Wednesday, January 19, 2011

Menu Sarapan Pagi...Talam Suji..hmmmm...


Hmmmm...petang ni tetiba je rasa nak makan talam suji untuk menu sarapan esok pagi....alahai....
Ikutkan hati...rasa malas menguasai diri...almaklum le...nak beli bukannya ada, nak buat....hmmm...boleh tahan cerewetnya...hai hati, buang le sifat malas dalam diri ini.Hmmm...teringin punya pasal, nak tak nak kena buat juga nampaknya...kalau tak, kempunan le.Nasib baik semua bahan nak buat kuih ni ada dalam stok di dapur. Apa lagi....operasi pun bermula, "Ops Suji namanya" hahaha...sendiri letak nama daa....
Mula-mula capai kelapa . Mana taknya...nak kena parut le pulak.Kalau pakai santan segera, tak 'original' rasanya...kurang umph! selesai...mesin kelapa, ambil santannya.nak dapatkan santan yang menyengat ni pun kena ada caranya...tapi, tok sah cerita kat sini...malas...hahaha.

Usai memerah santan, proses menyediakan lapisan suji bersambung. Panggil Si Dara sunti tolong kacau suji supaya tak hangit. Anak dara zaman sekarang ni kalau tak dikerah ke dapur...alamatnya, asyik makan di kedai le jawabnya bila dah berkeluarga nanti.Kalau dapat suami jutawan tak pe juga, bertuah badan, kalau sebaliknya??? ha..siapa nak jawab?

Nampaknya 'step' pertama dah selesai. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan pula lapisan kedua untuk lapisan atas. Hmmm...tak lama lagi selesai le menu yang aku kukus ni. Untuk proses mengukus lapisan atas dan bawah ni mengambil masa 40 minit, campur penyediaan bahan, lebih kurang 1 jam.Tapi, nak makan punya pasal...tak kisah le.Bila dah biasa buat, masa yang lama pun tak terasa sangat.

Akhirnya,
Siap juga menu sarapan pagi aku hari ni.Kuih ni kegemaran keluarga ku...teringat dulu, setiap kali bulan puasa, kuih ni 'menu wajib'. Masa tu beli je...sebab tak mahir nak buat. Lagi pun di Johor mudah nak dapat berbanding di Kuantan. Bila dah bermastautin di tempat lain, kena la belajar buat, kalau tak...tak merasa la jawabnya. Tak sangka, akhirnya aku pun mahir buat juadah ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kak Dila yang sudi mengajarku. Jasa mu tetap ku hargai.

Bahan-bahan:

Tepung suji
Tepung gandum
Tepung kastard
Santan
Telor
Gula
Pewarna yang dibenarkan



P/S: Jom Sarapan
Dalam bekas tu...apa lagi,...nak bawa bekal ke sekolah le....

2 comments:

  1. sedap kuih suji kak azna bawak...nak makan banyak teringat pulak member2 lain tak merasa lagi...nanti2 buat dan bawak lagi pi skolah ok :)

    ReplyDelete
  2. tq....Insyaallah kalau tiba masa rajin, boleh le buat lagi.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...