Tengah hari itu, seperti biasa Ana menuju ke dewan makan untuk mengisi perut yang dah lama melagukan lagu "Keroncong Untuk Ana" nyanyian M. Nasir..hmmm..salah seorang penyanyi yang Ana minati...Biasa lah, lagi pun hari ini kuliah habis agak lewat.Tempat penginapan pula agak jauh dengan dewan makan. Pergi dan balik sahaja mengambil masa lebih kurang 10 minit..Hisss...apasal pula aku tercampak jauh di asrama Blok G??? Omel Ana sendirian. Sedangkan teman-teman yang lain ditempatkan di asrama Blok B dan C.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Ana capai tray untuk diisi hidangan tengah hari ini..hmmm..lauk 'ikan jaket', sayur kubis dan sambal belacan.Nak tak nak, makan juga sebab dah tak ada pilihan..nak menjamu selera di luar..mana tahan, elaun lambat lagi...bedal je lah..asal perut ini tidak menyanyi lagi..Ikut hati tak selera, memang tak selera..hmm tak sabar tunggu duit elaun, boleh pekena capati dan sambil bilis kat warung 'adik cun' ala-ala mamak tuuu kat pekan Tanjung M. Hahaha...sambil makan, boleh jamu mata...
Usai makan dengan lauk yang menjengkelkan itu, Ana berjalan longlai ke asrama.Perut dah kenyang dan tak ada apa-apa nak dikejar.Ana keseorangan ketika ini.Ketika melepasi pintu asrama Blok B peninggalan zaman British dulu..tiba-tiba tubuh kecil Ana hampir melayang dilanggar seseorang. Aduhh..! Sekilas Ana toleh ke belakang.hughh..apasal pulak Si Mamat sorang ni langgar aku..buta ke..?? bebel Ana di dalam hati..Bulat mata memandang muka Si Mamat yang ala-ala terkejut."Hai, tak reti-reti nak ucap maaf?? dah le awak langgar saya". Tapi omelan itu hanya di dalam hati. Sempat Ana melihat renungan matanya." Ooppss, sorry..aku tak sengaja, nak cepat tadi, tak nampak awak di depan'.Hmmm..itu saja yang terkeluar daripada mulut Ana sebagai jawapan kata-kata maaf daripadannya. Tak apa lah..lagi pun tak sengaja dan mugkin dia sedang memburu waktu. Kami teruskan langkah ke asrama masing-masing.Kami satu haluan. Aku di Blok G, manakala dia di Blok J.
Selepas kejadian tempoh hari, Ana kerap bertembung dengannya jika ke dewan makan. Dia senior di situ. Namanya Zahar dan dia mengikuti kursus SJ/PS, manakala Ana mengikuti kursus PM/PS. Kelasnya juga bertentangan dengan kelas Ana. Ada ketikanya mereka bertembung di perpustakaan ketika sama-sama mencari bahan untuk assighment. Kadang-kadang mereka balik asrama bersama-sama bila bertembung di cafe sambil menikmati keenakan pisang goreng...hahaha..Entah mengapa, Ana rasa senang bila bersama dengannya. Ada sesuatu yang menarik minatnya dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Tapi, belum tiba waktunya lagi. Ana sedar..siapa diri ini...dan bukan ini sebenarnya matlamatnya datang ke daerah ini...
Semester ketiga, Ana berpindah ke asrama Blok C. Ana gembira di sini kerana dekat dengan teman-teman satu opsyen dengannya. Senang untuk Ana berbincang, tak perlu lagi untuknya menapak jauh. Ana juga semakin rapat dengan Zahar. Teman, tapi belum boleh dianggap mesra lagi..bisik Ana sendirian..hahahaha.
Suatu hari, Ana dan Zahar membuat temujanji untuk keluar ke pekan Tg. M. Petang itu mereka hanya menghabiskan masa di retoran makanan segera yang satu-satunya ada di pekan Tg. M ketika itu. Berbual ala kadar sambil menikmati ayam goreng yang agak sukar untuk Ana telan..rasa tak tertelan bila makan berhadapan dengannya. Ini merupakan 'date' mereka yang pertama. Petang itu, mereka pulang ke asrama setelah sepetang menghabiskan masa berdua di restoran makanan segera. Hujan renyai-renyai mengiringi langkah mereka berdua.Mujur Ana membawa payung dan mereka berpayung berdua. Kenangan itu masih kekal dalam ingatan Ana. Mana bisa untuk Ana membuangnya dari lipatan memori.
Hari minggu itu, Ana dan kawan-kawan satu tutor dengannya ada aktiviti bersantai di kawasan air terjun Sg. B. Banyak bekalan yang dibawa. Hmmmm...sekali-sekala lepak macam ni...seronok juga, hilang stres ku. Ana tersenyum lagi. Tak lupa dengan 'sketch book" kesayangannya. Ini perkara wajib untuk pelatih yang mengikuti kursus PS. Sambil berehat, boleh melakar sesuatu sebagai kenangan. Lagi pun pemandangan di kawasan air terjun itu begitu menarik minatnya. Sedang enak menikmati bekalan yang dibawa, tak semena-mena muncul Zahar di depan matanya..Aik? Dia pun lepak kat sini juga? Rupa-rupanya dia datang berdua dengan kawannya menaiki motor. Dengan muka serba-salah Ana pelawa juga dia duduk bersamanya. Kawannya entah ke mana. Ana dan Zahar berbual-bual sekejap kerana waktu itu dah agak lewat petang dan mereka pun dah nak balik. Ana senang bila berbual dengannya petang itu. Tibalah saat untuk berpisah. Kawan-kawan pun dah bergerak dahulu. Alamak..! tali seliparku tiba-tiba terputus. Macam mana nak berjalan balik ni?Panik seketika. Zahar yang melihat Ana kerisauan bertanya.." Ada apa Na?" "Ni ha...tali selipar tiba-tiba je putus...."Zahar dengan penuh prihatin mencari sesuatu yang boleh dijadikan penyambung selipar Ana yang terputus. "Dah ok ni..boleh le awak pakai untuk sementara". Terima kasih ye..di atas bantuan mu.Bila saja hendak melangkah meninggalkan tempat itu, Ana terpandang di betisnya yang terdedah mengalir darah . Eh, kenapa betis awak berdarah? Sepantas kilat Zahar memandang ke arah betisnya yang berdarah..hmmm..ni mesti kesan digigit pacat...kami menuju ke gigi air untuk membersihkan kesan darah. Hai, macam-macam hal....
Malam itu pulas tidur Ana. Wahai malam, temani lenaku, wahai bintang yang bertaburan, hadirlah bersama mimpi-mimpi indah, wahai Sang Rembulan terangilah malam ku ini.
Seperti biasa Ana menjalani rutin hariannya sebagai pelatih di daerah ini. Ya, daerah yang menjadikan aku seorang aku, kini. Seperti mana yang kau tahu. Daerah yang mengajar aku erti kasih-sayang, kerinduan, keriangan, mahupun kesedihan. Pelbagai rasa ku alami di sini dan segalanya menjadi lipatan memori yang amat kuhargai. Ana termenung seketika mengenang semula tujuannya ke daerah ini.
Diam tak diam, sudah setahun berlalu. Ini bermakna Ana sudah berada di tahun kedua di daerah ini. Dari Blok C, berpindah ke Blok M. Di sini Ana berasa agak selesa kerana Ana akan tinggal berdua di dalam satu bilik.Biasalah, bila senior keluar, maka junior yang akan mengambil alih tempat tu. Hmmm...sudah dua tahun aku di sini, bermakna sudah lebih kurang setahun aku mengenali Zahar. Apa khabar agaknya dia sekarang? Sudah agak lama juga Ana tidak berbual dengan Zahar sejak Ana tinggal di Blok M dan dia tinggal di Blok L. Kadang-kadang mereka berhubung melalui telefon, sekadar untuk bertanya khabar dan berbual lebih kurang. Ana tak tahu apa sebenarnya yang boleh di katakan dalam hubungan ini. Tapi yang pasti Ana akan berasa sesuatu yang kurang bila lama tidak bersua muka dengannya. Apakah dia turut merasai seperti apa yang aku rasa? Emmm...entahlah. Aku tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini. Ana bermonolog sendirian.
Zahar tidak lagi tinggal di daerah ini. Kini, dia sedang menjalani praktikum di daerah lain yang jauh dari sini. Yang pasti, Ana akan merindui wajah ala-ala penyanyi Man Bai yang terkenal dengan lagu "Masih Aku Terasa". Hmmmm...sekurang-kurangnya terubat rinduku bila terdengar lagunya berkumandang di radio. Aduhh..! Apakah maknanya semua ini. Dan rindu bertandang lagi.Rindu ini semakin menghiris perasaan ku. Sudah agak lama Ana tidak mendengar berita daripada Zahar. Apakah dia sudah melupakan aku di sini? Ku pendam sebuah duka. Aku pasrah. Ya, mugkin dia sudah melupakan aku. Rintih Ana sendirian.
Hari ini, seperti tahun-tahun sebelumnya diadakan Hari Terbuka Maktab. Pelbagai acara diadakan. Ana menyibukkan diri di gerai jualan mengikut negeri. Seronok juga melihat gelagat pengunjung yang datang ke gerai . Alhamdulillah, acara tahunan ini sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat luar. Ana berehat sebentar di gerai anak Negeri Pahang. Di sini pelbagai cenderamata hasil buatan pelatih opsyen PS dijual. Ana turut membelinya sebagai kenang-kenangan. Sedang leka memerhati temannya menyiapkan lakaran yang Ana mahukan, matanya terpandang satu wajah yang amat di rindui selama ini. Berjalan sambil menyandang beg di bahunya.Ya, rupa-rupanya Zahar datang ke daerah ini untuk turut sama memeriahkan Hari Terbuka Maktab. Kepulangannya tanpa memberitahu Ana. Walaupun begitu, dia tetap gembira menyambut kehadirannya. Petang itu, Ana meminta izin Zahar untuk menghantarnya ke stesyen bas.Petang itu dia akan pulang ke Daerah B untuk menjalani praktikumnya yang akan tamat tidak berapa lama lagi. Sedih kerana terpaksa berjauhan dengannya. Tapi, dia harus akur kerana masing-masing punya tanggungjawab yang perlu digalas. Ada ketikanya Zahar akan pulang ke daerah ini untuk bertemu dengan rakan-rakannya. Inilah kesempatan untuk kami bertemu bagi meleraikan rindu. Cukup walau hanya seketika. Masih kekal dalam ingatannya pabila menghantarnya pulang ke kampung halamannya di bandar T. Kami menaiki bas ekspress menuju ke bandar K. Bercampur baur perasaan Ana tika ini. Tiba-tiba berkumandang lagu "Masih Aku Terasa" nyanyian kumpulan Gersang di corong radio bas yang kunaiki. Aduhh...! Hatiku semakin sayu. Ana mengiringi pemergian Zahar hingga ke PD sahaja. Pulanglah A....mereka menantimu di sana, dan aku kan setia menantimu di sini, di daerah ini. Daerah yang memberi ku seribu kenangan.
Zahar sudah menamatkan pengajiannya dan Ana sudah berada ditahun yang ketiga. Bermakna ini tahun terakhir Ana berada di sini. Daerah yang memberinya seribu kenangan. Lama dia tidak menghubungi aku. Setiap hari pasti Ana melihat peti surat di dewan makan. Manalah tahu, ada berita daripada Zahar untuk ku yang tidak jemu menanti di sini. Ku menyusuri, jalan berliku, mencari-cari ke mana pergi harga diri ini...merisik khabar, mendengar cerita, melaluinya kau ku hampiri, tiap hari, bersama luka di hati.....Mungkin kah Zahar sudah melupakan aku? Sudah terlalu lama ku rasakan Zahar tidak menghubunginya.
Hari ini, apa yang Ana nantikan telah pun tiba.Hatinya berlagu riang. Ana menerima kunjungan warkah daripadanya. Zahar memohon kemaafan kerana lewat menghubungi nya. Dia sihat dan sedang menghabiskan cutinya sebelum dihantar 'posting' ke daerah yang dia sendiri tidak pasti.Masih ingat lagi Zahar kepada ku rupanya. Ku kira dia sudah melupakan aku di sini. Apa pun Zahar, aku mahu kau tahu betapa gembiranyan hati ini menerima berita daripada mu. Lebar senyuman Ana dan mendung yang menyelubungi wajahnya kian berlalu pergi.
Cuti semester bermula dan Ana pulang ke kampung di SB menemui keluarga yang dirindu Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Kedengaran bunyi motor memasuki halaman rumah Ana. Hmmm... biasa mendengar bunyi motor itu dan Ana bergegas turun mendapatkan abang posmen yang tak jemu-jemu berkhidmat dengan masyarakat kampung ku. Ana membelek-belek tulisan di sampul surat itu. Tersenyum lebar dan hati ini berlagu riang. Hmmmm...surat ini yang ku tunggu. Apa khabar mu di sana? Sepantas kilat Ana membuka surat itu. Tak sabar ingin mengetahui apa perkhabaran mu di sana. Zahar memaklumkan bahawa dia ditugaskan di Bandar PK. Syukurlah.
Sebenarnya hari ini Ana sepatutnya gembira kerana hari ini hari lahirnya. Tapi entah mengapa bukan itu yang dirasakan saat ini. Ana sendiri tidak tahu mengapa ada rasa debaran di hati ini. Tengah hari itu, Ana ke dewan makan untuk makan tegah hari. Seperti biasa, dia singgah di peti surat yang disediakan untukmelihat jika ada yang sudi mengutus warkah buatku. Ada sepucuk surat berwarna putih dan agak tebal isi kandungannya. Ana begitu kenal tulisan itu. Akhirnya warkah daripada Zahar diterima di hari jadinya. Mati selera Ana untuk makan ketika itu. Dia berpatah balik ke asrama. Tak sabar untuk membacanya. Apa agaknya cerita mu kali ini? Air mata Ana mengalir laju membasahi pipi usai membaca warkah ini. Zahar, apakah yang ingin kau nyatakan sebenarnya? Ana seakan tidak percaya dengan apa yang dicoretkan. Benarkah apa yang awak katakan ini? Atau mungkin ada muslihat di sebaliknya. Dia resah seharian.Petang itu, Ana menemui kawan baiknya Ani dan menceritakan apa yang berlaku. Maafkan aku Zahar, aku tidak boleh menanggungnya sendirian. Aku perlukan seseorang untuk meringankan bebanan yang tidak tertanggung ini. Berulang kali aku membaca warkah mu, tapi sukar untuk aku mempercayainya. Aku tahu, semua itu tidak benar. Adakah ini cara Zahar untuk menjauhkan diri daripada ku? Tolong jangan buat aku begini...rintihnya. Walau apa pun keadaan mu, aku tetap menyayangi mu.
Petang itu semua pelatih semester keenam akan mengetahui ke mana mereka perlu menjalani praktikum akhir. Masing-masimg berasak-asak di hadapan papan kenyataan di dewan SB. Ana juga tidak ketinggalan mahu mengetahui ke mana arah ku nanti. Opps..! SMKKLMPG?? Habislah aku....! Jeritnya. Ana menjalani 'praktikum' di sebuah sekolah yang di geruni oleh pelatih-pelatih di sini. Bukan apa, sekolah ni terkenal dengan masalah disiplin di kalangan murid-muridnya. Tapi, demi satu tanggungjawab,digagahi hari-hari yang berlalu dengan perasan gembira tapi hakikatnya hanya Dia yang tahu. Biarlah mereka gerun, namun ini sebenarnya pengalaman yang amat berharga apabila aku 'posting' nanti. Sekurang-kurangnya aku tidak akan terkejut beruk bila berjumpa dengan murid sebegini. Tunggulah kehadiran ku walau bukan dengan sepenuh hati ku. Ana pasti kuat menghadapinya. Janji Ana.
Zahar...apa agaknya yang sedang awak buat ketika ini? Adakah awak turut merasai kerinduan seperti mana yang aku rasakan saat ini? Tiba-tiba Ana teringat bait-bait seni kata lagu 'Masih Aku Terasa'...dan tatkala lagu ini berkumandang, kesayuan di hati ini bertandang lagi.
Ana menyanyi-nyanyi kecil sambil menuruni anak tangga asrama. Hmmm...hari ini dia akan ke Kuala Lumpur. Sudah seminggu dia berjanji dengan Zahar untuk menemuinya di sana. Sejak Zahar bertugas di PK, mereka akan bertemu sebulan sekali bagi melepaskan rindu yang terpendam. Hari itu Zahar tiba agak lewat, walaupun sudah dimaklumkan bahawa Ana akan sampai di PR pada pukul 10.00 pagi. Sejurus Zahar tiba, terus merpati dua sejoli itu menuju ke tempat biasa. Mereka menghabiskan masa dengan menyusuri CM dan juga Tasik Perdana sambil menikmati keindahan panorama di situ. Terpamer keriangan di wajah mereka. Sekali-sekala mereka akan pergi ke Balai Seni Lukis Negara untuk melihat karya-karya pelukis tersohor.
Ana telahpun menamatkan pengajiannya dan dia ditempatkan di daerah BKLGT, tidah jauh dari tempat Zahar bertugas, Ini menambahkan lagi bunga-bunga keriangan di hati Ana. Pastinya dia tidak akan berjauhan lagi dengan Si Jantung Hatinya itu. Pantang cuti hujung minggu, pasti mereka akan bertemu. Mereka akan menghabiskan masa dengan menonton wayang di bandar K. Bila berasama, seakan dunia ini ana yang punya. Pinjam kata -kata Allahyarham Tan Sri P. Ramli sekejap.
Syawal itu, Zahar berkunjung ke rumah Ana di SB. Kebetulan keluarganya beraya di TI kerana ibunya terpaksa menunggu kakak sulung Zahar yang sedang sarat mengandungkan anaknya yang kedua. Zahar sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada Ana. Apa lagi, gembira sungguh Ana dengan kehadiran Zahar pada hari itu. Zahar berpeluang mengenali keluarga Ana di kampung. Petang itu, Ana mengikut Zahar ke TI untuk menemui keluarga Zahar, itu pun atas permintaan Zahar dan selepas mendapat keizinan ibu. Masih terngiang-ngiang suara kecil anak saudara Zahar memanggil Ana dengan panggilan "Mak Lang" Tersenyun Ana di dalam hati dengan panggilan itu. Gementar tangan Ana menyalami ibu Zahar yang kelihatan begitu ayu di matanya. Pertemuan yang tidak diduga. "Kenapa datang tak bagi tau?' Meluncur pertanyaan itu dari mulut ibu Zahar. Ana tertunduk malu. " Ala mak, abang nak buat 'surprise' le tu..." Adik lelaki Zahar tiba-tiba menyampuk dari arah belakang. Merona merah wajah Ana menahan malu."Kalau tak boleh kita ajak ke rumah nenek di B..."sambungnya lagi. Tak mengapa mak cik, mungkin lain kali sahaja". Itu sahaja yang mampu diucap oleh Ana. Petang itu Ana balik ke SB, manakala Zahar dan keluarganya pergi ke rumah nenek Zahar di B.
Petang itu Ana menerima sepucuk surat daripada Zahar. Tanpa disangka, surat itu membawa berita yang membuat hati Ana hancur luluh. Zahar terpaksa memutuskan hubungan ini dengan alasan yang Ana sendiri tidak tahu. Zahar hanya menyatakan bahawa dia terpaksa menuruti kehendak neneknya. Semuanya berlaku dengan pantas. Air mata mengalir deras membasahi pipi Ana. Semalaman Ana tidak dapat melelapkan matanya. Setiap kali terpejam hanya bayangan Zahar yang bermain di matanya. Terbayang saat-saat manis ketika bersama dengannya. Tapi, akhirnya Ana tidak mampu untuk menolak takdir. Walau menangis air mata darah sekali pun, Zahar tak kan kembali lagi dan Ana kena terima kenyataan itu. Walau begitu sukar untuk Ana menerima perpisahan itu, ya, perpisahan tanpa kerelaannya.
Sejak kebelakangan ini, cuaca tidak menentu. Sekejap mendung, sekejap hujan dan sekejap pula cerah. Silih berganti dan sukar diramalkan. hari ini awal-awal pagi lagi awan tampak mendung dan gelap serta bertompok-tompok, menandakan hari hujan akan turun sekejap lagi. Ana keresahan apabila melihat awan gelap. Banyak aktiviti rutinnya terganggu dan dia terpaksa duduk terperap di rumah sewaannya. Dia mula gelisah dan asyik memandang ke arah telefon. Dia amat berharap seseorang akan menelefonnya dan menyelamatkannya daripada belenggu kebosanan ini. Dulu hari minggu begini, pagi-pagi lagi Ana sudah berada di KLG atau KL menghabiskan waktu bersama Zahar. Tapi, itu kenangan lalu yang kini hanya tinggal sejarah. Ana berdiri di jendela dan mendongak ke langit, masih seperti tadi. Tetap mendung dan suram. Seakan-akan hari ini yang bakal dilalui tidak ceria langsung. Nampak hujan akan turun semula. Ana termenung di jendela sambil memandang lesu ke langit. Sunyi tanpa kicauan beburung di langit, mungkin sedang berlindung di sarang. Dedaun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Daun-daun kering pokok mangga di hadapan rumah sewaannya berguguran memenuhi halaman rumahnya. " Hmmm...nampaknya aku kena terperap di rumah sahaja hujung minggu ni.." Saat itu, imbauan kenangan lalu bersama Zahar bertandang lagi. Tidak mampu untuk Ana mengusir kenangan itu. "Zahar, mungkinkah ingatan mu masih kepada ku seperti mana aku tidak pernah melupakan mu?" Ana pasrah dengan ketentuan Illahi. Jika itu memang takdirnya. Dia hanya memberi kesempatan untuk Ana dan Zahar menyulam kasih dan menyimpul rindu serta menganyam mimpi tatkala malam datang bertamu. Takdir telah memisahkan dua hati yang ingin bersatu. Jika itu memang sudah takdirnya. Ana perlu belajar menerima kenyataan bahawa tiada jodohnya dengan Zahar walau sedalam lautan cinta mereka berdua. Sehingga saat ini, begitu sukar untuk Ana membuang kenangannya bersama Zahar. Hanya kenangan itu sahaja yang tinggal menjadi milik Ana. Ana tahu, Zahar kini sedang diulit kebahagiaan bersama isteri pilihan keluarganya. Dari kejauhan, Ana sentiasa mendoakan kebahagiaan Zahar. Dan Ana....Cinta dan kasih sayang Ana tiada akhirnya.
No comments:
Post a Comment