Saturday, January 29, 2011

Pizza Secukup Rasa.....




29 Januari 2011

"Pizza Secukup Rasa"



P/S:Menunggu giliran untuk di bakar dalam ketuhar.....








P/S: Yang di bawah ni dah siap dimasak.


















P/S: Yang ni...jom makan....











P/S;30 Januari 2011..".Pizza Secukup Rasa" ni sebagai buah tangan untuk sahabat-sahabat di Bera

Friday, January 28, 2011

Novel Pertama Koleksi Ku Untuk 2011...

Dah lama aku tak rehatkan otak dengan baca novel.Kali terakhir aku baca novel bulan November lepas...sebelum cuti persekolahan 2010.Aku suka baca novel ni sebab ia memang hobi aku dari zaman anak dara lagi.Koleksi novel aku pun boleh tahan banyaknya...Dulu, boleh katakan setiap bulan 'time' gaji aku mesti beli sebuah buku novel. Aku tak khususkan siapa penulisnya...yang penting bila tiba di kedai buku, aku mesti tala rak pameran novel.Belek dan baca sinopsis, rasa-rasa menyentuh kalbu 'sure' aku beli.Bajet RM30 je...

Masa ni aku sedang baca sebuah novel hasil tulisan seorang penulis yang bernama Siti Rosmizah.Aku baru pertama beli buku penulis ni.tajuknya "Lafazkan Kalimah Cintamu". Sekali aku baca sinopsisnya aku dah tertarik.Apa lagi...terus ku beli dan jadikan koleksi novelku yang ke berapa?Aku pun tak ingat.

Novel "Lafazkan Kalimah Cintamu" hasil tulisan Siti Rosmizah betul-betul menarik perhatianku.Bila membacanya pelbagai perasaan yang bercampur baur. Ada kalanya aku menitiskan air mata bagai curahan air hujan yang tak mahu berhenti, ketawa bagai nak pecah perut, rasa marah bak letusan Merapi dan macam-macam perasaan lagi.

Tak rugi untuk anda memilikinya....

Monday, January 24, 2011

Hanya Kenangan....


Di sini, di tempat ini, suatu ketika dahulu......
Tempat aku melepaskan lelah...
Tempat aku mencari ilham...
Tempat aku melakar sesuatu di dalam "Sketch Book" aku...
Tempat aku menghilangkan stress
tatkala penat menyiapkan tugasan kuliah...

Tempat aku beriadah
Tempat aku berkumpul bersama-sama teman seperjuangan...
Tempat aku melakar kenangan bersama-sama teman

Di sini,
Banyak kenangan...
Kisah suka, duka, luka, lucu....
Aku gembira kerna suatu ketika dahulu....
Aku punya kenangan manis di sini....



Minggu ni, anak dara mula balik lewat dari sekolah.Ada perubahan jadual...Dalam seminggu 3 kali balik agak lewat daripada biasa. Biasanya pukul 3.20 petang dah habis kelas, sekarang pukul 5.30 peang baru habis aktiviti...Aduhai.......Haaaa..sapa kata jadi cikgu senang??? Cikgu sekarang , bukan macam dulu-dulu.....Banyak perkara cikgu nak urus...hmmmmm...hanya mereka yang ada dalam bidang ini sahaja yang tahu.......

Bercakap pasal balik lewat ni....mula la fikir...apa bekalan untuk Si Anak Dara bawa ke sekolah. Hmmmm....semalam dah bawa bekalan mee goreng....hari ni...nak bekalkan Si Anak dara dengan 'Pizza Secukup Rasa'...nama komersial ni kawan baik aku yang bagi...thanks frenzz...bagus idea awak....hahaha..

Ha, malam tadi siap le 2 loyang pizza yang ku buat....bukan main gembira si anak melihat menu sarapan pagi untuk hari ini....'Pizza Secukup Rasa'

Syukur Ya Allah....kerana aku berpeluang menyaksikan indahnya alam ciptaanMu....
















Catatan: Gambar-gambar ini ku ambil ketika percutian ku pada penghujung
tahun 2010.


Friday, January 21, 2011

Kadangkala.......


Dalam ketenangan ada badai melanda
Dalam keriuhan,ada kesunyian mencengkam jiwa
Dalam keresahan, ada kedamaian di sana
Dalam keikhlasan, ada keraguan di hati
Dalam kemahuan, ada keterpaksaan

Dalam sendu, ada tawa gembira
Dalam kebaikan, ada kejahatan yang tersembunyi
Dalam kemanisan, ada kepahitan bak hempedu

Dalam madu, ada racun yang berbisa
Dalam kebencian, ada ketulusan hati nan suci
Dalam perpisahan, ada kenikmatan yang tak ketahuan
Kebahagiaan....dalam perpisahan.....

Wednesday, January 19, 2011

Menu Sarapan Pagi...Talam Suji..hmmmm...


Hmmmm...petang ni tetiba je rasa nak makan talam suji untuk menu sarapan esok pagi....alahai....
Ikutkan hati...rasa malas menguasai diri...almaklum le...nak beli bukannya ada, nak buat....hmmm...boleh tahan cerewetnya...hai hati, buang le sifat malas dalam diri ini.Hmmm...teringin punya pasal, nak tak nak kena buat juga nampaknya...kalau tak, kempunan le.Nasib baik semua bahan nak buat kuih ni ada dalam stok di dapur. Apa lagi....operasi pun bermula, "Ops Suji namanya" hahaha...sendiri letak nama daa....
Mula-mula capai kelapa . Mana taknya...nak kena parut le pulak.Kalau pakai santan segera, tak 'original' rasanya...kurang umph! selesai...mesin kelapa, ambil santannya.nak dapatkan santan yang menyengat ni pun kena ada caranya...tapi, tok sah cerita kat sini...malas...hahaha.

Usai memerah santan, proses menyediakan lapisan suji bersambung. Panggil Si Dara sunti tolong kacau suji supaya tak hangit. Anak dara zaman sekarang ni kalau tak dikerah ke dapur...alamatnya, asyik makan di kedai le jawabnya bila dah berkeluarga nanti.Kalau dapat suami jutawan tak pe juga, bertuah badan, kalau sebaliknya??? ha..siapa nak jawab?

Nampaknya 'step' pertama dah selesai. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan pula lapisan kedua untuk lapisan atas. Hmmm...tak lama lagi selesai le menu yang aku kukus ni. Untuk proses mengukus lapisan atas dan bawah ni mengambil masa 40 minit, campur penyediaan bahan, lebih kurang 1 jam.Tapi, nak makan punya pasal...tak kisah le.Bila dah biasa buat, masa yang lama pun tak terasa sangat.

Akhirnya,
Siap juga menu sarapan pagi aku hari ni.Kuih ni kegemaran keluarga ku...teringat dulu, setiap kali bulan puasa, kuih ni 'menu wajib'. Masa tu beli je...sebab tak mahir nak buat. Lagi pun di Johor mudah nak dapat berbanding di Kuantan. Bila dah bermastautin di tempat lain, kena la belajar buat, kalau tak...tak merasa la jawabnya. Tak sangka, akhirnya aku pun mahir buat juadah ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kak Dila yang sudi mengajarku. Jasa mu tetap ku hargai.

Bahan-bahan:

Tepung suji
Tepung gandum
Tepung kastard
Santan
Telor
Gula
Pewarna yang dibenarkan



P/S: Jom Sarapan
Dalam bekas tu...apa lagi,...nak bawa bekal ke sekolah le....

Tuesday, January 18, 2011

Teman....Walau Apa Jua Anggapanmu....

Teman..........

Walau apa jua anggapanmu dahulu terhadap seorang aku....
Namun......
Aku tetap bersyukur dengan kehadiranmu......
Aku ikhlas menerimamu seadanya.......

Teman......
Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku.....
Aku bersyukur punya kamu yang sudi hadir
Walau untuk seketika waktu.

Teman....

Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku...
Aku gembira....
Kerna kamu yang mengajar aku erti rindu
Kerna kamu yang mengajar aku erti bahagia
Kerna kamu yang mengajar aku erti sepi
Kerna kamu juga yang mengajar aku erti derita...........

Teman...

Walau apa jua anggapan mu terhadap seorang aku..
Aku gembira kerna ada kamu...
Bersama berlari mengejar pelangi....
Bersama menggapai awan, walau jauh dari jangkauan...
Bersama memetik bintang di langit......
Bersama menganyam mimpi bahagia...
Walau itu cuma seketika...
Namun...kerna kamu....segalanya bermula.

Teman.....

Walau apa jua anggapanmu terhadap seorang aku....
Walau di mana jua kamu berada
Tak perlu untuk kamu rasa bersalah
Kerna yang pasti....
Kamulah temanku yang sejati
Yang memberi seribu rasa dan seribu erti
Dulu, kini dan selamanya.............

Saturday, January 15, 2011

Nasi Ayam Hainan...Hmmm..menu hari cuti...15hb.Januari 2011


Dah lama aku tak jengah laman aku ni.....

Hari ni...pagi-pagi lagi dah ke market....mana taknya...nak masak nasi ayam hainan punya pasal...
Sebenarnya, minggu lepas lagi plan nak masak menu ni...tapi tertangguh sebab masalah teknikal...hahaha...menu Nasi Ayam Hainan bertukar jadi menu Laksa Penang...
Minggu lepas kawan-kawan anak teruna ku mai ke rumah pada sebelah petang...tu yang bertukar menu. Masa suntuk..tak dapat masak menu yang dirancang....masa tu pula ayam masih lagi "terbang" takut kena sembelih...

Apapun...Alhamdulillah...hari ini hasrat nak masak menu ni untuk family tertunai. Aini punya la happy bila dengar menu tengah hari, menu kegemarannya...dah lama sungguh tak masak Nasi Ayam Hainan...cerewet...nak buat sos halia...sos cili...sos kicap...belum herba dia lagi...aduhhh...

Berselera betul anak-anak menikmati masakan hari ini...hmmm...terasa puas bila hasil usaha "chef" dinikmati dengan penuh selera...Alhamdulillah....Lepas ni...nak masak apa pula agaknya....apa-apa pun..kena la tunggu hari cuti yang lain pula....penat weh....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...