Tuesday, July 5, 2011

Atlit Syahbandar....Hunggah Syahbandar Hunggah!!


4hb. Julai 2011 [Selasa]

Hari ni lepas rehat buat perjumpaan sat dengan bebudak rumah Biru [Syahbandar]. Bukan apa...besele....nak agih-agih hamper bagi semua merasa. Kesian bebudak tu penat berlari, tak boleh le simpan hamper tu lama-lama nanti depa bising dok tanya..."cikgu, bila nak buka hamper?...cikgu, bila nak makan ramai-ramai?" Tu yang tak tahan nak menadah telinga...so, ari ni...sesi makan le.......sambil tu bagi madle bebudak yang menang hari sukan 3 Julai lepas. Hari tu tak kasi depa bawa balik bimbang ada yang tertukar atau tercicir. Semua nak satle ari ni...sibuk sikit le....


Ni le antara atlit rumah Biru kategori C dan B...depa ni le penyumbang pingat untuk rumah Biru hingga dapat mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut...Syabas diucapkan...

"Hunggah Syahbandar Hunggah...!" Ini motto rumah Biru...motto spontan daripada penasihat rumah Biru...hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...