Monday, September 27, 2010

Tangisan Rindu Semalam


Hadirnya semalam bersama kesayuan di hati....hati begitu mudah tersentuh. Perasaan begitu sensitif dan air mata terus mengalir tanpa dapat dibendung lagi...Air mata ini begitu mudah mengalir tatkala selesai menghadapNya..dan air mata yang gugur itu adalah air mata kerinduan..rindu yang tertahan...rindu pada segalanya...

Tika dan saat ini...titisan air mata masih terus membasahi bumi...mengalirlah..andai itu dapat memberi ketenangan...kerna jika ia ditahan pasti kesannya akan menjadi lebih parah...

Terima kasih.... kerana masih ada insan yang sudi memberi tunjuk jalan...membimbing mereka yang masih tercari-cari.... menyambut mereka yang hampir tersungkur menyembah bumi...memimpin tangan ini yang longlai untuk meneruskan perjalanan...

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah....kerana masih ada insan yang sebegini, insan yang sanggup mengorbankan diri demi kebahagiaan insan lain.

Sunday, September 26, 2010

Jamuan Hari Raya 2010


Semalam....25hb. September 2010 ada buat majlis jamuan hari raya untuk kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan hubby di rumah...Majlis bermula pada pukul 2.00 p.m hingga 6.00 p.m. Walaupun begitu ada juga tetamu yang datang pukul 8.00 malam...hari raya...datanglah tidak kira waktu...kami tetap mengalu-alukan kedatangan tetamu....

Menu semalam antaranya ialah nasi impit, rendang daging, ayam masak lemak cili padi, lemang tradisi Perak, laksa Penang, tapai pulut dan apa lagi....biskut raya la...semua menu tu masak sendiri. Tak tau sama ada sedap atau tidak...hahaha...maklumle...bukan pakar masak...tapi....alhamdulillah bila tengok tetamu yang datang, balik dengan perut yang kenyang...takut gak..penat-penat datang...bila balik dengan perut yang kosong...

Apa pun, terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi datang ke rumah kami...InsyaAllah jika ada rezeki, akan ada lagi majlis seperti ini pada hari raya akan datang...

Walau pun agak penat kerana semua persiapan buat sendiri, tetapi syukur alhamdulillah...kerana semuanya berjalan lancar. Terasa puas apabila melihat teman-teman menikmati juadah dengan selera....

Akhir kata, Terima Kasih, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...sehingga berjumpa lagi....

Wednesday, September 22, 2010

Berakhirnya Satu Bebanan.....


Hari ini berakhir sudah satu bebanan berat yang ditanggung oleh murid-murid Tahun6 2010...Selesai sudah peperiksaan UPSR.Sekarang ni...mereka sedang memerah otak untuk menjawab Soalan Aptitud...hinggalah pukul 3.45 petang....Selamat Menjawab...mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNya..

Giliran cikgu-cikgu yang terlibat dengan Tahun 6 le... menanggung beban....risau...adakah anak-anak didik mereka dapat menggapai kejayaan seperti yang diharapkan oleh semua....pihak sekolah...keluarga....dan masyarakat...mampukah mereka memenuhi kehendak mereka....???? Apapun... segalanya boleh berlaku. Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka...InsyaAllah...

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010


Esok 21hb. hingga 23hb. September....semua anak-anak Tahun 6 akan menduduki UPSR...Selamat berjuang untuk kalian...semoga semuanya sihat dan beroleh kejayaan yang membanggakan semua pihak...

Untuk anakku....Aini...semoga berjaya menggenggam kecemerlangan....ada sesuatu menunggumu di sana nanti.....

Untuk anak temanku yang jauh tapi dekat....Selamat Berjuang demi masa depanmu...doa ayah bonda sentiasa bersamamu.....moga berjaya menggapai impian....

Untuk anak-anak temanku di sini mahupun di sana...Selamat Maju Jaya buat semua....

Untuk anak-anak didik di SKPT....Semoga Cemerlang dan berjaya melakar sejarah kegemilangan.....

InsyaAllah......

Monday, September 13, 2010

Teman..Ramadhan dan Syawal ini kita berkongsi kegembiraan dan kesedihan....



Hari ini...10Sept.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H...kami merayakannya dengan penuh kegembiraan...kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara , jiran tetangga dan kenalan. Namun kegembiraan ini hanya seketika...ketika dalam perjalanan pulang dari rumah kakak di Sungai Panjang, kami telah dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan.Abang kepada suamiku telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.Berita sedih ini telah dimaklumkan oleh anak saudara kami.

Sebenarnya Syawal tahun ini kami tidak bercadang untuk balik ke kampung di Perak, memandangkan anak bongsuku akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 Sept. ini. Namun...kita hanya mampu merancang...segalanya DIA yang menentukan.

Menurut anak saudaraku ayahnya terlibat dengan kemalangan ketika hendak pulang ke rumah neneknya di Alor Pongsu selepas menziarahi abang-abangnya sempena ketibaan Syawal.Itu memang menjadi kebiasaannya. Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 6.00 petang.

Kami mengambil keputusan untuk kembali ke Perak kira-kira jam 1.00 pagi. Kami terus menuju ke Hospital Taiping kerana abang ipar ku ditempatkan di situ. Kami tiba lebih kurang jam 3.30 pagi. Keadaan abang ipar ku kritikal. Menurut doktor harapan untuk sembuh amat tipis. Pendarahan tidak berhenti-henti . Abang ipar ku koma .Doktor meminta semua waris berkumpul. Kami redha dengan kejadian yang menimpa abang ipar.

Pagi itu kira-kira pukul 7.30 pagi kami pulang ke Parit Buntar untuk menghantar anak-anak. Selepas bersiap serba sedikit, kami kembali semula ke hospital kerana di saat-saat seperti ini kami harus sentiasa berada di sisinya. Sampai di hospital, doktor telah memaklumkan kepada suamiku bahawa keadaan abangnya bertambah tenat. Bahagian otak sebelah kanannya tidak lagi berfungsi. Tekanan darahnya juga semakin rendah. Menurut doktor lagi, abang ipar ku tidak dapat diselamatkan lagi. Kami pasrah dengan ketentuan Illahi jika ini memang takdirNya.

Tepat pukul 4.21 petang bersamaan 11 September 2010 , doktor memaklumkan bahawa abang ipar ku telah meninggal dunia..Pergi untuk selama-lamanya..Kami redha...Allah lebih menyayanginya..Al-Fatihah untuk arwah abang ipar ku...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jenazah abang ipar ku dibawa ke Parit Buntar untuk disemadikan di tempat kelahirannya. Ya Allah,,,semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya...amin.

Tuesday, September 7, 2010

Di saat pemergian insan tersayang...


Hari ini 7hb. September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431H..aku telah dimaklumkan oleh sahabat yang ku kasihi bahawa ayahandanya yang tersayang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6:00petang. Kembalinya ia di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakhah ini....

Aku menerima berita sedih ini ketika di dalam perjalanan ke kampung menemui keluarga tersayang di Selangor...Tika ini, aku baru sahaja melepasi tol Damansara. Aku terkedu buat seketika...teman...maafkan aku kerana tidak dapat bersama ketika kamu menghadapi detik yang menyayat hati ini...

Ketika umat Islam sedang menghitung detik kegembiraan menyambut ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi...dirimu melalui detik pilu ini...tabahkan hatimu...sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

Aku berdoa semoga roh Allahyarham ayahandamu yang tercinta ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman...Aku tidak akan lupa pesanmu itu membacakan surah Al-Fatihah dan SurahYaasin untuk disedekahkan buat Allahyarham ayahandamu...

Salam takziah buatmu teman....Insyaallah, jika ada kelapangan waktu...aku akan mengunjungi mu....maafkan aku sekali lagi kerana tidak dapat bersama-sama denganmu di saat ini....walau jauh aku akan sentiasa mendoakanmu......

Al-Fatihah buat Allahyarham ayahandamu.......semoga ronya bersemadi dengan tenang di sana.....

Dari Allah kita datang..kepadaNya jua kita kembali....

Friday, September 3, 2010

Bicara Buat Teman....


TEMAN.....

Aku bersyukur kepadaMu Ilahi.....kerana memberi kesempatan ini....untuk aku bertemu dengan temanku semula setelah sekian lama tanpa perkhabaran....

Dulu....aku jauh denganmu, tapi kini dengan kehendak-Nya jua, aku semakin dekat. Dekat denganmu. Aku bersyukur kerana aku punya teman yang sejati...teman yang sudi membimbing aku tatkala aku tercari-cari arah cahaya-Mu Ilahi...Teman yang sudi menarik taliku ketika aku hampir melayang tanpa haluan...Teman yang sudi menyelamatkan aku dari terus tenggelam dibawa arus tanpa belas kasihan.

Teman,
Aku masih perlukan bimbingan. Bimbinglah aku ke jalan-Nya...Aku sedar...aku banyak kekurangan, banyak kelemahan...kadangkala aku alpa dengan mainan duniawi...terlena dek mimpi-mimpi yang mengasyikkan...

Terima Kasih Teman...tatkala aku dalam kekeliruan...kau hadir menghulurkan bantuan.Bantuan yang memang aku perlukan untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa dengan ilmu-ilmu-Nya..Percayalah teman...sesungguhnya kehadiranmu kali ini memberi seribu kerahmatan buatku yang masih tercari-cari ke mana arah tujuku selepas ini. Bimbinglah aku untuk mengenal diri, bimbinglah aku untuk mengenali segala ilmu yang menjadi milikNya...bimbinglah aku bersamamu mendapat keredhaan-Nya. Aku ingin merasai nikmat anugerahNya....

Teman...
Kehadiranmu kali ini amat bererti bagiku...kau bukan lagi seperti yang aku kenali dulu..Syukur Ya Allah...kerana memberi kesempatan yang terindah buatku....

Teman....
Aku mahu kebahagiaan itu menjadi milik kita di sini dan di sana nanti....Ya Allah...sesungguhnya segala yang berlaku itu dengan izin-Mu jua...

Tahajjuj Cinta...


Meskipun ku rapuh dalam langkah dan tak setia kepada-Mu, namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu...maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu...Dalam dada ku harap hanyalah diri-Mu yang bertakhta......

Apa yang milikku adalah milik-Mu semua. Apapun milik kami...adalah milik-Mu juga....biarkan waktu yang akan membawa semuanya....neraka tersaji ataupun air syurga-Nya...
Kau datang ketika duka.....dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga.....

Anugerah terindah adalah cinta yang bersemayam kerana Allah....bukan kerana nafsu semata.....
Hargai cinta, syukuri semua anugerah, jangan mengeluh atas pemberian-Nya......

Sepi Seorang Aku...

Hari ini aku digamit sepi dan rindu..rindu pada kenangan lalu. Rindu yang tak terucap dek kata-kata. Mengapa ini yang harus aku lalui.Bukan ini kehendakku. Puas untuk aku menolaknya ke tepi, namun semakin kuat cuba ku buang semakin erat melingkari diriku. Mana bisa ku humban jauh dari lipatan memori ini..kerna ia kenangan terindah dalam hidup seorang aku...walau sepi...walau rindu...ada DIA yang setia menemani malam dan siang ku...

Ya Allah. aku mohon keredhaanMu, restui perjalanan hidupku, hanya padaMu aku berserah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...