Thursday, July 7, 2011

Tempoyak Punya Pasal......


6hb.Julai 2011[Rabu]

Fuhhh...1 bonet kereta bawa balik durian. Bukan ambil dari kebun sendiri, tapi pi beli kat Segamat. Beli kat peraih durian le....ni kes nak buat tempoyak punya pasal le...stok tinggal 1 balang je.....mana cukup. Terkejut juga tengokbuah durian yang memenuhi ruang kat bonet tu.
Usai mandi dan solat Zohor, bermulalah operasi mengopek durian '[Opss Tempoyak]". Buat berdua je...sorang tukang kopek, sorang lagi ambil isinya nak masukkan ke dalam dulang. Siap bertopeng dan bersarung tangan lagi. Nak jaga kebersihan le katakan...hehehehe....Ini baru step yang pertama. Step kedua sambung sat lagi noo...penat.Nak belunjur kaki dan luruskan badan dulu...lepas tu...nak kasi rapat ini mata sekejap....ma
Pukul 5.00 petang sessi kedua bermula. Sesi nak asing isi durian dengan bijinya. Hahahaha...ken
a pakai sarung tangan dan topeng lagi nampaknya....macam kat hospital le pulak...Mak aaii...penat giler..! pukul 7.30 malam baru selesai proses ni. Sakit kepala bahu usah cerita.Mana dengan lenguh kakinya lagi...aduhhhhh...toloooonngg....penaaaattt...! Tapi, jerit dalam hati je....so,...tak de sapa yang dengar...hehehehe...

Kalau nak tahu, ni baru selesai 4 guni, yang tiga guni lagi....kita sambung pukul 4.30 pagi esok erk!
Pukul 4.15 pagi dah pun bangun.Jerang air dulu. Ready untuk pi kerja nanti. hari ni semua sarapan kek coklat je dengan air teh 'o'.

Pukul 5.40 pagi baru selesai sesi yang ketiga. Sesi mengopek durian baki yang 3 guni lagi. Mata mengantuk usah cakap le...tapi nak buat macam mana...ni kes tempoyak punya pasal le...Hari ni pi keje...badan rasa macam nak melayang je.....rasa macam nak demam pun ada gak...maklum tak cukup rehat...Tempoyak punya pasal le ni....

Selesai semuanya, tunggu nak tus isi durian tadi. Buang airnya. Biarkan hingga 24 jam.Tujuannya nak kasi tempoyak tu rasanya manis dan betul-betul kow...! Selepas 24 jam, baru boleh campur dengan garam kasar, kacau sebati dan masukkan ke dalam balang. Tempoyak ni boleh tahan lama, lebih-lebih lagi kalau disimpan di dalam peti sejuk.

Nampaknya lepas ni banyak lagi le stok tempoyak kat dalam peti sejuk......



Pssstt....!...yang dalam bekas ni, nak bagi Haida dengan Kak Tie...hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...