Dah lama aku tinggalkan hobi ni..hobi menconteng..Tetiba hari ni nak mula balik. Itu pun kawan yang suruh. Sebenarnya seronok juga conteng-conteng ni.Boleh hilangkan kebosanan dan stress. Satu cara nak bagi hilang bosan ni...apa lagi..jom conteng.
Conteng-jangan tak conteng...hmmmmm
p/s: Inilah hasil contengan aku tahun 2011...hmmm...boleh lah...janji hilang boring...
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Kemboja 2011
Terasa puas apabila melihat kemboja mekar berkembang.Walaupun tidak harum mewangi seperti mana harumnya Si Mawar berduri....namun, bunga ini menjadi bunga yang paling aku suka.Keindahan warnanya begitu mempersona. Tak jemu mata memandang.Terasa puas melihat ia mekar berkembang di halaman.Ingin ku kongsi bersama dengan mereka Si Penggemar bunga ini.
Saturday, February 19, 2011
Sayang Anak Ibu......
Sayang anak ibu menangis waktu pagi
Sayang anak ibu menangis hingga dinihari
Sayang anak ibu menangis tak henti-henti
Sayang anak ibu menangis dari pagi hingga dinihari
Sayang anak ibu air mata tak kering di pipi
Sayang anak ibu menangis sambil tercari- cari
Sayang anak ibu menangis tabung tin susu hilang kena curi
Sayang anak ibu mahu terus cari tak mahu ganti
Sayang anak ibu simpan duit sebab nak beli ABC
Sayang anak ibu tak mahu hulur tangan minta dibeli
Sayang anak ibu menangis rajuk bawa diri
Sayang anak ibu pergi jauh cari erti
Sayang anak ibu........dari jauh dia kenal erti budi
p/s: Puisi hasil nukilan sahabatku
- AN-16 Feb.2011..Wed

Sunday, February 13, 2011
HANYA DALAM LAGU.......
14 Februari 2011.... HANYA DALAM LAGU....
Hadirmu
dalam hidupku
bersama
cahaya indah
engkaulah gadis
yang ku sayang
dengan sepenuh jiwa
tiada harta
dapat ku beri
untuk dirimu
hanya cinta
yang masih ada
bersamaku
kasihku
hanyalah untukmu
lembutkah suaramu
engkaulah
penghibur hatiku
oh....sayangku
yang membawa
seribu mimpi
yang indah
tiada lagi
segaris duka
terhadapku
tapi kini kau pergi
hilang segala
hancurlah sudah
tak sanggupku
melihat air mata mu
berlinangan
tapi kini kau pergi
hilang segala
hancurlah sudah
tak sanggupku
melihat air mata mu
berlinangan
tak rela ku lihat
wajah mu
biarlah aku pergi
anggaplah diri ku ini
tiada lagi
abadikan lagu ku ini
hanya untuk mu
jadikanlah
kenangan hidup
kamu dan aku
selamanya......
Ke Kebun ...Kita....
13hb. Februari 2011...
Dah lama tak menjenguk kebun buah-buahan...semenjak musim buah-buahan tahun lepas....
Hari ni, tetiba je rasa nak ke kebun untuk membersihkan kawasan yang mula ditumbuhi semak-samun...sambil tu boleh juga keluarkan peluh pada hujung minggu begini..hahaha...kebun nampak bersih....badan pun jadi sihat....kira 2 in 1 le....jimat masa dan tenaga...
Hmmmm...kebun pun dah bersih....lepas ni tunggu musim buah-buahan tiba untuk tahun ini....tak sabar menunggu.....!
Tuesday, February 8, 2011
Catatan Buat Teman......
1.
Teman,
Usah disesali apa yang telah terjadi
Mungkin sudah takdirnya begini
Usah dibenci apa yang pernah dicintai
Sayangi sepenuh hati
Apa yang kita miliki
Walau hanya bersifat sementara
Teman,
Usah ditangisi mereka yang telah pergi
walau pedih menikam sanubari
Walau sukar untuk digapai kembali
Betapa jauh dia pergi
Naman hakikatnya....tetap di hati
selamanya.........
2.
Yang pahit bukan untuk disesali, mahupun dibenci
Yang manis bukan untuk diratapi...
Tetapi,
Dipahat di sanubari sebagai kenangan abadi
Menjadi memori untuk selamanya
Walau jauh.....
Namun tetap dekat di hati
Hingga hujung nyawa
3.
Andainya...
Masa dapat diputar kembali
Bisakah.....?
Yang putus, kembali bertaut
Yang sakit, kembali sembuh
yang pahit akan bertukar manis
yang rapuh, menjadi teguh
Yang kabur, semakin jelas
Yang kelam, kembali terang
Yang pudar, kembali bersinar
Mana mungkin....
Itu semua suratan takdir.
4.
Teman,
Kalau itu jalan yang kau pilih
Bertindaklah ikut kewarasan fikiran
Warnai dengan kasih sayang
Bajai ia dengan keimanan
Sirami dengan haruman kasturi
Agar terus mewangi
Nescaya....
Terpancar sinar kebahagian hakiki.
5.
Berarak mendung kelabu dan titisan-titisan hujan yang turun membasahi bumi....
Muncul Sang pelangi bersama-sama warna-warna kehidupan.....
menjadi penyeri alam
Namun,
Yang dinanti adalah Sang Mentari yang bersinar dan Sang Rembulan Yang menemani malam.....
6.
Semalam yang pergi
membawa bersama 1001 cerita duka
Hari ini yang datang
membawa 1001 cerita bahagia
Esok yang mendatang
Mungkinkah membawa cerita seperti semalam atau pun hari ini....?
7.
Catatan Semalam...
Andaikan apa sahaja
Lagi buruk anggapan
lagi banyak diperkata
Dalam kata ada makna tersembunyi
hanya diri yang tahu
Dalam air terpandang wajah
datang riak, hilang rupa
Tapi,
di hati tetap terang.......
8.
Bersyukur di atas kurniaanNya
Segala yang berlaku hari ini
Adalah hikmah daripada kejadian semalam....
Pegang pada yang realiti
Bukan menggapai mimpi.....
9.
Kata-kata
lahir dari lidah yang tidak bertulang itu
lebih berbisa daripada ketajaman mata pedang.
Lukanya lebih dalam daripada kedalaman dasar lautan.
Kata-kata itu kadangkala tidak menggambarkan yang realiti.
Adakalanya hanya menggambarkan suatu fantasi daripada illusi yang tak bertepi.....
10.
Sudah lumrahnya manusia....
tidak pernah cukup dengan apa yang diberi
Tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki
Tidak mensyukuri nikmat yang diperolehi
Tidak menghargai apa yang ada di depannya.....
Tapi,
Apabila segalanya sudah tiada
barulah menyesali, menangisi, meratapi....
Tapi,
manusia mudah lupa
tidak belajar daripada kesilapan lalu.
11.
Tiada kata secantik bahasa
Tiada madah seindah lukisan
Kasih suci kekal abadi
Kasih luhur tak mudah luntur
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Kasih teman....?
Ikut mana hala tuju....
p/s: catatan buat teman di sana......

Monday, February 7, 2011
Ceritalah....
Kadangkala
kata-kata
begitu sukar untuk kita meluahkan
kadangkala
begitu mudah seperti mengalirnya air sungai ke muara
kadangkala
tersekat-sekat bagai ada sesuatu yang menghalang
kadangkala
bisa terhenti tanpa noktah
kadangkala
membuatkan ternanti-nanti
Kata-kata
Mengapa begitu sukar untuk awak melafazkan.......
berilah ruang
biar kata-kata meluncur tanpa sekatan...
dan aku
sudah bersedia untuk mendengar ceritamu....

Saturday, February 5, 2011
Jom Bowling....
5 Hb.Februari 2011.....
Kalau ikutkan hari ni badan tak berapa sihat.Dah dua hari demam.Baru balik dari kampung, ziarah orang tua di Selangor.Hari ni ada aktiviti keluarga. Main bowling di Kuantan. Dah lama tak main dengan family. Kebetulan semua ada di rumah dan malam ni anak yang sulung akan balik ke kolej, jadi kami pun santai sambil bermain bowling. Nak ikutkan badan tak larat..tapi kasihan..sekali-sekala apa salahnya. Dalam tak larat tu belasah gak main tiga frame.Saja suka-suka..
Seronok tengok semua happy. Bola masuk longkang tu...biasa la..bukannya pemain pro...Lagi seronok bila ada yang 'tergolek' sama dengan bola...hahahaha..

Terima Kasih Ya Allah...di atas nikmatMu...
5 Februari 2011,,,
Alhamdulillah, hari ini diberi kerahmatan olehNya.Dikurniakan rezeki buat kami sekeluarga.Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah..di atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Hari ini kami terima khabar gembira....kami dikurniakan rezeki.Ada 22 ekor kesemuanya dan 11 ekor menjadi milik kami,,Insyaallah..Ini merupakan hasil yang pertama...Insyaallah semoga ianya sebagai satu permulaan..

Subscribe to:
Posts (Atom)