Tuesday, January 18, 2011

Teman....Walau Apa Jua Anggapanmu....

Teman..........

Walau apa jua anggapanmu dahulu terhadap seorang aku....
Namun......
Aku tetap bersyukur dengan kehadiranmu......
Aku ikhlas menerimamu seadanya.......

Teman......
Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku.....
Aku bersyukur punya kamu yang sudi hadir
Walau untuk seketika waktu.

Teman....

Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku...
Aku gembira....
Kerna kamu yang mengajar aku erti rindu
Kerna kamu yang mengajar aku erti bahagia
Kerna kamu yang mengajar aku erti sepi
Kerna kamu juga yang mengajar aku erti derita...........

Teman...

Walau apa jua anggapan mu terhadap seorang aku..
Aku gembira kerna ada kamu...
Bersama berlari mengejar pelangi....
Bersama menggapai awan, walau jauh dari jangkauan...
Bersama memetik bintang di langit......
Bersama menganyam mimpi bahagia...
Walau itu cuma seketika...
Namun...kerna kamu....segalanya bermula.

Teman.....

Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku....
Walau di mana jua kamu berada
Tak perlu untuk kamu rasa bersalah
Kerna yang pasti....
Kamulah temanku yang sejati
Yang memberi seribu rasa dan seribu erti
Dulu, kini dan selamanya.............

Saturday, January 15, 2011

Nasi Ayam Hainan...Hmmm..menu hari cuti...15hb.Januari 2011


Dah lama aku tak jengah laman aku ni.....

Hari ni...pagi-pagi lagi dah ke market....mana taknya...nak masak nasi ayam hainan punya pasal...
Sebenarnya, minggu lepas lagi plan nak masak menu ni...tapi tertangguh sebab masalah teknikal...hahaha...menu Nasi Ayam Hainan bertukar jadi menu Laksa Penang...
Minggu lepas kawan-kawan anak teruna ku mai ke rumah pada sebelah petang...tu yang bertukar menu. Masa suntuk..tak dapat masak menu yang dirancang....masa tu pula ayam masih lagi "terbang" takut kena sembelih...

Apapun...Alhamdulillah...hari ini hasrat nak masak menu ni untuk family tertunai. Aini punya la happy bila dengar menu tengah hari, menu kegemarannya...dah lama sungguh tak masak Nasi Ayam Hainan...cerewet...nak buat sos halia...sos cili...sos kicap...belum herba dia lagi...aduhhh...

Berselera betul anak-anak menikmati masakan hari ini...hmmm...terasa puas bila hasil usaha "chef" dinikmati dengan penuh selera...Alhamdulillah....Lepas ni...nak masak apa pula agaknya....apa-apa pun..kena la tunggu hari cuti yang lain pula....penat weh....!

Tuesday, December 7, 2010

Seni Manik.....Bonsai Manik


6 Dis. 2010

Hari ini kami ke Lepar Utara...sebenarnya saya tak pernah menjejakkan kaki ke sini sebelum ini...
Pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke sana sebab tempat tu boleh tahan jauhnya dari Kuantan. Kami ikut jalan lama.Tak ikut lebuh raya..saja nak merasai perjalanan sebenar ke Lepar Utara.
Kami berhenti di warung AnC untuk sarapan pagi...pekena roti canai dan teh tarik secawan..alhamdulillah..kenyang.Perjalan diteruskan...

Dari Gambang ke Maran anak daraku drive..jalan boleh tahan...tapi mak aii..bila nak sampai ni...depan treler.... belakang bas ekspres..jalan pula garis berkembar memanjang...bila nak memotong ni??? Penyudahnya sampai di Maran driver lain ambil alih...kalau tak...pukul 2.00 petang tak sampai lagi.

Aduh...jalan macam ular kena palu...sakit badan dibuatnya...bilalah nak nampak papan tanda Lepar Utara ni...Hari ni pertama kali lalu jalan Sg Jerek...aduh....kalah litar lumba Formula 1...masuk angin dibuatnya...

Akhirnya selepas lebih kurang 3 jam perjalanan...baru nampak papan tanda Lepar Utara...fuhhh...lega.....sampai gak tempat tujuan...Kami terus ke Lepar Uta
ra 1..rumah kawan hubby...dah lama tak jumpa mereka..Dia ni orang Perak.Apa lagi...berbual panjang le....sementara menunggu depa berbual tu...anak teman ni dengan rela hati menawarkan diri untuk mengajar seni membuat bonsai manik....pucuk dicita...ulam mendatang...kita yang tengah boring semacam ni..apa lagi...terus je setuju....

Kelas pun bermula...seronok gak buat benda ni...mudah sahaja rupanya...tp sakit gak ibu jari dok pintal dawai...maklum le...pertama kali buat...tapi best...benda yang kita minat memang seronok nak buat..apa lagi bila dah nampak hasilnya...terima kasih Za..kerana sudi mengajar saya...tak sangka hari ni dapat satu ilmu yang menyeronokkan...


p/s: Inilah hasilnya.....

Monday, November 29, 2010

SMAP...Tunggulah Kehadiran Aini dan Farhah....


Alhamdulillah....hari ini terima satu lagi berita baik.

Lebih kurang pukul 12.00 tgh. tadi, posmen hantar satu surat yang ditunggu-tungu Aini. Ya, surat jawapan temuduga kemasukan ke Tingkatan 1 SMAP 2011. Semalam mak Farhah telefon memaklumkan bahawa Farhah sudah diterima masuk ke SMAP. Tapi masa tu Aini belum dapat apa-apa jawapan lagi.Mungkin sebab kedudukan tempat tinggal kami yang jauh menyebabkan lambat menerima jawapan. Tak mengapa..tunggu sahaja...kalau ada rezeki...dapatlah tu.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana hari ini Aini dapat surat tawaran itu. Dia melonjak kegembiraan bila dapat tahu berjaya ditawarkan ke sekolah itu. Berita baik ini terus dimaklumkan kepada ayahnya dan ayah Aini menurut sahaja keinginannya jika itu memang sudah kemahuan Aini. Kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Aini dan Farhah kerana berjaya di dalam temuduga itu. selamat datang ke SMAP dan semoga kalian berdua menjadi sahabat sejati dan cemerlang di dalam pelajaran juga cemerlang dunia dan akhirat...Insyaallah...Amin.

Akhirnya Saat Itu Tiba Jua


Rasanya dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di sini...

Hari ini rasa nak kongsi berita baik dengan semua..27hb.Nov.2010 yang lepas ada dua peristiwa yang menggembirakan. Berita pertama aku terima ialah panggilan telefon daripada birasku di Perak.Panggilan telefon diterima ketika aku dan hubby sedang sibuk menyiang ikan dan menyimpan barang-barang basah yang baru kami beli di market...menjadi kebiasaan kami membeli barangan basah "stok seminggu". Aku jawab panggilan telefon pada pagi itu. Sebenarnya ketika di dalam perjalanan ke market pagi tu birasku telah menelefon hubby memaklumkan bahawa pada pukul 9.00 pagi dia akan ke Bukit Merah sebab pagi tu nak "buka mulut"...ni istilah nak bagi tau dah tiba masa nak buka mulut ikan arowana..

Sebenarnya, kami tak le mengharap sangat untuk mendapat hasilnya, sebab dah banyak kali "buka mulut"...tapi masih belum ada rezeki kami. Selama lebih kurang tiga tahun, kami baru sekali mendapat hasilnya...jadi seperti selalu...kita berserah sahaja.Kalau memang ada rezeki untuk kami..Alhamdulillah syukur kepadaNya.

Nak dijadikan cerita, pagi tu bila aku menerima panggilan telefon tu, biras pun buat le suara sedih...ala-ala macam frust le....bila aku dengar nada suara gitu..terus le aku cakap..".tak pe...mungkin belum ada rezeki lagi untuk kita...sabarlah...mungkin lain kali ada la tu...." Lepas habis je cakap macam tu, birasku ketawa besar...Alhamdulillah Kak Na.....akhirnya ada juga rezeki untuk kita..." Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan...Ada dua pasang arowana yang mempunyai telor matang sebanyak 56 biji. Sukanya hati tidak terkira...tapi kami bahagi dua dengan tuan yang punya kolam...Syukur sekali lagi di atas nikmat kurniaanNya.

Haa...berita baik yang kedua pula pada tarikh yang sama aku dapat berjumpa balik dengan sahabat lama semasa kami menuntut di IPSI dulu.Dia ni budak Terengganu.Kami rapat dahulu sebab dalam kelas tu kami hanya 18 orang pelatih sahaja.Jadi, hubungan kami macam satu keluarga.Seronok dapat jumpa balik selepas 20 tahun terpisah.Kebetulan dia datang ke sini untuk berkursus dan tempat tu tak jauh dengan tempat tinggal kami...sempat la kami berbual-bual dan pekena ikan bakar kat Tg. Lumpur....Sempat keluargaku beramah mesra dengan sahabatku ini...Insyaallah...jika ada rezeki ke Kuala Terengganu, boleh lah kami mengunjunginya di sana..

Itulah dua berita baik yang aku nak kongsi bersama......

Saturday, November 13, 2010

Perginya Takkan Kembali Lagi...


Tanggal 14 November 2010..

Seperti biasa pada hari minggu begini aku dan keluarga akan bersarapan di luar...Hmmmm...hari ini kami bersarapan di sebuah kedai makan tidak jauh dengan tempat tinggal kami..pekena 'roti telur kosong' dan teh tarik...alhamdulillah...

Selesai bersarapan, kami bergegas ke Gambang untuk menghantar anak bujang ke "Driving School".Temujanjinya pukul 8.30 pagi. Hari ni dia ada teori dan praktikal sebelum test motor.Pukul 4.00 petang baru selesai urusannya....

Selepas menghantar anak bujang ke Gambang, kami ada satu lagi temujanji..hai sibuk betul...mengalahkan YB...nak buat macam mana...demi masa depan...nak tak nak...kena uruskan juga...Hmmm..nampaknya urusan yang ini tertangguh lagi kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan..orang yang kami nak jumpa tu masuk hospital dua hari lepas...sesak nafas.

Kami bertolak ke Kuantan untuk ke Pasar Tani.Pada setiap hujung minggu memang menjadi kebiasaan kami untuk membeli stok barang basah di sini..badget untuk seminggu..selesai beli apa yang patut, kami pun pulang ke rumah.

Sampai di depan pintu pagar...anak perempuanku akan membuka pintu pagar. Apa lagi...berlari-lari :anak-anak angkatku " yang tiga ekor tu mengejar kereta kami. Dulu, "anak angkatku" ada empat ekor...tetapi yang seekor telah mati kerana sakit..mugkin dipatuk ular.Kasihan...anak perempuanku memberitahu ayahnya supaya berhati-hati ketika memandu kereta kerana ada anak kucing di depan kereta kami..Anak kucing tu memang manja. Suamiku memandu seperti biasa ke garaj kereta...tiba-tiba dari arah belakang ku lihat anak perempuanku menjerit dan menangis dengan kuat...ya Allah...rupa-rupanya suamiku telah terlanggar Si Gebu, iaitu anak kucing yang paling comel dan gebu bulunya. Kasihan..ajalnya tiba..dia terbaring dan kelihatan tidak bermaya.Keluar air dari mulut mungilnya dan juga dari duburnya..Sayu hati ini bila melihat Si Gebu terbujur kaku tidak bernyawa lagi..Anak perempuanku menangis hiba...namun apa daya kami...semuanya berlaku dengan pantas. Sampai di sini sahaja dia dapat bermanja dengan kami setelah pemergian ibunya dahulu.Pemergiannya sama seperti ibunya..dan aku yang telah menyebabkan kematian ibunya dengan tidak sengaja seperti juga kejadian yang berlaku pada hari ini....

Sekujur tubuh kaku itu disemadikan di sebelah ibunya...Bersemadilah dikau dengan aman..Maafkanlah kami...

Friday, November 12, 2010

Tahniah Aini & Farhah....

Tanggal 11 November 2010...

Hari penuh debaran...keputusan UPSR diumumkan.

Walaupun kalian gagal menggapai kejayaan cemerlang...namun masih tidak menghampakan...
Kekecewaan hari ini bukanlah kekecewaan hari esok...
Kekalahan hari ini, bukan bererti kalian tidak akan menang pada hari esok...
Kegagalan hari ini menjadi pembakar semangat dan kekuatan untuk hari esok...
Teruskan perjuangan kalian...
Jangan terhenti di sini...

Di sana...di hadapanmu..
Pasti kejayaan yang lebih besar bakal menanti kalian...


Insyaallah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...