*
28hb.Jun 2011 (Selasa)
Hari ini aku ambil cuti sehari. Urusan family.Terpaksa ke Seremban. Pukul 4.30 pagi dah bangun untuk masak sarapan pagi. Masak mehoon goreng je....untuk sarapan keluarga dan yang tinggal di rumah. Ada dua orang lagi yang tinggal sebab kena pi sekolah.
Jaga diri elok-elok noo....
Hari ni hantar Si Bongsu ke sekolah OTW nak ke Seremban. Pukul 6.30 pagi dah sampai depan sekolah.Dah cerah tapi tak de orang lagi, cuma Pak Guard je yang ada.Teruskan perjalanan ke Seremban dari Kuantan. Ikut Lebuh raya. Pusing KL le...nak cepat sampai.Alamak...!jem pula kat Lebuhraya KL- Seremban...lama gak jalan macam semut.Agaknya kalau bawa roti 'Gardenia'mahu habis satu bungkus besar sapu dengan 'jem'.Pukul 10.00 pagi berhenti kat RnR Seremban.Pekena teh tarik dengan kuih sat. Pukul 10.30 sampai le ke destinasi...Kolej Kejururawatan Seremban....Tak nak buang masa, terus punggah barang masuk dalam kereta. Ini kes nak pindah asrama le...tiap kali nak mula semester baru macam ni...susah tu.....!
Selesai punggah barang, pi le ke asrama yang baru nun kat blok belakang, bawah bukit. Asrama Bakawali...apa lagi....turun barang le kite......selesai memindah barang kira-kira pukul 11.00 pagi..emmm...capai target.Salam dengan anak dara, lepas tu terus balik semula ke Kuantan. Kali ni ikut jalan K.Pilah-Muadzam-Kuantan. Nampak pokok sawit je....Aduhhh....bosaaannn..!
Pukul 2.30 petang dah pun sampai ke rumah semula...Fuhhh...penat tu..!
Pssstt...! ni kes nak hantar anak dara ni le.....
OTW nak balik nampak le objek-objek ni.....
*** Replika Za'ba
No comments:
Post a Comment