14 April 2012 dalam kenangan...
Seawal 6.40 pagi aku sudah berada di Klinik Chong. Tak ku sangka selepas lebih 14 tahun aku akan menjejakkan kaki ke sini lagi. Lebih 14 tahun dahulu aku berada di sini untuk melahirkan tiga orang cahaya mata ku di sini tetapi...kini aku ke sini untuk menjalani pembedahan membuang fibroid di dalam rahim ku. Aku pasrah. Pukul 9.30 malam tadi jururawat menelefon aku untuk mengingatkan supaya aku berpuasa mulai jam 11. 00 malam seperti arahan doktor.
Umpama mimpi, sebentar lagi aku akan dibedah. sebelum ini akan melahirkan anak-anakku secara normal. memandangkan saiz fibroid sudah besar dan boleh memudaratkan, doktor meminta aku menjalaani pembedahan segera. Rahimku terpaksa dibuang. Aku pasrah. Ini sudah ketentuan dariMu untukku hadapi saat ini. Doktor memaklumkan supaya aku dibedah secara menegak kerana saiz fibroid itu yang agak besar. Aku agak risau sebenarnya kerana ramai teman memberitahu agak sukar penjagaan selepas dibedahnanti. Tepat pukul 7.00 pagi aku dibawa ke bilik pembedahan. Ya Allah, betulkah ini?? Aku akan dibedah?? Seakan tidak percaya. Sejurus aku berbaring di atas katil, Pakar Bius pun sampai. "Puan ok ke...?" begitu ramah dia menyapaku. Aku jawab ok je...nak jawab apa lagi. Tidak lama kemudian, Doktor Chong tiba dan menghampiri aku. Beliau lah yang menyambut kelahiran anak-anakku sejak 20 tahun dahulu. kini beliau jugalah yang akan membuang 'tempat tinggal' anak-anak ku. Beliau menyentuh bahu ku lantas memberikan senyuman. "Macam mana pagi ni..?"sapannya. Aku hanya tersenyum. "Doc, boleh tak you buat pembedahan secara melintang? Aku membuat permintaan terakhir. "Why?" kembali Doktor Chong melontarkan pertanyaan kepadaku. "Saya nak doc buat secara melintang supaya penjagaan selepas pembedahan tidak menyukarkan saya."Doktor tidak sampai hati menolak permintaanku. Beliau berbincang dengan pakar bius dan memutuskan untuk membuat pembedahan seperti yang aku mahukan."Ok puan, saya akan buat melintang..tapi saya kena berkongfu sikit le..."guraunya. Sempat lagi dia menghiburkan aku. Aku dibius separuh badan. Sakit tidak terkata. Aku dibedah dalam keadaan sedar. Suamiku di panggil ke bilik bedah untuk menemani aku. Aku boleh berbual dengan suamiku sepanjang menjalani pembedahan. Tiba-tiba pakar bius berbisik..."puan dah dibedah ni...jika terasa sakit, puan cepat beritahu saya" Aku seakan tidak percaya.
2 jam berlalu. Akhirnya pembedahan selesai. Segalanya berjalan lancar. Doktor menunjukkan fibroid yang ada dalam rahimku. Tapi aku keletihan tika itu. Aku hanya melihatnya seketika. Tidak lama kemudian aku dihantar ke wad. 5 hari aku berada di sini. Doktor memberi aku cuti rehat selama 42 hari. Selama itu juga aku menjalani temoh berpantang seperti 14 tahun dahulu. Terima kasih tidak terhingga kepada suami yang sentiasa memberi sokongan dan menjagaku hingga saat ini. Suami terbaik Engkau kurniakan buatku.
No comments:
Post a Comment