ari ni langsung tak sentuh nasi....tak rasa lapar pun...hehehe...


Start 'Ops Lapis' ni lebih
kurang pukul 2.00 petang....akhirnya operasi selesai pukul 7.00malam..
mak aii...penat gilerrr...! Tapi akhirnya rasa seronok bila 'Ops Lapis' berjaya dengan cemerlang.....ye ke cemerlang???? ye kot.....kira ok le...memandangkan ini percubaan yang pertama.......hahaha....nak rasa ke...???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...