Dah lama aku tak rehatkan otak dengan baca novel.Kali terakhir aku baca novel bulan November lepas...sebelum cuti persekolahan 2010.Aku suka baca novel ni sebab ia memang hobi aku dari zaman anak dara lagi.Koleksi novel aku pun boleh tahan banyaknya...Dulu, boleh katakan setiap bulan 'time' gaji aku mesti beli sebuah buku novel. Aku tak khususkan siapa penulisnya...yang penting bila tiba di kedai buku, aku mesti tala rak pameran novel.Belek dan baca sinopsis, rasa-rasa menyentuh kalbu 'sure' aku beli.Bajet RM30 je...
Masa ni aku sedang baca sebuah novel hasil tulisan seorang penulis yang bernama Siti Rosmizah.Aku baru pertama beli buku penulis ni.tajuknya "Lafazkan Kalimah Cintamu". Sekali aku baca sinopsisnya aku dah tertarik.Apa lagi...terus ku beli dan jadikan koleksi novelku yang ke berapa?Aku pun tak ingat.
Novel "Lafazkan Kalimah Cintamu" hasil tulisan Siti Rosmizah betul-betul menarik perhatianku.Bila membacanya pelbagai perasaan yang bercampur baur. Ada kalanya aku menitiskan air mata bagai curahan air hujan yang tak mahu berhenti, ketawa bagai nak pecah perut, rasa marah bak letusan Merapi dan macam-macam perasaan lagi.
Tak rugi untuk anda memilikinya....
No comments:
Post a Comment