Thursday, March 31, 2011

Donat Pelangi Coklat.....[suka-suka]


Jom kita masak untuk minum petang......
Dah dua hari 'Si Bujang' aku tu sibuk nak makan donat....nasib baik stok bahan tu ada kat dapur...apa lagi??? jom ke dapur kita...

Donat Pelangi Coklat

Bahan
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula castor
1 1/2 camca besar lelemak sayuran
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam *
1 camca teh instan yeast * disatukan dengan air dan kacau hingga berbuih
Pewarna makanan merah jambu. hijau

topeng coklat
3 sudu besar serbuk koko
4 sudu susu pekat
coklat rise
**serbuk koko dan susu pekat di kacau sebati hingga berkilat

Cara:
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan atau mangkuk.
2. Bahagi doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna asal. 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian warna hijau---adun sebati
3.Satukan ketiga-tiga adunan dan uli perlahan hingga mendapat warna pelangi
4. canai doh lebih kurang 1/2 inci dan terap dengan acuan donat. biar hingga 1/2 jam atau besar sekali ganda
5.Goreng hingga warna keemasan
6. Sapu topeng di atas donat dan tabur hiasan

Tuesday, March 29, 2011

Menu Kelam Kabut....


29hb.Mac 2011

Tengah hari ni kelam kabut dibuatnya..hubby call...camner ni..belum masak tengah hari...ada orang nak mai ke rumah....dah sampai Temerloh...mak ai...! apa aku nak masak dalam keadaan tergesa-gesa ni??? Apa aku nak masak dalam tempoh satu jam nih???

Pukul 12.45tgh..aku terpaksa balik...kecemasan....nasib baik dapat keizinan. Sampai kat rumah...apa lagi...kalah lipas kudung...keluarkan bahan-bahan basah yang ada dalam peti sejuk. Ada ikan patin...ada sayur ...boleh le masak sayur campur...udang pun ada juga...

Jom le kita masak apa je yang ada...hubby cuma sempat beli kerang je masa hantar anak ke sekolah pagi tadi...ok le...janji boleh masak.

Setelah puas bersilat, akhirnya siap juga menu untuk tengah hari ni...

Patin Tempoyak
Kerang Bakar dan pencicah
Ikan Pekasam goreng
Telur Dadar
Sayur Campur....

Lega....siap gak menu untuk tengah hari ni walau pun dalam keadaan tergesa-gesa. Tetamu yang ditunggu sampai pukul 1.40 ptg..Alhamdulillah...

Sunday, March 27, 2011

Terima Kasih Ya Allah...


27hb.Mac 2011 [Ahad]

Alhamdulillah...hari ini terima berita baik.Kami dilimpahi rezeki daripadaNya.
Terima kasih Ya Allah.

Petang ni adalah hari "buka mulut"...hahaha...jangan silap
dah le...istilah yang biasa digunakan untuk tengok ada hasil tak kat kolam ikan tu...kalau ada hasil...Alhamdulillah...kalau tak de....redha...mungkin belum tiba masanya lagi..

Malam tu kami terima berita menggembirakan...Alhamdulillah...walau cuma seekor yang mengeluarkan hasil tapi itu pun sudah memadai untu
k peringkat permulaan...28 ekor semuanya..tapi biasa la....bahagi dua dengan tuan punya kolam...hahaha...

Saturday, March 26, 2011

Jom Champing...!

25hb.Mac 2011 [Jumaat]

Pukul 2.20ptg ...pergi semula ke sekolah...mak ai..budak-budak dah ramai yang datang...punyalah ghairah nak berchamping...bas sekolah pun dah ada sebuah. Tunggu sebuah bas lagi nak mai angkut budak-budak ni ke Pusat Ko Pandan. 2.30 petang....alamak..! hujan lebat le pulak...cam ne nak berkhemah hujan lebat gini...?? Sejuuuuukkk...!
Lebih kurang pukul 3.00 petang aku chow dulu naik kereta dengan member..lambat tu nak tunggu bas...kami tunggu kat sana je...bye..!
Hujan dah berhenti..
Petang
ni..aktiviti tak banyak...pasang khemah, taklimat, solat, makan malam, tazkirah , 'Ice Breaking' , buat gedjet dan latihan dalam kumpulan untuk persembahan Malam Kebudayaan.


26hb.Mac 2011[Sabtu]

Pagi ni aktiviti 'Wall Climbing', Kembara dan sebelah petang aktiviti Berbasikal, Pandu Arah dan persiapan Malam Kebudayaan. Seronok juga tengok budak budak "memanjat dinding" dengan pelbagai aksi...semua tak capai target...hahaha...tak cukup latihan dan kurang tenaga beb!






27hb. Mac 2011 [Ahad]

Hari ni "Majlis Penutupan Perkhemahan Bersepadu SKPT 2011".

Balik dengan macam-macam rasa....happy...penat...sakit....bese le....dah namanya berkhemah....

Wednesday, March 23, 2011

Terasa-rasa Kat Hujung Lidah......[Kek Coklat]











Hari ni...hmmmmm...rasa nak makan kek coklat...hari tu ada ambil resipi kat "Kongsi Resipi" tapi...biasa la...bila buat..rasa tak berapa menepati cita rasa ku....

Teringat pada resipi kek coklat yang kakak bagi. Dah lama saya simpan resipi ni. Dulu-dulu, rajin juga buat, tapi sejak 'mixer' jem....terus malas nak buat.


Tapi, keinginan nak makan kek coklat resipi yang kakak beri terus membuak-buak. apa lagi...petang tu juga terus ke dapur. Lagi pun...semua bahan ada dalam simpanan.

Jom mulakan 'Ops Coklat"....

Bahan-bahan:

Bahan A

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1/2 cwn air
...boiling...dan ketepikan supaya sejuk

Bahan B

250 gm tepung berserbuk penaik
250 gm butter @ mentega
200 gm gula custor @ gula perang
4 biji telor
sedikit esen vanila

Cara-cara:

a] asingkan putih dan kuning telor
b] pukul putih telor hingga kembang dan ketepikan
c] di dalam bekas lain. campurkan butter dan gula - pukul hingga kembang
d] masukkan esen vanila
e] masukkan kuning telur - pukul hingga kembang
f] masukkan tepung berselang-seli dengan bahan A sedikit-sedikit hingga habis
g] masukkan putih telor
h] bakar selama 35 minit

Thursday, March 17, 2011

Kunjungan Keluarga dan Sahabat.....

15 Mac 2011 [Selasa]

Hari ini, sibuk masak untuk hidangan tetamu yang nak berkunjung ke rumah. Cuti sekolah ni seronok sebab ramai tetamu yang nak mai ke rumah. Tak le sunyi. Hari ini anak saudara dan biras dari KL nak mai.


Sahabat lama ku pun nak mai bercuti bersama familynya. Pagi-pagi lagi dah ke market nak beli bahan-bahan basah untuk menu tengah hari. Masak le ala kadar untuk tetamu yang nak mai. Dah lama juga tak jumpa mereka. Bila dapat tahu depa nak mai, seronok juga...ada teman nak berbual cuti-cuti ni. Pukul 12.30 tghr. tetamu dari KL dah tiba. Pukul 1.15 ptg sahabat ku dan familynya pula tiba. Hujan waktu ni punyalah lebat.







16hb.Mac 2011
[Rabu]

Family dari Jitra mai ke rumah.Meriah cuti sekolah kali ni. Alhamdulillah, sudi datang menjenguk kami di sini..


18hb.Mac 2011 [Jumaat]

Kembali sunyi...semua tetamu dah balik ke destinasi masing-masing....


Wednesday, March 9, 2011

Donat.....Oh...Donat...


Petang semalam teringin nak buat donat pula....aku ni bukan le kategori pandai masak...tapi..setakat untuk makan family tu boleh le...secukup rasa...seadanya...
Kuih donat ni kegemaran anak-anak sebenarnya....dah lama juga a
ku tak buat kuih ni.Kebetulan semua ada di rumah...bahan-bahan nak buat donat pun memang dah beli....jom, apa lagi...buat donat le kita petang ni....hahaha...

Setelah puas menguli tepung...hmmmm..bukan aku yang uli...tapi mesin...hahaha...maka terhasil le menu untuk minum petang hari ni...."Donat Special'...cincai le...janji ada nama...

Wednesday, March 2, 2011

Menu Minum Petang......"Talam Pisang'


Petang ni tetiba je...hubby berbunyi nak makan 'Talam Pisang".Dia kata dah lama tak makan kuih tu . Katanya lagi, "kelapa banyak kat kebun, pisang lemak manis pun dah beli. Nanti buat 'Talam Pisang" boleh?"Emmm...nampak gaya kena buat ni...tak boleh tangguh.Faham-faham le kalau mulut tu dah berbunyi...tandanya teringin sangat le nak makan. Rasanya untuk tahun 2011 ni saya memang belum buat lagi menu ni.

So, apa lagi....jom ke dapur kita....nak mulakan "Ops Pisang"...hahaha...

Bahan-bahan semua dah ada.
sesikat pisang lemak manis
4 sudu besar gula [manis ikut suka]
sedikit garam
3 cawan santan kelapa

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung

Cara nak buat:

hiris pisang nipis-nipis.
campur santan, gula dan secubit garam

masukkan tepung beras,tepung gandum dan tepung jagung

kacau sebati .
masukkan ke dalam loyang yang di sapu sedikit minyak
kukus lebih kurang 20 minit

Kepala [lapisan atas]:

3 cwn santan pekat
1 1/2 cwn. tepung beras
1 sudu tepung jagung

garam hingga rasa masinnya

campur semua bahan di atas dan kacau sebati
tuang di atas lapisan pisang tadi dan kukus sehingga masak...lebih kurang 20 minit lagi...

Siap untuk hidangan minum petang....sarapan pagi pun boleh juga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...