Thursday, July 7, 2011

7 Hari Mencintaiku...


7hb. Julai 2011 [Khamis]

Hari ni start baca novel hasil karya Siti Rosmiza. Salah seorang penulis novel yang aku minat baca hasil karyanya...MELETOP! Tajuknya "7 Hari Mencintaiku"

Baru-baru keluar novel ni dulu.... tak sempat beli dah habis. Frust juga bila tengok iklan ada kat kedai buku Popular tu..tapi bayang buku dah tak ada. Tanya kat adik jurujual...dah habis la kak...itu jawapan nya..Tak order lagi ke..? tanya lagi sebab tak puas hati. Tak...tapi kat ECM ada lagi. Aduh...malas pula nak ke ECM semata-mata nak cari buku ni.

Dua minggu lepas tu ada kawan bagi tahu stok "7 Hari Mencintaiku" dah ada kat Popular.Malam tu juga aku pi beli. Hmmm...puas hati. Akhirnya dapat juga ku miliki mu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...