Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi......

1hb. Ogos 2011[Isnin]

Ramadhan yang dinanti kini tiba lagi. Alhamdulillah kerana aku masih berpeluang menikmat barakhah di bulan ini.Syukur Ya Allah..!

"Salam Ramadhan buat semua umat Islam"

Monday, July 25, 2011

Akhirnya....dapat juga merasa....


24 Julai 2011[Ahad]

Manggo Lesse dan Roti Puri

Sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke bumi Kota Tinggi. Hmmm...akhirnya aku ke sini lagi setelah lebih kurang 8 bulan berlalu.Aku sampai dari semalam lagi.Biasa lah....banyak sangat urusan yang nak di selesaikan.

Bila sampai Kota Tinggi ni ada dua tempat mesti aku nak pergi. Nak tahu ke mana?Hahahaha...mana lagi....tempat makan le...! Rasa macam kekurangan je kalau tak merasa menu kat Restoran Hassan Ong dan pekena roti puri kat satu restoran tu...tapi sorry erk...lupa pula nama restoran tu...! Tapi, petang Ahad tu aku cuma makan makanan kegemaran ku kat Kota Tinggi...apa lagi...."Roti Puri dan Manggo Lesse".sedaaaappp....

Thursday, July 21, 2011

Cerpen Lagi.......

21hb.Julai 2011 [Khamis]

Baru je baca intro cerpen terbaru hasil tulisan sahabat...macam best je citer terbarunya....tapi,...tengok gaya lambat lagi baru nak siap....nak kena tunggu lagi gamaknya.....tak pe...janji ada citer baru yang nak diketengahkan. Dia ni kalau bab berkarya...ummmm,...first class...aku peminat nombor satu....hahahaha.Ayat dia memang power gilerrr...!

Ok le.....selamat berkarya sahabat....aku tunggu kesudahan citer dalam cerpen terbaru ni....hisshh...tak sabar rasanya..

Monday, July 18, 2011

Serba Baru....RM pun melayang....!


Ni cerita lebih kurang 3 minggu lepas le....aku pun tak ingat tarikh...

Bosan dok kat rumah, pi jalan-jalan kat Mega Mall.Saja....window shopping.Mula-mula tu gi Kedai Buku Popular....ingat nak cari novel...tapi rasa macam tak de mood je.....Masuk kat Parkson, mata melilau kat bahagian 'hand bag'..macam teringin je nak beli...lagi-lagi tengah offer.Pusing punya pusing tak de yang berkenan di hati.Aaaahh...bosan tuuu..!Kesudahannya....tak ada apa-apa yang dibeli.Ni baru betul 'window shopping'.Dapat penat je...

Esok malam keluar lagi.Kali ni tuju ke EC Mall.Kat sana mesti ada yang best...hmmmm..Tiba di sana...langkah kaki ini terus je ke bahagian 'hand bag'.Kali ni mesti dapat hajat di hati....aduhaiii...!Puas langkah kanan, kiri. depan, belakang...tu diaaaa...akhirnya aku dah berkenan dan jumpa dah dengan pilihan hati.....apa lagi. Terus je sambar.Lagi pun dah malam ni....harga...??hmmm...boleh tahan le....tengah adik tu tulis resit, tetiba mata nakal ni nampak pula dompet comel....tambah lagi satu barang....aduhhhh...kopak le RM bulan ni...tapi tak pe...ada yang tolong bayarkan ...hehehehe.

Selang beberapa hari pi pula ke Optometris Ainon Hayati....hehehe...nak ganti 'teropong' le....rasa maca dah pedih-pedih mata je guna teropong yang lama ni....maklum le dah tiga tahun tak berganti....dah tak berapa sesuai....nak buat macam mana....???? Aduhhh...betul-betul 'melayang' bulan ni...Apa pun terima kasih kepada orang yang tolong bayarkan semua barang tu...hehehe...tq...

Mekar Berkembang lagi......



18hb. Julai 2011[Isnin]

Pagi ni bukak je pintu rumah nak pi kerja, tetiba mata ni terpandang pokok'Dragon Fruit' yang kat depan rumah.Fuhhh...,tu diaaa...!Dah berkembang rupanya awak malam tadi. Suka tengok warnanya yang putih berseri. Kali ni dua kuntum serentak mekar berkembang pada satu dahan. Kira macam Si kembar le..selalu tengok sekuntum je..pagi ni amat bertuah boleh tengok dua sekali.

Thursday, July 7, 2011

7 Hari Mencintaiku...


7hb. Julai 2011 [Khamis]

Hari ni start baca novel hasil karya Siti Rosmiza. Salah seorang penulis novel yang aku minat baca hasil karyanya...MELETOP! Tajuknya "7 Hari Mencintaiku"

Baru-baru keluar novel ni dulu.... tak sempat beli dah habis. Frust juga bila tengok iklan ada kat kedai buku Popular tu..tapi bayang buku dah tak ada. Tanya kat adik jurujual...dah habis la kak...itu jawapan nya..Tak order lagi ke..? tanya lagi sebab tak puas hati. Tak...tapi kat ECM ada lagi. Aduh...malas pula nak ke ECM semata-mata nak cari buku ni.

Dua minggu lepas tu ada kawan bagi tahu stok "7 Hari Mencintaiku" dah ada kat Popular.Malam tu juga aku pi beli. Hmmm...puas hati. Akhirnya dapat juga ku miliki mu...

Tempoyak Punya Pasal......


6hb.Julai 2011[Rabu]

Fuhhh...1 bonet kereta bawa balik durian. Bukan ambil dari kebun sendiri, tapi pi beli kat Segamat. Beli kat peraih durian le....ni kes nak buat tempoyak punya pasal le...stok tinggal 1 balang je.....mana cukup. Terkejut juga tengokbuah durian yang memenuhi ruang kat bonet tu.
Usai mandi dan solat Zohor, bermulalah operasi mengopek durian '[Opss Tempoyak]". Buat berdua je...sorang tukang kopek, sorang lagi ambil isinya nak masukkan ke dalam dulang. Siap bertopeng dan bersarung tangan lagi. Nak jaga kebersihan le katakan...hehehehe....Ini baru step yang pertama. Step kedua sambung sat lagi noo...penat.Nak belunjur kaki dan luruskan badan dulu...lepas tu...nak kasi rapat ini mata sekejap....ma
Pukul 5.00 petang sessi kedua bermula. Sesi nak asing isi durian dengan bijinya. Hahahaha...ken
a pakai sarung tangan dan topeng lagi nampaknya....macam kat hospital le pulak...Mak aaii...penat giler..! pukul 7.30 malam baru selesai proses ni. Sakit kepala bahu usah cerita.Mana dengan lenguh kakinya lagi...aduhhhhh...toloooonngg....penaaaattt...! Tapi, jerit dalam hati je....so,...tak de sapa yang dengar...hehehehe...

Kalau nak tahu, ni baru selesai 4 guni, yang tiga guni lagi....kita sambung pukul 4.30 pagi esok erk!
Pukul 4.15 pagi dah pun bangun.Jerang air dulu. Ready untuk pi kerja nanti. hari ni semua sarapan kek coklat je dengan air teh 'o'.

Pukul 5.40 pagi baru selesai sesi yang ketiga. Sesi mengopek durian baki yang 3 guni lagi. Mata mengantuk usah cakap le...tapi nak buat macam mana...ni kes tempoyak punya pasal le...Hari ni pi keje...badan rasa macam nak melayang je.....rasa macam nak demam pun ada gak...maklum tak cukup rehat...Tempoyak punya pasal le ni....

Selesai semuanya, tunggu nak tus isi durian tadi. Buang airnya. Biarkan hingga 24 jam.Tujuannya nak kasi tempoyak tu rasanya manis dan betul-betul kow...! Selepas 24 jam, baru boleh campur dengan garam kasar, kacau sebati dan masukkan ke dalam balang. Tempoyak ni boleh tahan lama, lebih-lebih lagi kalau disimpan di dalam peti sejuk.

Nampaknya lepas ni banyak lagi le stok tempoyak kat dalam peti sejuk......



Pssstt....!...yang dalam bekas ni, nak bagi Haida dengan Kak Tie...hehehe...

Tuesday, July 5, 2011

Atlit Syahbandar....Hunggah Syahbandar Hunggah!!


4hb. Julai 2011 [Selasa]

Hari ni lepas rehat buat perjumpaan sat dengan bebudak rumah Biru [Syahbandar]. Bukan apa...besele....nak agih-agih hamper bagi semua merasa. Kesian bebudak tu penat berlari, tak boleh le simpan hamper tu lama-lama nanti depa bising dok tanya..."cikgu, bila nak buka hamper?...cikgu, bila nak makan ramai-ramai?" Tu yang tak tahan nak menadah telinga...so, ari ni...sesi makan le.......sambil tu bagi madle bebudak yang menang hari sukan 3 Julai lepas. Hari tu tak kasi depa bawa balik bimbang ada yang tertukar atau tercicir. Semua nak satle ari ni...sibuk sikit le....


Ni le antara atlit rumah Biru kategori C dan B...depa ni le penyumbang pingat untuk rumah Biru hingga dapat mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut...Syabas diucapkan...

"Hunggah Syahbandar Hunggah...!" Ini motto rumah Biru...motto spontan daripada penasihat rumah Biru...hehehe...

Sunday, July 3, 2011

Lepak Sat....


2hb. Julai 2011 [Sabtu]

Petang terasa bosan lak kat rumah...Apa lagi ke bandar le kite erk! Tengah dok pusing-pusing kat satu tempat tak jauh dengan Taman Gelora...jumpa satu port yang menarik untuk lepak.Jom kita lepak sat.

Tempat penggemar Si Pemancing .Memancing sambil bersantai....

Saturday, July 2, 2011

1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia




2hb. Julai. 2011 [Sabtu]

Hari ni diadakan pelancaran 1M1S1M. Sekolah aku pun terlibat sama. Pagi-pagi aku dah ke sekolah nak urus bahagian pendaftaran peserta di kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat setempat. Ada dua orang cikgu tu....cuaca gelap lagi dah sampai ke sekolah...punya semangat nak lari..."aku tak boleh tidur le malam tadi, punya le suka nak lari....hahahaha....tu yang ayam belum berkokok, aku dah sampai.." ni dia kata...bukan aku tau...!Kira pecah rekod kehadirannya la sebab awal daripada biasa hehehe.....Pssst..! jangan marah noo...







Kat sini beberapa aksi sebelum larian bermula dan selepas larian yang sempat aku rakam. Saja suka-suka...

Ada tu yang dah macam dugong kepenatan...heheheh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...