Friday, April 22, 2011
Generasi Ketiga....
22hb.April 2011....
Hari ni ke sekolah seperti biasa...tapi tak perasan pula Si Manja ku tak menunggu di muka pintu seperti kebiasaannya. Selalunya pantang dengar aku buka pintu, cepat saja dia mengiaw dan menggesel-gesel badannya di kaki ku. Hari ni nak cepat ke sekolah sebab dah lewat dari biasa sebab tu tak perasan akan ketiadaan Si Manja.
Tengah hari balik dari sekolah pun tak nampak bayang Si Manja..tapi aku tak kisah sangat mungkin dia sedang berehat di belakang. Pukul 4.30 petang ikut hubby ke bandar hantar anak tuisyen...lepas tu nak ke Tg. Lumpur cari keropok sosej...hmmm..sedaaaapp...lama tak makan.hari ni nak beli lebih sikit sebab esok petang ada tetamu nak datang ke rumah...boleh jamu mereka dengan keropok sosej ni sebagai menu tambahan....
Pukul 6.00 petang sampai le ke rumah. Tiba-tiba Aini berlari-lari memaklumkan kepada ku.."ibu, rasanya kucing kita dah beranak...ada bunyi meaw-meaw kat dalam kotak di beranda.."Apa lagi, aku pun berkejar ke beranda.Aku memang dah sediakan kotak tu dari minggu lepas lagi...ye lah..hati kecil ku berkata, rasanya Si Manja ni akan beranak tak lama lagi. Alhamdulillah...akhirnya Si Manja selamat melahirkan 3 ekor anak yang comel-comel belaka. Aku gembira kerana Si Manja ku sudah berteman semula setelah lama di tinggalkan ....anak-anak yang comel ini merupakan generasi yang ketiga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah bercucu ko azna
ReplyDeletebanyak dah Meen cucunya...
ReplyDelete